Shoppe~In

SaHaBaT @ FrienDs

29 February 2012

Kes Taska Tampal Mulut Bayi

Semalam kita dikejutkan dengan berita pengasuh taska tampal mulut tu. Mungkin ade y belum taw. Ni ha beritanye kuar kat metro, Tampalmulutbayi. ni pulak video yang disharekan di facebook, video-dera-bayi-dibalut-kain-dan-diikat. Astagfirullah...sanggup diorangkan. Semua seriau nak hantar taska dah sekarang.
Aku pun sangat risau, ramai2 kawan2 suggest supaya aku hantar anak ke babysitter since anak aku kecik lagi. sangat dilema, aku sekarang ni teringat pesan kak wan..aku letakkan anakku dalam jagaan Allah S.W.T. walau dimana pun anakku berada.

Memang sangat menakutkan bila tengok kes taska ni, tapi macam mana kalo hantar kat baby sitter, then baby sitter pun wat macam ni jugak? bila difikirkan, kalo kat taska ade 4,5 orang penjaga. kalau la kan...ade kes y tak elok macam ni. mungkin ade antara penjaga tersebut akan breech kegiatan y lg sorang. kalo kat baby sitter, ade die sorang jer. so chances kalo benda ni jadi siapa nak breech kan maklumat tu? semalam ade colleague bgtaw, ade kes.. parents ni die risau sangat hantar taska yang jaga ramai2 ni, or babysitter ni sebab baby sitter pun bukan berdaftar atas JKM kan. so die hantar taska y establish giler, y siap bayar RM700 sebulan in order nak mendapatkan seorang pengasuh satu penjaga. But there is also something happen. tibe2 baby nye pengsan, lepas di xtray. ade darah beku dalam kepala sbbnye kena goncangan y kuat. tu taska mahal tu. lepas tu dulu kan ade kes kat babysitter, y suaminye mel*w*t baby girl yang dijaga isterinya. Mcm mana plak ngan kes nih? Even dulu ade kes, atok y r*g*l cucunya. Nauzubillah min zalik.

kesimpulannya, kat mana-mana pun benda ni boleh jadik kalau ditakdirkan ia terjadi. Ape yang kite leh buat pantau kat mana kita hantar anak kita. Siapa tak sayang anak kan. 9 bulan mengusung kesana sini dalam perut. Menahan sakit contraction, bertarung nyawa nak keluarkan anak, berjaga malam lepas dah keluar. tiap2 hari mengusung beg pump nak pump susu u stok anak kat taska. Risau perut even anak kurang minum atau berak terlebih dari biasa. Sakit jiwa tengok kesan nyamuk gigit anak. Berkira nak beli barang sendiri demi anak. Mestilah tersangat sayangkan.  Memang MAMA TERSANGAT SAYANGKAN AULIA, LEBIH DARI NYAWA MAMA SENDIRI, MAMA MAHU YANG TERBAIK BUAT AULIA...mama buntu nak buat keputusan bila kawan2 mama suggestkan mama hantar Aulia kat babysitter,ape yang mama boleh lakukan mama berdoa dan letakkan Aulia dalam jagaan Allah S.W.T. sentiasa. Insyaallah mama akan sentiasa pantau Aulia kat taska.

p/s: maaflah ni entry emo, emo nak bagi y terbaik buat anak. too many path too choose. kena istiharah gayanye.

28 February 2012

Kempiskan perut tanpa senaman

Nak sangat post something, tapi tak taw nak post ape. so main-main google terjumpa cara nak kempiskan perut tanpa senaman. bukan sahaja tanpa senaman, tanpa ubat-batan jugak. dan lebih baik boleh dilakukan dimana-mana. menarik kan. haha... aku tak buat lagi. tapi boleh la kan nak share.

Langkah-langkahnya:

1. Kempiskan perut anda seberapa kempis yang boleh.
2. Tahan selama 10 saat(atau lebih).
3. Lepaskan.
4. Ulangi langkah2 di atas sebanyak 8 kali dan lebih.

Effect die lebih kurang macam kita lakukan sits up. so pilih la nak buat sits up ke nak buat nih. mari kita sama2 cuba. yeay!!! tak perlu la nak mam tummy trim segala bagai. perut slim2, no no tummy trim... haha. aku tengah mengong ;)

credit to : mychibibox.com

24 February 2012

Dilema Mama

Semalam terjumpa babysitter y boleh babysit Aulia. Sangat dilema..


dari segi kos nyer baby sitter amek murah rm100 dari taska

dari segi capacity baby sitter ni memang lum ada jaga dak lain, taska dlm bilik aulia ade 3 org currently and aulia plg kecik, lg dua dah 5 bulan lebih.

dari segi penjagaan , dua2 ok kot. kalo dengan baby sitter makcik ni dah 50 lebih kurang so die pandai jaga baby,siap kwn aku recommend la cara die jaga. kat taska pun ok gak sebab aulia mcm selesa jer dengan pengasuh die tu. pengasuh die muda setahun or sebaya ngan aku gitu la.

dari segi surrounding, kt umah baby sitter aulia tak akan belajar tapi kalau kat taska akan ade method2 belajar die. aku suke tengok dak2 tu belajar.


aku tau aulia masih kecil, so bukan nak beljar nyanyi2 semua tu, tapi aku riso kalo aku bawak aulia pindah skrg dan nanti setahun dua hantar dia pegi taska , owner taska tu taknak terima plak. yelah rumah baby sitter ni dekat jer ngan rumah aku and owner taska tu, tambah lak baby sitter tu adalah ex-worker kat taska tu. mesti nanti owner tu akan rasa something2 kan. haish...dilema sungguh rasanya.

pros paling besar kat baby sitter, murah and aulia sorang. so nak kena selsema semua memang payah. tau jelah baby nih imunisasi nye rendah lagi. senang sket nak jangkit2 nih. cons pulak kalo tetiba makcik ni nak cuti kena la aku bercuti, takpun kalo makcik ni bawak anak aku keluar jenjalan sekali kang aku la pulak y tak senang duduk . bukan risau jagaan dia masa di luar, risau kot masa kat luar unexpected incident happens.

pros paling besar kat taska pulak, nanti aulia boleh learn. belajar berdisiplin, bergaul2. memang la ada budak sorang2 membesar pun sangat berdisiplin and pandai bergaul. cuma kat taska chances mungkin lebih mudah. lepas tu kat taska, anak aku insyaallah memang akan ade kat situ jer. jumpa kawan n cikgu nye aje. takkan bebas keluar sebab cuma aku and hubby jer y akan amek die dari taska. cons pulak, kos lebih mahal dan kecik2 ni aulia senang la kena selsema tu. ni pun selsema lagi...kejap kering. nanti ade balik. aulia tengah tekun menghabiskan antibodi.

Takziah buat keluarga Faris Nur Daniel

tak mampu u berkata panjang.

http://www.mazidulakmal.com/2012/02/airmata-faris-mengalir-sebaik-menutup.html

21 February 2012

MATA FARIS TERBUKA TETAPI ... (HARI KE 19 - 20 FEBRUARI 2012)

Entry ni saya repost semula dari blog  BERSAMA MAZIDUL atas dasar prihatin seorang ibu. 2 hari lepas saya ternampak post ni share oleh salah seorang kawan FB share. namun saya tidak endahkan disebabkan kesibukan. pagi tadi saya tergerak hati untuk membaca kisah adik faris ni di DIALOG UDA. kemudian saya teruskan membaca ke blog BERSAMA MAZIDUL. sungguh sebagai seorang ibu, hati saya terusik. sekiranya ada pembaca blog saya yang sudi menyumbang, saya ucapkan ribuan terima kasih. semoga Allah jua yang membalas jasa2 saudara saudari. Nombor akaun maybank ayah adik Faris di sertakan dalam post di bawah ini. Kalau tidak banyak Rm1, RM2, RM5 pun tidak mengapa. Moga sumbangan kita itu dapat membantu adik Faris memperoleh kehidupannya semula. Buat adik Faris Nur Daniel, acik doakan Faris kuat dan tabah dalam menghadapi cabaran kehidupan. Amin.


Baca disini mengenai detail adik faris oleh saudara Mazidul Akmal - 
MARI BERSAMA KITA MEMBANTU FARIS UNTUK TERUS HIDUP DENGAN IZIN ALLAH  

'STM' (AKRONIM PALING BERMAKNA KEPADA FARIS)

GAMBAR TERKINI FARIS (MUNGKINKAH DIA MAMPU TERSENYUM KEMBALI?) 

di bawah ialah post keempat saudara Mazidul mengenai adik Faris. 

 

MATA FARIS TERBUKA TETAPI ... (HARI KE 19) UPDATED

Jam 5.15 petang semalam, saya tiba di Sime Darby Medical Center, di Subang Jaya, Selangor. Sebagai blogger, saya membawa bersama kamera digital ke lokasi.


Berikutan tidak melihat notis atau papan tanda dilarang merakamkan gambar, dalam perjalanan ke North Tower, saya rekodkan gambar berikut.


Hampir jam 5.30 petang, saya tiba di luar Neonatal Intensive Care Unit, NICU. Ketika itu ayah Faris, Shamrulismawi IsmaiL, 38 tahun, sedang berbual bersama beberapa penduduk taman tempat tinggalnya, hadir untuk ziarah.


Syukur, sewaktu mendepani saat getir, saudara dan rakan datang meluahkan rasa simpati serta menghulurkan bantuan.


Tepat jam 5.30 petang, Sham menjemput saya masuk ke NICU untuk melihat keadaan Faris di dalam bilik berdinding cermin.


Waktu itu, hanya ibu Faris, kakitangan Celcom, Zuraine Mohamad dan jururawat bersama anak kecil berusia 6 tahun sedang bertarung dengan nyawanya itu.

"Dia boleh bernafas tetapi bergantung seratus-peratus kepada bekalan oksigen. Sejak sejam tadi, apabila dos ubat tidur dikurangkan, Faris mampu membuka matanya," ujar Sham kepada saya.


Dari jauh saya melihat dada kecil Faris turun naik, kencang. Matanya terbuka luas seakan mampu melihat kelibat ibunya setia duduk dan berdiri di sebelah anak bongsu itu.

Sebelum melangkah masuk ke unit terbabit, saya melihat beberapa notis di tampal di dinding berhampiran pintu masuk. 


Hanya kelihatan notis larangan merokok dan menggunakan telefon bimbit.


Bagi saya, hanya orang tidak waras sahaja tergamak merokok di dalam bangunan hospital. Telefon bimbit? Jika diperhatikan dikebanyakkan hospital, sebilangan kakitangan pusat perubatan juga didapati menggunakan alat komunikasi itu. Justeru tidak hairan jika ahli keluarga pesakit dan pelawat sering dilihat berhubung menggunakan telefon bimbit.

Jika merakam gambar tidak dibenarkan dan dianggap hal teramat penting, pasti notis larangan penggunaan kamera ditampal di dinding hospital secara JELAS, sama seperti notis larangan lain.

Di lokasi itu tidak pula kelihatan notis larangan terbabit.

Justeru saya kemudian merakamkan gambar terakhir, sebelum masuk melihat anak kecil itu dari jarak dekat.


Saya memasukkan kamera ke dalam poket sebelum dihampiri seorang daripada jururawat bertugas.

"Di sini tidak boleh mengambil gambar," ujarnya secara hormat.

Selepas memakai topeng muka dan membasuh tangan, saya masuk menziarahi Faris.


"Faris, Faris, tengok ini, uncle datang," bisik Zuraine ke telinga anaknya berselimut.

Mendengar kata-kata itu, airmata saya spontan mengalir membasahi pipi. Saya perhatikan mata Faris, terbuka luas tetapi tidak berkelip. Sesekali kedengaran bunyi rengekan kurang jelas keluar dari mulutnya disumbat tiub.


Barangkali Faris ingin memberitahu kami, betapa peritnya pengalaman ditempuh itu. Tambahan pula, saya difahamkan, paru parunya kurang berfungsi.

"Perut dia membesar mungkin sebab hati dia bengkak," ujar Zuraine sambil mengusap perut anaknya.

Sila baca nukilan saya sebelum ini untuk mengetahui fakta berhubung Faris, klik di sini.

Tabahnya hati ibu itu.

Perjuangannya dan suami masih belum selesai, nasib anak kesayangan mereka masih belum diketahui. Namun saya percaya pakar perubatan dan kakitangan hospital swasta ternama itu sentiasa bertungkus-lumus, cuba memberikan rawatan terbaik untuk Faris.

Faris mula dimasukkan ke hospital terbabit sejak 19 hari lalu kerana demam. Empat hari kemudian dia disahkan oleh doktor mengidap HLH, bahasa mudahnya, barah darah.

Saya kemudian memegang kedua kaki Faris, terasa panas namun tidak bergerak.

Saya melihat airmata Zuraine bergenang sewaktu menyentuh kepala Faris. Berulang kali dia mengusap kepala anaknya, zuriat sebelum ini normal bergerak seperti anak lain. Hanya iman dan kepercayaan, Allah penentu takdir, hidup mati manusia, dia masih mampu berdiri dan tanpa jemu membisikkan kata kata semangat ke telinga Faris.


Untuk rekod, saya tidak merakamkan gambar sewaktu berada di dalam bilik bersama Faris.

Tiba-tiba, di luar, saya terlihat kelibat 2 pengawal keselamatan berbual bersama ayah Faris. Lalu saya bergerak keluar.

"Di sini tidak boleh merakamkan gambar," kata pegawai pengawal keselamatan.

Saya hanya sekadar bertanya.

"Saya tidak merakamkan gambar di dalam tetapi kalau ada peraturan atau undang-undang tidak membenarkan gambar Faris dirakamkan dari luar, mungkin encik boleh tunjukkan," ujar saya.

Barangkali bersimpati melihat saya masih bertopeng muka, kedua pengawal itu kemudian pantas beredar. Saya kemudian masuk semula ke bilik. Saya difahamkan, bil rawatan Faris kini mencecah RM75,000 sedangkan insuran ibu dan ayahnya berjumlah kira-kira RM40,000 sahaja.

Dua gambar saya rakam itu untuk dikongsikan bersama semua pembaca blog ini. 

Fakta, saya tidak berada di hospital itu atas kapasiti sebagai wartawan tetapi sebagai sahabat dan blogger. Jika membuat liputan untuk stesyen televisyen, saya mempunyai jurukamera sendiri, dia tidak menggunakan kamera digital tetapi kamera DVC Pro atau Mini DV, merakamkan video, bukan gambar pegun.

"Polisi hospital ini tidak membenarkan gambar pesakit dirakamkan, untuk menjaga privacy pesakit. Kita memang ada surat pekeliling dikeluarkan oleh Pengarah hospital," ujar jururawat saya dekati.

"Kalau benar begitu, mengapa polisi itu tidak dipamerkan? Supaya pelawat dan keluarga pesakit maklum? Kalau boleh saya ingin melihat polisi itu dan sekaligus mengetahui apakah hukumannya jika merakamkan gambar di hospital," balas saya.

Dia kemudian berjanji untuk menunjukkan kepada saya surat pekeliling, polisi dalaman didakwa wujud. Namun selepas sejam berdiri di luar unit terbabit, tiada pula kakitangan hospital menemui saya seperti dijanjikan.

Jika isu privacy dibangkitkan, dia harus tahu, saya hanya merakamkan gambar Faris, bukan pesakit lain. Tambahan pula, rakaman itu dibenarkan oleh ayah pesakit justeru tidak timbul soal privacy. Sebelum ini semua gambar dimuatkan di blog ini dihantar oleh Sham melalui MMS kepada saya.

"Saya pun hairan juga, kata ada peraturan dilarang merakamkan gambar di hospital tetapi tiada pula kelihatan notis larangan. Hemat saya, setiap peraturan harus dimaklumkan secara jelas kepada pelanggan hospital," celah Baharuddin Zainal Abidin, 43 tahun.


Pekerja Pos Malaysia, kini menetap di Klang, Selangor  itu, rakan Zuraine di kampung sewaktu kecil.

"Mereka mungkin tidak faham dan saya tidak diberikan peluang untuk menjelaskan fakta. Gambar Faris digunakan untuk dimuatkan di blog, agar lebih ramai pembaca budiman dapat membantu meringankan bebanan kos ditanggung oleh keluarga Faris," ujar saya.

Sham mendengar perbualan kami.

"Bukan apa Sham, dengan gambar itu kita mampu berkongsi perkembangan terkini Faris. Berbekalkan fakta, pembaca blog saya dan masyarakat, InsyaAllah, tentunya tanpa keraguan akan terus menghulurkan sumbangan," jelas saya.

Sham memahami tuntutan itu.

"Berikutan ramai orang menyumbang, Maybank pada awalnya telah menyekat akaun pertama saya, kerana banyak transaksi. Barangkali bimbang berlaku kes penipuan tetapi setelah diperjelaskan, kini akaun terbabit diaktifkan semula. Kalau ingin menghulurkan bantuan, mohon gunakan akaun Maybank saya, 1140-1115-2218 atau 1628-5200-2738," katanya.

Setakat ini, dilapor RM16,800 berjaya dikumpulkan. Sham dan isteri memerlukan lebih RM30,000 untuk menampung bil hospital Faris selama 19 hari.

"Sampaikan ucapan terima kasih saya kepada semua mereka membantu, hanya Allah mampu membalas jasa baik mereka. Mohon doakan bersama, agar Faris sembuh seperti biasa," pinta Sham.


Berikut informasi dicatatkan oleh ayah Faris seperti dilaporkan di laman Facebooknya.

'Walaupun doktor kata keadaan Faris masih tak byk berubah & paru2 nya masih lagi kritikal namun saya bersyukur kepada Allah kerana masih boleh berinteraksi bersama anak saya Faris....

Selepas saya bancuh susunya & beri pada nurse utk dimasukkan kedalam tiub utk faris, dia membukakan matanya... Kemudian saya pun cuba berinteraksi ngannya

Ayah : Farisss, faris nampak ayah tak?
Faris : *angguk (walaupun terlalu lemah anggukkan dia)
Ayah : Faris rindu ayah dgn ibu?...
Faris : *angguk
Ayah : Faris sakit tak?
Faris : *diam
Ayah : nanti nurse bagi susu supaya faris kuat & sihat ok?
Faris : *angguk
Ayah : ayah tunggu kat luar dulu ye? Nanti nurse bg susu, lap badan & tukar pampers tau.. ayah datang balik nanti. Kejab je ok?
Faris : *diam

Alhamdulillah, faris tunjuk reaksi positif walaupun doktor kata keadaan dia masih membimbangkan.... Bersyukur sgt2 kepada Allah bila dpt berkomunikasi dgn Faris.....

Mohon rakan2 semoga terus menerus mendoakan semoga Faris cepat sembuh'

17 February 2012

Aulia Progress at 2 months

Salam. Just nak update sket pasal anak dara kesayangan tu. Mana taw nanti da besar2 Aulia nak baca kan. hehe...

Aulia just being injected last Monday(13 feb 2012). a day before that, first time aulia kena slight fever. Pagi isnin, alhamdulillah demam die da takde. so bawak la g cucuk, sekali petang tu naik balik demamnya. naseb la ubat semua dah ade. so selasa mama have to cuti eventhough babah cakap demam aulia dah ok. mama rasa tak best nak hantar aulia kat nurseri that day. i thought that it is better if she can rest at home to regain her energy back by ngempeng seharian ngan mama kan. huhu... sangat terbukti bila pagi2 tu die dah ajak bersembang bukan main lagi sampai sempat la mama mem"video" untuk hantar kat nenek. nak hantar kat opah hp opah lum canggih lagi. huhu... lupe lak babah die siap buat lawak lg bile Aulia demam. babah cakap aulia demam sebab nak test termometer baru beli hari sabtu lepas. adoi la. nasib la beli cool fever jugak, dapat la tempek kat dahi aulia. y first letak sekejap jer aulia dah cabutkan. y second bertahan sket. Piece ketiga alhamdulillah sampai kering la tepi2 cool fever tu dapat melekat kat dahi aulia and alhamdulillah after that fever gone. Harap2 jangan datang lagi. biar mama jer demam takpe jangan aulia y sakit. Ubat demam dah stop bagi but Aulia still need to complete antibody liquid and ubat selsema since selsemanya ada lagi. adat la baby kecik2 ni duk nurseri kan. senang sangat berjangkit.

Aulia now sangat2 nak bercakap. bangun jer terus menegur. terkejut mama, yelah dlm gelap2 tu die leh ajak mama sembang. padahal jam baru kul 6 pagi. die dah berusaha melengkungkan badan bila mama pegang tangan die, mintak di angkat. harap2 Aulia akan cepat dapat hold kepala sendiri and belajar meniarap. Semalam saje bagi die meniarap then pasang lampu kaler2 dalam gelap. Aulia dah boleh la hold kepala tp sekejap2 jer, Aulia belum lagi boleh push tangan die macam org pumping tu. Orang kata kalo baby dah boleh push tangan macam tu nanti die akan mula meniarap.

Mama sekarang pakai teknik bedung untuk bagi Aulia tido lama. kadang2 bedung bila die dah tido. macam semalam tido before die lena. seboleh mungkin die nak lepaskan diri. lepas berjaya dipujuk ajak2 main and isap pacifier, akhirnya Aulia lena. Dari pukul 10 sampai 3.40am. alhamdulillah....Nasib baik jugak Aulia tak addict untuk nyonyot pacifier. Dia akan buang jer pacifier lepas seketika, but the pacifier does make her calm bila mama dah ala2 nak tersengguk acah Aulia supaya tak merengek. Tq sayang. Mama doakan Aulia membesar menjadi wanita solehah :)


12 February 2012

Aulia Goes to I-City

Mama & Yaya in action. Yaya da nantuk, mama plain giler muka.
busu in action

nenek, mama, yaya n busu
mama n yaya in action

xsempat nk pose
glowing in red

nenek in action

bonda with peacock


Cerita disebalik kejadiaanyer ialah in-laws aku datang. so we asalnye nk g mkn mlm jer, then tesco. tup2 in the end kitaorg p I-City.  Tesco tak pegi pun. Mkn malam kat Syed Ikan Bakar Padang Jawa. If korang g sini bg aku siakap 3 rasa die quite good , tomyam putih pun sedap xp kecik sgt kalo order potion sorang makan. Kerabu perut pun agak nice. since dari zaman study pun ak n hubby selalu gak g sini.


06 February 2012

Aulia's Shower Moment

i am not crying anymore 
eventhough mama use cold  water against me 
:)

 i am a big girl






big girl do not cry :)








02 February 2012

Momma Life


Alhamdulillah, Aulia dah 55 hari dah hari ni. makin pandai, makin comel. haha... mana ada mak y tak puji anak sendiri kan. ;) Dia dah sgt pandai cooing, buat akal dan hisap tangan. bukan jari ok . TANGAN!!! haha...  mengikut pergerakan tu jgn ckp la. jauh pun die dah boleh ikut. terutama figure babah dan mamanyer. die juga akan berusaha mencari bile someone called her name and start smiling bile di agah2. so sweet, rasa nk geget2.huhu... gambar ats ni aksi Aulia tido meniarap. Aulia ni telinga lintah sket. senang jer terjaga bunyi apa2, so bila tiarapkan, dia akn dpt tdo lama. dia dah pandai alih2kan sendiri kepala, tapi mama tetap riso. msk sket2 jengah, pastu tgk die breathing ke tak. huhu...

skang ni kul 9 pg dah siap msk nsi n potong2 bhn u lauk. sungguh tak percaya.huhu...  kalo dulu kul 11 baru pandang dapur. terasa banyak perubahan diri. lebih sabar, apa2 pun skang all 4 Aulia both either me or babah dia. minggu depan dah naik keja. sangat la berat hati rasanya, skang tengah train Aulia minum botol, alhamdulillah dia tak tolak. Sebagai precaution step aku beli puting pigeon Y cut, so as long as baby tak suck susu takkan mengalir sendiri. yelah, mcm2 kan skang ni. aku tawakal jer hantar anak g nurseri. Ku serahkan semuanya dalam jagaan Allah S.W.T. 

Lagi satu my baby ni biasa mandi air suam, nanti di nurseri akan mandi air sejuk. so kena la train dia. first time mandi aku curah2 ngan tapak tangan, gosok slow2 mcm biasa. last jer aku curah pki tupperware kecik. die ek gak sekali. unlike mandi air suam, bahagia jer anak dara mama mandi. lama2 pun die tak kisah. second time pun mcm tu jugak. third time mandi air sejuk which is kul 5 petang semalam, boleh tahan kuat die menjerit kena siram air sejuk tu. baru jirus bahagian depan badan dah lalak. kesian anak mama. but i have to train u sayang. better u cried while i am around rather than nanti terkejut and melolong sekuat hati masa dengan pengasuh. adui...susah hati mama.

Benda y kitaorang still fail nak ajar die ialah duduk baik2 dalam troli masa shopping. huhu.. anak dara mama nan sorang nih sekejap jer maunyer. pastu nak berkepit ngan mama. kena la babahnya tolak troli barang satu kat depan, tarik stroller anak satu kat belakang. kesian...nampak gaya memang mintak mama beli sling yer sayang. okey la nanti mama tengok budget bulan ni ek. hehe... mungkin sejuk kot masuk supermarket tu, tapi bile kite selimutkan dalam stroller mesti die buang selimut. anak2... taper sayang. mama and babah hope u can adapt to it later rite? boleh la kite shopping lama2 and tengok apa barang sale. for now memang kitaorang g shopping direct beli y dalam list n balik. singgah makan dan minum pun tak. huhu...kalau dah takdan masak, tapau jer.

till then. wassalam :)

27 January 2012

like babah like daughter


 ini la pasal kenapa mama ckp mesin fotostat. sebijik. huhu.. except anak mama ni ade extra pose. siapa perasan??? special pose tu kaki trgkt . berialah mama kepit ngan bantal, tgk2 da trgkt. siap parked ats bntl mcm org tua :)

25 January 2012

7007

Wordless Wednesday kan ;)

24 January 2012

Kisah 10122011, pengalaman bersalin TA

Feel like posting something, but got no idea. so, terfikir la nk coret2 pasal pengalaman sebelum selamat melahirkan Aulia. 

8/12/2011
petang g cek kt SDMC, doc seluk buat kali kedua since last check up. doc kata baby dah engaged tp lum la ade bukaan lg. doc pesan if by 15 lum bersalin, pg2 16 dtg SDMC doc nk induce. doc pun last2 ikut due date gomen, yela sbb ak g check up ngan doc SDMC start da 7 bulan lebih. Doc pesan mcm biasa la kalo pas seluk memg ade kua drh sket so jgn panic la.

9/10/2011
5 petang - g berkampung kat umah makngah di subang sebab esok along Zaffan (ank makngah) nak kawin, tgk2 ape y leh dibuat. dah overdue la kalo iku gomen sbb gomen bagi due date 8/12/2011. Jumpe cousin2 termasuk family mak usu dr melaka. semua duk tanye dah ade rase ke tak.  memg aku takder rase pape. kesan check up tu memg la ade drh sket plus air. duk mkn2, teringin sgt ngan tapai. mak usu kasi green light ckp takpe da besar kandungan leh mkn da kalo mak usu. so aku pun cubit sket jer dr potion mama. ade la stgh inci kot. maghrib tu g toilet, pelik gak tgk y air still kuar tp tak mcm ketuban pun. kan org kata kalo ketuban pecah die burst tp ni biase jer. so sambung bergelak ketawa sambil lap2 door gift. masa bergelak2 pak usu ckp, 10 mlm japg masuk la tu hospital, mak usu lak tmbh y pak usu punye prediction kdg2 tepat, mcm ade rasa gtu tp kitaorg sume bergelak2 lg. kul 10 lebih gerak balik sbb hubby ade hal keja nk setup event. hubby risau gak nk g tp aku ok jer plus mama pun da ade. aku duk jer dlm bilik, kejap2 mama jenguk. hehe... then terasa nk kol midwife SDMC since doc ade pesan kalo pape kol jer nk tnye ke ape2 y confius. aku cerita kt midwife, die suh dtg sbb riso kot air ketuban leaking. aku kol hubby gtaw y ble die balik t nk g hosp tp sempat ckp y aku ok jer, takde rasa pape pun.

so dlm kul 2pg bru masuk labour room. hubby jer ikut, mama kena waiting kt bilik lain. midwife ckp kebetulan doc aku ade kes org bersalin jugak, so japg doc aku akn dtg jenguk aku. tak lama doc Ct masuk ngan muka ceria mcm biase, die cek2 die ckp dah bukak 2cm. adui...terkejut pun ade time tu. doc dgn cerianya estimate tgh ari esok insyaallah, dun worry. bermula la episode aku tak suke sbb kena psg CTG tu. slumber je ak men adjust2 ctg tu ble aku tak selesa n bukak p toilet ag. aku tak ske ctg tu sbb die letak tepat kt bhgian bwh rusuk y aku sakit spnjg mengandung tu. time ni ak leh relaks jer lg layan tv tgk tom n jerry, spongebob,layan citer unstoppable smpi hbs. pastu men2 katil tu kejap duduk kejap baring. lenguh dg belt ctg tu. skt blum ade lg. boring gler rasa.haha... ayat2 ni memg sume duk bace2.  kertas doa tu duk kt tgn aku kena lipat2 dah la.huhu..laki aku tlena jugak la kejap d sofa labour room tu. then ak start minum selusuh, lepas minum da dpt rasa mild contraction. even mild aku still takle tido. keja tgk bacaan ctg n contraction kt dinding jer. dlm kul 4 lebih or 5 lebih hubby balik anta mama sebb kesian mama duk kat bilik menunggu tu. hubby dtg balik dlm 1 hour lebih gtu. 

kul 7 pg gitu doc Ct dtg lg cek bukaan still sama. sbb bukaan still sama, die pecahkan ketuban and decide kasi drip, start sini aku dah makin kureng suke sbb susah da nk g toilet nk kena usung bekas air tu ngan tiang. tgn rasa keras jer. lepas drip memg contraction bukan men lg, laki aku siap tlg kira ble  calculation tu menaik lg. rasa geram jer. siap ak merengek2 lg, jgn la baca time die naik bace time die turun  dah ler kan. sbbnye ble bace time die naek memg le tau ble sakit kuat tu nk dtg lg. time nih bukaan memg dah laju, sejam 1 cm. dah bukak besar takleh da g toilet, 2 kali gak la aku  kena buang air pakai tiub tu kt ktil. serik rasa. 

ble tah midwife cek bukaan lg.ak pun da agak lalok ble da bukak besar, aku just ckp rasa mcm nk terb****k sgt2 dah ni. Yvonne, midwife tu minta aku try teran, aku teran jelah, dan2 die suh tahan. sekali da teran memg takleh nk ditahan da rasanyer. rupenyer time tu memg baby da nampak kepala. aku tak perasan keliling da ape sume org ckp, ape y aku taw aku nk lepaskan rasa baby menekan tu cepat2.  then tbe2 jer ade ramai nurse dikeliling aku n cepat gler diorg transform katil tu jd design baru y sesuai utk push baby. tbe2 jer da ade mcm pemegang kiri knan, tempat letak kaki n mcm talam tempat baby nak mengelungsur ble kuar. memg cepat gler. ape y aku cari doc Ct. aku nampak doc da ade kt bwah.  nurse sume sgt best, tlg kira beramai2 time aku nk inhale and push. first try aku slh push sbb kua suara tp diorg sume tak marah. aku sempat lg ckp sy tak pandai caner nih. sempat pulak kn. huhu..time ni lupe hbs da teknik2 pernafasan y ak bacer. ape y ak slh ialah aku buat inhale, hold n push sambil kuar suara but the rite technique is inhale, hold and push without suara. siap diorg suruh push geram2. aku push 2x lg dan tepat kul 12:22 tghari, baby TA selamat dilahirkan dgn berat 3.21kg.alhamdulillah.... just as doc Ct estimated earlier, she said around 3.2kg masa 1 month before give birth.  ble baby dah keluar tu terasa lega sgt, ilg hbs skit2 mse kontraksi. doc jht pun tak rasa ape da.

seelok jer baby keluar diorg angkat dan letak baby dibahagian perut ak y time tu memg ade beralaskan plastik. terharu sgr rasa gk muka ank sendiri, rasa mcm nak menangis kegembiraan. meleleh jugak la sket. time diorg letak baby TA kat perut tu, hubby dipanggil ke arah doc u potong tali pusat baby.excited gler dienk potong. TA keluar memg terus melalak sekuat2 nyer.. siap da bukak mata time tu. after potong tali pusat, diorg bersihkan baby and timbang semua. then diorg bagi kt hubby u azan n iqamah. after that bg aku utk first touch breastfeed. sama2 belajar both baby n me. 2x masuk mulut, TA diorg ambil die balik u examine. aku pulak time tu dah siap jahit, pnjg mana aku tak taw. hehe... aku berehat2 yet still takleh tdo. sblm beranak takleh tdo sbb contraction, lepas beranak takleh tdo sbb excited. hehe..aku still berehat dlm labour room ak  tu smbil bukak tv semula, sbb tunggu dpt bilik single as per request earlier. lyn spongebob n kartun tah pape lg. hehe.. tgahri pun mkn kat situ. die bg lauk aym msk kicap salad sayur n buah betik lau tak slh. aku mam aym, buah n nasi jer sket. sayur ade kubis tak berani mkn.ak mintk hubby hbskn sb mmg terasa tak lapar pun wlpun hakikatnye aku memg tak mkn berat lg. cume sebelum bersalin aku ade mintak laki aku bg kurma tak ingat berapa biji aku mkn.  ade gak kejadian lawak before transfer g bilik. nurse suruh ak peepee with 2 options, nak gune tiub or try gune mcm tub tu tadah sbb aku tak dibenarkan bangun lg. laju jer aku tolak tiub sbb serik td, ble try memg tak dpt peepee pun, sket jer dpt. ble nurse tnye dah ke belum aku jwb dah, die curious jer sket sgt n rasa rahim aku. die ckp pundi kencing penuh lg. so nk taknak kena la gune tiub gak, aku da bersedia tahan sakit lg, rupe2 nyer da tak sakit lg urinated using tiub ble dah bersalin sbb baby dah keluar so saluran da tak sempit lagi, tak la terasa tiub tu lalu lg. huhu... nurse tu siap gelakkn ak n ckp , ha kan da ckp tak sakit da. hehe...

dlm kul 2 lebih transfer masuk bilik ngan baby sekali. mama, makcik y tlg ambil dr rumah aku dlm kul 3 lebih. kul 5 lebih rombongan keluarga makngah, mak usu n nenek dtg tgk first cicit die. instead aku y beria konon nk g kenduri semalam, rombongan dr kenduri y melawat aku sudahnye. minus the pengantin la sbb da ikut family pengantin perempuan kan. TA tido lena walaupun kena ususng keliling bilik dek nenek2 sedare, atuk2 sedara dan moyangnyer. mcm2 makcik buat u  bg TA bgn, lg sedap die tdo ade.

11/12/2011
kul 3 lebih dah selamat keluar hospital.

ini la serba sedikit kisah bersalin aku. alhamdulillah semunya dipermudahkan. tips paling senang u baik luka y SDMC amalkan, berendam bhgian luka tu dlm air garam twice a day for 15 minutes. alhamdulillah luka aku cepat baik, rahim pun cepat kecut. sampai masa aku berurut tukang urut tu pun agak heran. Alhamdulillah sekali lg.



21 January 2012

Tips membanyakkan susu ibu

REPOST DARI BLOG http://whenmayend.blogspot.com SEBAGAI RUJUKAN UNTUK DIRI SENDIRI :)

Petikan diubah dari http://memorisusuanku.blogspot.com, http://alinalan.blogspot.com

Ada pelbagai cara membanyakkan air susu sama ada dari segi pemakanan, minuman dan amalan. Berikut adalah hasil dari pembacaan dari website-website kawan-kawan, majalah dan dari orang-orang yang berpengalaman yang boleh dijadikan rujukan sebagai cara untuk menambahkan susu ibu. Tidak semua petua ini serasi dengan semua ibu. Ia bergantung kepada badan masing-masing. Selamat mencuba!

Makanan
- Lobak putih; boleh dimasak buat sup atau jus
- Bayam
- Broccoli; sumber kalsium yang baik.
- Sawi
- Cekur Manis - dimasak rebus/lemak manis. Atau dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.
- Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang; dimakan sebagai ulam, rebus atau urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawang putih, ikan bilis/ udang kering.
- Kacang Hijau; bubur kacang hijau
- Kacang Tanah; kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
- Daun Kucai; daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus, makanlah bersama-sama nasi.
- Petola, daun turi; masak lemak manis
- Kacang Buncis
- Kacang Dal; makan dengan roti canai
- Pucuk betik
- Roti; segala jenis roti especially roti planta
- Kurma; makan begitu sahaja atau buat jus
- Madu; sebagai pemanis dalam minuman
- Kismis; 7 biji setiap pagi, tengahari dan malam
- Ikan Tenggiri
- Sengkuang Cina
- Biskut bijirin -
- Buah Laici, Longan, Mata Kucing, Rambutan - bukan yang dalam tin / di proses
- Halba - masak dengan nasi (nasi dagang)

Minuman
- Air masak; minum lebih 3 liter sehari
- Susu; Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.
- Longan Kering; Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja / direbus
- Halba; rendam dan minum airnya. Boleh juga telan sesudu kecil dengan air suam
- Oat; boleh ditambah dalam minuman/makanan
- Amalkan minum milo/nestum/ horlicks
- Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina
- Soya
- Kurma; makan begitu sahaja atau buat jus
- Air Kelapa
- Air Sengkuang Cina; boleh beli yangg dalm tin jenama season F&N atau buat sendiri, kisar buah sengkuang rebus dengan sedikit gula
- Daun betik;rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari
- Lobak putih;parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari. Atau campurkan lobak putih dan lobak kuning, dikisar dan ambil patinya, bancuh dengan susu minum.
- Milkmaid tea
- Melilea Organic Soya Drink
- Autumnz Organic Nursing Tea
- Joy Angel Nursing Tea

Makanan Tambahan
- Pil Kalsium
- Obimim
- Omega 3
- Vitamin C
- Jamu yang membanyakkan air susu contoh PIL ASI, jamu nona roguy (phytonatal)
- Alfalfa (Shaklee)
- Bidadari (DCL)
- GNC fenugreek - Halba dlm bentuk kapsul keluaran GNC
- Habatussauda
- Organic Spirulina
- Melilea Greenfield Organic
- ML; Goat's Rue Vegetarian Capsules
- ML; More Milk Plus Vegetarian Capsules
- ML; More Milk Special Blend Alcohol-free tincture (2oz)

Zikir dan Doa
- Berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.
- Baca doa untuk ibu-ibu- "Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."
- Baca Selawat dan bismillah sebelum menyusu dan mengepam.
- Baca surah albaqarah ayat 60; letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita & supaya kita mampu keluarkan susu yang cukup pada anak kita hingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun...InsyaAllah
Maksud ayat : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Lain-lain Amalan
- Selalu bersihkan puting untuk memudahkan liang-liang susu keluar dgn laju
- Kerapkan pengepaman setiap 2-3 jam sekali masa didalam pantang, insyallah susu akan berlebihan nanti.
- Kerapkan pengepaman waktu malam, kerana waktu malamlah yang merangsangkan hormon payudara untuk membanyakkan air susu.
- Wajib mengurut badan satu bulan sekali. Boleh betulkan perjalanan urat-urat payudara.
- Pam susu sambil lihat muka anak atau gambar anak di telifon bimbit atau bayangkan wajah comel anak yang menjadi segala-galanya dalam hidup.
- Sentiasalah berdoa pd Allah, semoga diberi ketenangan dan dibanyakkan air susu. Usaha dan tawakkal adalah sebaiknya. Elok diamalkan selepas solat, sebelum mulakan sesi mengepam, semasa mengepam dan selepas pam.
- Rehatlah secukupnya. Jauhi stres kerana stres akan menyebabkan hormon oksitosin terencat, sekaligus merencat pemancutan susu ibu. Bawa bayi tidur bersama anda setiap masa anda dengan bayi (hari cuti).
- Susuilah bayi dengan kedua-dua belah payudara sehingga bayi sendiri yang melepaskan puting setelah dia tertidur kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.
- Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi

Wajib ditinggalkan
- Minuman Ais
- Minuman bergas

Bertenang sama ada semasa menyusu bayi atau sesi mengepam. Sedikit tekanan pun boleh kurangkan pengeluaran susu.

"REZEKI SEMUANYA DATANG DARI ALLAH SWT"

20 January 2012

Hadirnya puteri sulung babah dan mama

Alhamdulillah puteri kami selamat dilahirkan pada 10/12/2011 dengan berat 3.21 kg. Babah dan mama doakan TA membesar dengan sihat dan menjadi wanita solehah yang bijak dan mempunyai kehidupan cemerlang berlandaskan syariat. Amin..







08 December 2011

The Day!

Salam,

skang ni tengah rasa takut sgt2. huhu... kalo ikut gomen nyer, EDD rini 8/12/11. tapi still takde rasa ape2. just sakit2 pinggang and water retention y biasa tu. td g check up kt sdmc. haish..dah 2minggu dah asyik kena seluk. scary aku. y buat bertambah takut, td doc ckp since EDD awal dah tiba, ikut jelah y tu. so doc advice by 14 lau tak bersalin lg, before 8 am 15/12 kena admit da and i will b induce. sgt2 takut ok. 

Ya allah, hamba mu ini berharap agar dpt bersalin normal dan semuanya dipermudahkan. aminnn.. 
baby, please keluar before mama kena induce ok. br dgr perkataan induce dah takut. lum lg dengar perkataan cea**r tu.... nauzubillah min zalik. moga dijauhkan dan dapat bersalin normal. baby please2, tlg mama yer. kami berdua masih berharap baby akan keluar pada 13/12/11. Ya Allah, semoga semuanya dipermudahkan. Kawan2 y sudi membaca doakan sy yer :) trima kasih in advance ira ucapkan kalo ade y sudi mendoakan. semoga kwn2 juga beroleh rahmat.

**Alhamdulillah mama dah sampai sini ahad lepas. sabtu sampai ahad lepas FIL pun ade sini. kitaorg g amek mama sama2 masa mama sampai. need to go back since abah still have to go to school even school holiday. insyaallah, kalo takde aral(td hubby kol both, abh n ummi demam, wish them cepat sihat n manage to come tomorrow)  tomorrow they'll be here back sbb on saturday along apan nyer kenduri di Putrajaya.

30 November 2011

Counting

Just reached 39 weeks yesterday. Masa check up y 38 weeks hari tu, tanya doc knpa sakit masa nak pijak n genggam. baru la kenal istilah water retention atau dlm bhsa melayunyer bengkak air. doc kata normal la tu at last stage of pregnancy. sometime water retention ni leh berlanjutan hingga seminggu or 2 minggu selepas deliver. depends org. 

Dah 39 weeks ni, rasa melangkah sgt la payah. langkah rasa sakit kat ari2 and tlg pelvik. my assumption is  kepala baby duk tekan dr dlm. bila baring nak beralih dr kiri ke telentang, telentang ke kanan pun azab sgt rasanye. nak bangun makin payah, bukan jer berat malah sakit jugak. 

setengah org at early stage og pregnancy dah produce susu sket2, aku 39 weeks baru betul2 ada. so aku mcm assume dekat da agaknye baby ni nak keluar. apa2 pun doakan semuanya selamat yer.

arini patut g check up kat putrajaya nun, dan2 mlm semalam spek aku mematahkan diri. nk tak nak rini kena ikut laki aku p keja nk tempah spek baru sbb aku tak nampak nak drive. aku kan rabun teruk. kanan 700++, kiri 600++. so dpt la tadi tempah kat kedai spek dlm giant sek 7 tu. die siap bg pckage student lg kt aku. hehe.. rm388 multicoated and aku amik cermin y paling nipis ade kat situ 1.67 indexnyer. alhamdulillah. nanti nak kena tnye senior mcm mana nk claim spek. company akunyer insurance leh claim 1 spek dlm setahun. kena la gune kan, memanfaatkan kemudahan. even die cover usd120 jer pun, kira ok la tu. plus minus kalo die tolak 15% service charge dr claim pon, still aku cuma guna duit aku kurg rm50. esok pas check up kt subang nak g amek barut baby and mandian herba y ditempah. then g amek spek baru. meanwhile, aku pakai cermin dr spek y patah letak kat frame lame aku. naseb bek frameless type. leh la adjust2 wlupun senget benget. spek aku y patah tu half-frame type. ni y baru aku amek full-frame type. pk nanti2 anak dah keluar kot tahan lasak sket kalo2 die nak menggapai spek mamanya.  tukar dari spek patah ke frameless tu org kedai charge RM10. kira ok la. so kwn2 y tukar spek br jgn terus cmpak spek lama yer, mana la tau kot2 emergency leh recycle semula. unless u all memg sentiasa ade duit berkoyan2 sampai tak tau nk wt ape lg.hehehe...tp ingat yer membazir itu amalan syaitan. (erkkk..ape aura ustazah ni, kira halal la ye. saling mengingati termasuk remind diri sendiri)

23 November 2011

Doa Memudahkan Bersalin

22hb November dah cukup 38 weeks pregnant. Huhu... Lama dah nak entry surah2/ayat2 ni tapi sentiasa tak lepas. Ni pun nak copy paste ayat2 nye sekali tak dpt. kena convert jadik gambar n upload. internet connection pun tak mengizinkan. Malas nk ckp bnyk, just nk share hasil google aku ttg ayat2/surah2 amalan bagi memudahkan bersalin. Insyaallah...

  • Surah Maryam
  • Surah Yassin
  • Surah Yusof
  • Surah Luqman
  • Ayatul Kursi
  • Surah Az-Zariyat
  • Surah Al-Hasyr: Ayat 3 
  • Surah Al-Insyiqaq: Ayat 4 
  • Surah Al-Ahqaf: Ayat 35  
  • Surah An-Nazi'at: Ayat 46 (tiup pd air > sapu pd perut > minum) 
  • Surah Abasa: Ayat 20  
  • Surah Al-Mu’min (Ghafir) : Ayat 44 
  • An-Nahl : Ayat 78


Amalan Suami Agar Memudahkan Isteri Bersalin
  • Surah Al-A'raf: Ayat 54
  • Surah Al-Anbiya': Ayat 87