Shoppe~In

SaHaBaT @ FrienDs

26 September 2021

Years of uncaptured memories

Assalamualaikum.. Seperti tajuk, dah lama sangat tak menulis. Masih seorang aku. Harapnya bertambah baik dari sebelumnya. Pelbagai kenangan yang tak terakam di blog tetapi insyaallah terakam kemas di hati. Alhamdulillah, rakyat pun bertambah dari 2013 ke 2021. Moga mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah dan harapnya menjadi insan yang sentiasa dijalan benar tidak hanya untuk diri sendiri dan keluarga malahan dapat berbakti dan memberi manfaat keseluruh umat Islam hendaknya. Tua betul bunyinya seorang Ira membebel sekarang. Takpe la kan, sebab hidup pun tak tau panjang mana, itupun masih juga fasa mencuba 'to be on the right track', masih juga tersungkur disana sini. Di luar lebih banyak diam dari berbicara, lebih banyak menganalisa dari berkata-kata, tapi kadang-kadang bila berkata pedas mungkin terkeluar juga. Ampun maaf. Sememang payah sket nak berkata Ya untuk sesuatu yang aku tak setuju. Paling tak mampu nak menidakkan pun, mungkin hanya akan diam menahan bicara.Di rumah pula, of course champion membebel merempan as always. Maafkan mama anak-anak dan suami juga. Mood swing sokmo. Terima kasih kerana sentiasa ada, sentiasa disisi. Demi Allah, i love you all so much. Cukup setakat ini dulu, moga yang baik-baik untuk anda semua juga. Insyaallah. Wassalam. Notakaki: Ada macam surat-surat zaman 90s kan.LOL.