Shoppe~In

SaHaBaT @ FrienDs

10 July 2012

Aulia@7 months

Alhamdulillah ank mama dah 7 bln arini. da ada gigi bwh 2 btg. Berat pun da jadik 6.9kg. Da pandai bebel bhse jerman...hehe. Mama doakan aulia membesar menjadi wanita solehah y bijak, sht dan kuat. Beroleh masa dpn y cemerlang.

Mama and babah sayang aulia sgt2...


05 June 2012

meniarap --> menelentang

Akhirnya...hehe. punye la lama tunggu dak aulia ni menelentang. akhirnya last sunday she did that for the first time in front of my eyes in taiping. uiiiii..jauhnye nak kena g baru nak menelentang. we were visiting my aunty in Taman Kaya, Taiping. Aulia start meniarap seawal 3 months, tapi menelentanggnye da nak masuk 6 months. bayangkan dlm tempoh 3 months tu die meniarap dan kemudiannye akan menjerit2 mintak tlg kita angkat die or telentangkan die. she was helpless in that position. now mama was so happy since leh letak lama2 sket before she's getting bored. hehe...

agak-agak lepas ni nak kena g mana plak yer untuk belajar menyulur dan duduk yer? mungkin rumah ayahlong Aulia kat penang kot.

my cutie white riding hood :)

31 May 2012

her first teeth

just discovered her first teeth is approaching yesterday. terkejut ok. excited gler ble tgk first gigi anak. she is 5 months and 20 days yesterday. patutlah lately gusi keras smcm. asyik menggigit jer. paling scary tgk die gigit jari sendiri kuat2 n tarik kuat2 juak. seriau mak die ni tgk. takut jari2  comel die tu luke ker ape ke. lepas ni mama die ni kena bersedia teknik2 mengajar anak tak menggigit la pulak. huhu...

24 May 2012

Aulia at 5 months++

 

lamanyer rasa tak update. bulan ni bulan bz. hujung minggu takde satu pun lekat kat umah. dengan bz kerjanya. balik uruskan ape y patut dan tido jer. bayar broadband pun free je bulan ni. tak guna. untung kau u-mobile. 

nak update pasal puteri kesayangan jer nampaknye. dah 5 months plus. 6.2kg last timbang. tunggu timbang masa cucuk 6 months lak. da start makan da dka kecik ni. tapi takde heavy2 lagi. just puree steamed fruit jer. so far da try pisang emas and pear. perut die pun da telan cerelac gak. tapi tak banyak and sangat la cairnye bagi. 

akal pun dah banyak dah. hehe...kadang balik taska taknak diletak dlm car seat. kena la wat sesi pujuk memujuk dan upah mainan. so memang spare mainan dlm keta. hehe... kartun favorite skang ni chuggington. gelak sorang2 klao tengok coco and wilson melompat. oh yer..aulia dah start gelak mengelekek mcm kite y dewasa ni, tp sket2 la. hehe...nafas tak cukup agaknye.mula2 panjang2, pastu setakat ehek jer. hehe.... kalo tak bg die mam mesti bile kite makan die akan renung beria and ketap2 bibir. 

alhamdulillah gak , masih fully breastfeed. insyaallah akan diteuskan selagi ade. walaupun dengan penuh gigih kena mengepam. currently bought spectra 3 for pumping during office hours. malam2 medela harmony gak no 1. hehe.. bulan ni stok baru sehari dpt masuk. y keluar tiap2 hari. tinggal beberapa pack jer. risau sangat. pumping tak penah miss, tak dpt kumpul stok sbb balik keja lewat and g awal, so kena tinggal susu banyak. jadi habislah dikorek2 stok. ingat nak try shaklee. mana2 agen shaklee tu cepat la promote kat saya with best price yer...hehe. sy tengah pilih nak beli dr siape ni, bnyk tul org jual shaklee kt fb and blog. ingat nk beli trial pack set penyusuan + ostematrix. kasi tambah kalsium dkt pinggang n lutut y rasa sakit jer selalu.

adui..panjang plak berleter. just nak pesan kat my doter teja aulia sayang. mama and babah love so much, jadi lah anak solehah yang beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. tiap2 hari pun mama pesan benda sama kat sayang mama ni. masa nak tidur, msa main2, masa nak g taska.  hehe..mama memang kuat bebel sayang :)

22 April 2012

Super Sunday :)

tunggu babah goreng nasi sambil update blog :) tq babah

18 April 2012

Stock as of 17042012


Last week seronok sangat since production meningkat. lepas men balik2 kg on weekend and skip pumping session during that weekend, this week merasa merudum semula. huhu.. ni jumlah stok setakat 17th april. 35 bags. caca marba starting from 3 oz- 5 oz. alhamdulillah, cukup la walaupun tak berkoyan2. nak buat siram pokok pun tak leh ag. gagagagaga...

Aulia dah 4 months ++. alhamdulillah...da pandai buat mcm2 akai, kdg2 mama n babah pening pala jugak xp namanya pun dah anak buah hati pengarang jantung. layan jela. buat akal pun comel. ahaks. puji anak sendiri lagi! balik kg bru ni bukan main suka lagi die bersembang ngan busunya. ape jer busu buat semua die senyum lebar. pandai busu melayan anak sedaranya. tak jeles sgt da. hehe...

skang Aulia suka tengok lappy dah, upin ipin la, cubeez la..abc, nursery rhymes. mama pun da start belikan aulia flash card gmbar2 binatang. plan nak wat sendiri xp tak nyempat2. so beli jer... aulia suke jer tgk gambar animals tu. mama siap mimic2 suara animals lg. harharhar... nak ajar ayam kok kook, ayam ketok and ayam yap yap gak lah...harharhar.. ini kes masa babah aulia kecik2. comel jer bile ummi citer. hehe...

10 April 2012

Kaedah Mengelakkan Tersedak Susu

Hari ni first time rasa Berita Harian informative sangat. hahaha... tadi baca berita harian dapat beberapa fakta yang sangat-sangat berguna.

1) Manusia memang Allah dah reka kita ni dengan alat keselamatan diri dimana ada bahagian di kawasan kerongkong kita ni y boleh mengelakkan tersedak. Tapi dalam case bayi (biasanya dalam tempoh 6 bulan pertama) bahagian tu belum tertutup sepenuhnya. So bayi ni bila dia menyusu, susu tu akan ternaik semula dan menyekat pernafasan.

2) Kita baca yang bayi yang tido meniarap ni bagus. Betul kan. Tapi sangat tak bagus biarkan bayi tidur meniarap sebaik sahaja selepas menyusu. BAHAYA!!! sebab susu boleh mengalir semula ke bahagian atas dan menyekat pernafasan.

3) Seeloknya selepas menyusukan bayi, gosok perlahan belakang bayi agar bayi dapat mengeluarkan sebanyak mungkin angin. di sini apa y aku paham, yela kalo ada angin mungkin angin  akan menolak naik ke atas dan menyebabkan susu y baru diminum turut tertolak ke atas.

4) Nak bagi angin keluar dari perut bayi, orang tua2 selalu tiarapkan bayi dan tepuk2 belakang. SALAH!!! perut/dada akan terhimpit dan menolak susu ke atas.

5) bayi yang dah sendawa tak menjamin bahawa tidak akan tersedak susu, sebab tak semua angin keluar semasa sendawa.

6) make sure beri bayi minum susu dalam keadaan kepala lebih tinggi dari kaki.

7) Ibu bapa dan pengasuh seharusnya tau teknik untuk mengatasi tersedak(chocking <---betul ke tak pun eja nih) di kalangan bayi. Ahli2 PBSM biasanya tau nih. Cuma confident ke tak nak buat tu. dengan mengetahui teknik ni, ibu bapa or pengasuh leh buat tindakan segera jika  ada kes tersedak. mohon di jauhkan. nauzubillahi min zalik...

8) ibu/bapa/penjaga mesti tau teknik CPR.

ni dari link BH online : Bahaya sedak susu. tp lagi puas hati baca printed BH.


Bahaya sedak susu
  • Foto
  • Foto
Ibu bapa usah panik, pelajari CPR sebagai persediaan saat cemas

KES bayi tersedak susu sebenarnya sering berlaku. Namun keadaan ini yang boleh dikawal dengan teknik tertentu, menjadi sesuatu yang amat ditakuti berikutan meningkatnya laporan kes bayi yang mati akibat tersedak susu.
Umum mengetahui tumbesaran awal bayi bergantung sepenuhnya kepada pemakanan berbentuk cecair iaitu susu. Sebaik dilahirkan, bayi yang masih kecil perlu secara automatik menyelaraskan mulut, bibir dan lidah untuk menyedut susu.
Faktor yang boleh mengganggu penyusuan bayi dan menyebabkan tersedak ialah gejala seperti selesema, bayi tidak cukup bulan, tidak sihat atau menyusukan bayi dalam keadaan yang tidak betul. - Dr Anthony James Mansul, Perunding Pediatrik Pusat Perubatan Prince Court
Selepas menelannya, ia perlu diselaras pula dengan otot di belakang tekak. Semua proses itu jika difikirkan, sangat rumit bagi seorang bayi kerana ia bukan saja membabitkan satu otot sebaliknya banyak otot berbeza.

Perunding Pediatrik Pusat Perubatan Prince Court, Dr Anthony James Mansul berkata, bagi bayi yang masih kecil, ada saraf yang belum matang terutama bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan atau pra-matang.

Dr Anthony berkata, pengamal perubatan perlu berhati-hati dengan bayi pra-matang di bawah 34 minggu terutama apabila menyusu menggunakan botol atau susu badan.

“Agak sulit untuk menjelaskan kepada setiap ibu bapa mengenai penyelarasan otot ini. Jadi sebagai langkah pertama, perkara terbaik ialah usah berfikiran negatif dan anggap semua bayi yang dilahirkan tiada masalah serta secara automatik pandai menyusu.
“Ini kerana 90 peratus bayi yang baru lahir tidak menghadapi masalah ini,” katanya kepada Sihat & Selamat.

Dr Anthony berkata, faktor yang boleh mengganggu penyusuan bayi dan menyebabkan tersedak ialah gejala seperti selsema, bayi tidak cukup bulan, tidak sihat atau menyusukan bayi dalam keadaan yang tidak betul.

"Kebanyakan kes tersedak susu yang kita lihat selalunya disebabkan masalah penyelarasan seperti mungkin ketika menyusu ada sedikit mukus atau kahak yang masuk atau susu tiba-tiba terlampau laju, contohnya susu badan bagi ibu dan bayi yang baru pertama kali menyusu badan.

“Akibat tekanannya laju, kita selalu lihat bayi tersedak,” katanya.
Dr Anthony berkata, lazimnya nasihat doktor kepada ibu yang anaknya kerap tersedak ialah memerah sedikit susu dari payu dara bagi mengurangkan tekanannya ketika bayi menyusu atau periksa puting botol susu untuk memastikan lubangnya tidak terlalu besar.

“Jika bayi masih lagi tersedak, jumpa doktor untuk pastikan keseluruhan saluran udara, pernafasan, lidah dan mulut bayi tiada masalah dan tidak sakit.

“Jika semuanya baik, mungkin teknik penyusuan yang diamalkan tidak betul dan kebanyakan hospital dan bidan-bidan boleh membantu menasihati ibu mengenai teknik penyusuan yang betul,” katanya.

Apa yang kita perlu buat jika bayi tersedak - pertama sekali jangan panik sebab ibu bapa sering bimbang susu akan masuk ke saluran udara. Berikutan rekaan saluran udara manusia yang baik, jika ada sesuatu yang tidak betul, ia akan tertutup serta merta (dipanggil spasm).

Bagaimanapun, bayi akan kelihatan sedikit biru atau mungkin pucat pada permulaan. Apa yang perlu dilakukan ialah dukung bayi dan tepuk belakang badan di mana lazimnya teknik itu sudah mencukupi.

Dalam kes yang agak kurang bernasib baik, kemungkinan susu itu masuk ke dalam paru-paru sehingga pernafasan terganggu. Jika ini berlaku, bantuan pernafasan mulut ke mulut atau CPR diperlukan untuk bayi. Sehubungan itu, ibu bapa sangat digalakkan mempelajari teknik CPR kerana ia bukan saja baik untuk bayi, malah orang dewasa.

Bagi ibu bapa yang terpaksa meninggalkan bayi di pusat jagaan kanak-kanak, disaran memantau pusat jagaan terbabit sebelum menghantar anak-anak. Cuba selidik dan bertanya dengan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke pusat jagaan sama, lawat dan luangkan masa beberapa jam sambil memerhatikan keadaan kebersihan, persekitaran dan cara penjaga mengendalikan bayi dan kanak-kanak. Selain itu, pastikan jumlah kanak-kanak tidak terlalu ramai hingga sukar dikawal.

Paling penting, pilih pusat jagaan berdaftar secara sah dan pastikan pengusaha serta kakitangan yang mengendalikan pusat berkenaan cukup terlatih serta cekap mengenal pasti bayi bermasalah. Selain itu, pusat penjagaan kanak-kanak yang memiliki sijil bantuan pernafasan mulut ke mulut adalah satu kelebihan dan pada masa sama, mempunyai pelan kecemasan terancang dan terletak berhampiran pusat perubatan.
 

07 April 2012

Aulia balik kg

Aulia with adik muda sebulan, Fateh :)





Aulia with kakak tua sebulan, Liyana :)
Ni gambar masa balik kg minggu lepas. first time Aulia balik Perak. mujur Aulia behave, sepnjg jln tdo jer. lega mama :) Fateh anak keempat angah while Liyana anak kedua my cousin, kak ana. alang2 balik kg, kitaorg jln2 umah sedara. tapi tak sempat semua pun sbb masa suntuk sgt. my hubby sempat g ikut angah n along g kebun. ok tu jer kot. hehe..

05 April 2012

susun menyusun


tukar style susun lg. kena ubah bg berdiri menegak pulak instead of melintang. nak bagi laluan u stok baru msuk. row kedua belah dpn masih brg je mcm tu sbb kalo dirikan akan jtuh disebabkan lum ckup bnyk. skit jiwa gak mse nk dirikan barisan belakang tu asyik terjatuh2 jer.  mcm mana la tgk setengah org susun cantik jer. last2 aku kerat kotak buat stand untuk halang dr tergerak. puas hati. huhu...

hari ni dkt KIM ade isu mcm2 sal pamerkan gambar susu ni. alhamdulillah isu dah selesai dgn jwpn dr ustz azhar idrus yer. as 4 me, sy letak gambar ni untuk inspirasi dri sendiri dan sbgi panduan u anak sy pada masa depan, agar die juga akan menyusukan anaknye sprti mana sy menyusukan die. " a breastfeed baby will breastfeed her baby ". insyaallah... lg satu sy ni pelupa orgnyer, so ini juga sbgai guidelines sy insyaallah jika ade rezeki Aulia beradik nanti. Bukan nak meriak yer, meriak ape kalo stok pun stkat 2,3 oz am ni. belum habis bulan pun da start pki awal bulannye stok. ape pun, alhamdulillah sgt dgn rezeki y allah berikan buat Aulia syg ni. semoga pengembaraan ini dpt diteruskan sehingga Aulia berumur 2 tahun. amin

30 March 2012

Penuh Sudah :)


Stok bulan 3, alhamdulillah. suke tengok hasil menyusun y tak berapa kemas itu. tapi 29 march da kena gune stok awal bulan mac. sbb stok february dh selamat digunakan. berharap hasil akan bertambah. This week Aulia dah start habiskan semua bekalan y diberi. Bg 16oz sampai 20oz. Semua habis. Mama juz tawakal n berharap dpt kumpul stok Aulia. This last 3 days, takde 1oz pun dpt wt frozen sbb sume kena hantar nursery + frozen stok y sedia ada. no in only out. Risau okeh! Kena lebih gigih bangun malam pump. Itupun kalau die tido lena. kalau die asyik bangun ngempeng jer, mana gaya nk pump. huhu...

Ini gambar budak kesayangan mama, T. Aulia dengan babah kesayangan die a.k.a hubby kesayangan mama jugak. ini la budak nomei2 tuan punya stok susu di atas. Budak tecit itu yer, exclude the bapak budak. bapak budak kalo suruh rasa pun die muke pelik2 dah. hahaha.... scary sgt gayanye.

p/s: suke la tgk budak tecit ni pakai headband. beli online kat fb, Arissa Headband Resources. Boleh gilos kejap mama kalo tengok semua koleksi kraftangan di Arissa Headband Resources ni.

Sayangilah Hati-Hati Kecil Ini.. by mommy iskandar

original post : http://mommyiskandar.com/blog/2012/03/30/sayangilah-hati-hati-kecil-ini/

Tersentuh dengan post mommy iskandar. peringatan untuk diri sendiri. berharap akan jadi mama y baik buat Aulia dan adik2nye (adik2nyer...2 tahun lagi yer. huahuahua)


Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan..

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
“Oh maafkan saya, saya tak perasan”


Katanya “Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara”


Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,


Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,


Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,


Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, “Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh”


Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,


Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,


“Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,


Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci”,

“Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,

Kan kau temui bunga-bungaan berterabur”,

“Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,

Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu”,

“Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,

Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu”,

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,

Airmataku mencurah ibarat air di kali,

Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,

“Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil”

“Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?

Dia tersenyum, “Adik terjumpanya belakang rumah di semak”

“Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,

ibu tentu suka terutama yang unggu,

“Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,

Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,”Oh, ibu, itu tak mengapa,

Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, “Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,


FAMILY
Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?
Tahukah anda makna “FAMILY” ?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

Sekadar renungan untuk diri saya sendiri dan anda semua.. Hargailah permata hati kita..



sy sgt suka dengan post ini. thumbs up to mommy iskandar again.

27 March 2012

Aulia's Rambling

This 10th of April, Aulia will be 4 months old. Alhamdulillah anak mama ni cepat belajar. Currently, Aulia actively belajar meniarap dgn betul. still sangkut2 tangan dan merengek2 bile tak ditolong. bangun pagi lagi dah nak meniarap, kalo mama pegi mandi babah surely happy melayan anak dara die meniarap. Setiap hari pun mama rasa tak sampai hati tiap kali nak tinggalkan Aulia di taska. Selalunya dalam kereta masa otw hantar die, Aulia surely akan ckp2 ngan mama. mcm2 mama pesan and aulia surely will look at mama with her round eyes and jawab dengan bahasa German die. What a sweet moment i have with u my dear daughter.

Everyday mama trying hard to collect enough milk for Aulia stock. Sekarang mama sangat susah hati sebab production merudum. Just hope that this happen temporarily due to hormone changes, and it will back to normal again. Mama sangat2 berharap dapat exclusively breastfeed Aulia till she reach 6 months and continue the breast feeding journey till she reach 2 years.  Sangat2 berharap. Semoga Allah makbulkan doa mama. tapi itulah sangat merisaukan, since this week nak collect 5 oz for first session pun payah. before that kalo tak bangun pump @ 2 or 3 o'clock in the morning, sure first session in the office insyaallah will got 6 to 7 oz for first session pump @ 11.30 am. As of today, pump dari pukul 11.40am  till 12.30 pm baru dapat 4.5 oz. tido dulu setengah jam bgun kul 1 tgahari pump baru dapat nearly 6 oz. Hati sangat risau. This morning dah guna the last frozen ebm stock of february amount 5 oz plus yesterday collection 12 oz.

Tomorrow need to start use early of march frozen ebm. Just hoping the coming two sessions in the office will succeed collect another 6 oz. I noticed lately Aulia start consume all fresh and frozen ebm that i sent to taska. Again, mama hope that this breastfeeding journey to Aulia darling will succeed with flying colours. Insyaallah.

25 March 2012

Hot Air Balloon Carnival 2012

cian ank mama kepanasan
ttdo pas menyusu wlupun pns giler
aiya..mja lg best tgk
heheh..mama giler letak headband kt anak
umi n ayong
nenek 
hahaha... ayong lapo.

19 March 2012

Aulia's Frozen EBM Stock

stock as of 18th march 2012. the orange label are all march collection. Alhamdulillah. baru try style simpan keping2. suke3...hehe. nampak kemas. y berdiri semua stock february. stock february simpan asal dan jer, 3oz, 4oz, 5oz, 10 oz, 12 oz. stock march at most pun 6 oz jer. since minggu lepas asyik cuti jer, so collection merudum. lusa nek kej, hope hasil pump tak merosot ler. huhu.... Ya Allah, permudahkanlah usaha hambamu ini agar aku dapat menyusukan bayiku sehingga 2 tahun. Aminnn..

18 March 2012

10 March 2012

Buckled up 2!



Saya mengantuk tapi mama ajak posing pulak. layan jela, nanti mama merajuk takde pulak susu sedap saya ;)

09 March 2012

Stok Susu Aulia


stok as of 12 feb 2012..just 4 days after start work, sket jer sb kat umah memg pyh nak pump. aulia kejap2 nak ngempeng.




stok as of 7 march 2012, tak banyak jugak. just cukup2 makan
teruja first time pump kat umah time baby ade leh dpt 7oz++, pump dr 2.56am sampai 3.24am. curi2 pam masa aulia tidur lena
hasil pump di opis 8 march. 2 botol dari kiri hasil pump kul 11.30 sampai kul 12 tgahari, leh dpt byk sket sbb tak bgn pump time pagi buta. huhu... botol ke-3 dari kiri hasil pump kul 2.30 petang. last botol hasil pump 15 minit kul 5.15 petang before balik. cukup la buat bekal aulia g nurseri. sealu bekal aulia gi nursery 12oz fresh (30z x 4 botol ). satu botol lagi frosen ebm either 5,4 or 3 oz. biasenyer ade la balance 2 or 1 botol y fresh tu time amek kul 6 petang.

Buckled up!

Koleksi gambar masa few weeks back. Mama said i need to buckled up even though it is not reaching 1 km to reach my day care centre. i dun care either, it suits me well ;)

04 March 2012

Direct feeding in supermarket without nursing room

Tadi gi tesco shah alam tu. mula2 jalan ok jer, aulia tido lena dlm stroller. dah lam tu dia jaga. dalam hati da risau dah pikir jap lagi mesti die nak menyusu since last die nyusu dah lama. die jaga dah agak lama pusing2 die pun start merengek. aduiii... kesian tengok die merengek. punya la besar tesco shah alam tu, haram nak ade nursing room kan. aku sebagai loyal customer die sangat frust ok. last2 aku masuk jer bilik persalinan wanita. bersila la aku kat situ menyusukan aulia. so kawan2 kalo terdesak leh la wat gini unless u all terer susukan baby dlm sling. memang takde masalah. ini jelah tips pendek aku.

aku rasa tesco da cukup kaya ramai org g kat die, takkan nursing room sebijik takleh bagi ha? bukan suh letak sofa pun. lantai kosong pun takde hal as long as ade private room untuk direct feeding. rasa2 leh tak suggest kat tesco management issue nih?

after nyusukan aulia kat bilik persalinan tu, she was looking at me direct to my heart as if she was saying to me "tq mama, coz sanggup bersila atas lantai bilik persalinan ni. walaupun orang lain pijak2 jer lantai tu". happy tengok die dah kekenyangan n buat mata bulat die. being a mama now i knew how hard my late mak and abah raised me up. semoga syurga lah tempat kalian berdua hendaknya. OK SAD MOOD IS BACK. SEBELUM AKU MERABAN TEBEN LAGI BANYAK, BAIK LA STOP KAN...

till then...wassalam.

29 February 2012

Kes Taska Tampal Mulut Bayi

Semalam kita dikejutkan dengan berita pengasuh taska tampal mulut tu. Mungkin ade y belum taw. Ni ha beritanye kuar kat metro, Tampalmulutbayi. ni pulak video yang disharekan di facebook, video-dera-bayi-dibalut-kain-dan-diikat. Astagfirullah...sanggup diorangkan. Semua seriau nak hantar taska dah sekarang.
Aku pun sangat risau, ramai2 kawan2 suggest supaya aku hantar anak ke babysitter since anak aku kecik lagi. sangat dilema, aku sekarang ni teringat pesan kak wan..aku letakkan anakku dalam jagaan Allah S.W.T. walau dimana pun anakku berada.

Memang sangat menakutkan bila tengok kes taska ni, tapi macam mana kalo hantar kat baby sitter, then baby sitter pun wat macam ni jugak? bila difikirkan, kalo kat taska ade 4,5 orang penjaga. kalau la kan...ade kes y tak elok macam ni. mungkin ade antara penjaga tersebut akan breech kegiatan y lg sorang. kalo kat baby sitter, ade die sorang jer. so chances kalo benda ni jadi siapa nak breech kan maklumat tu? semalam ade colleague bgtaw, ade kes.. parents ni die risau sangat hantar taska yang jaga ramai2 ni, or babysitter ni sebab baby sitter pun bukan berdaftar atas JKM kan. so die hantar taska y establish giler, y siap bayar RM700 sebulan in order nak mendapatkan seorang pengasuh satu penjaga. But there is also something happen. tibe2 baby nye pengsan, lepas di xtray. ade darah beku dalam kepala sbbnye kena goncangan y kuat. tu taska mahal tu. lepas tu dulu kan ade kes kat babysitter, y suaminye mel*w*t baby girl yang dijaga isterinya. Mcm mana plak ngan kes nih? Even dulu ade kes, atok y r*g*l cucunya. Nauzubillah min zalik.

kesimpulannya, kat mana-mana pun benda ni boleh jadik kalau ditakdirkan ia terjadi. Ape yang kite leh buat pantau kat mana kita hantar anak kita. Siapa tak sayang anak kan. 9 bulan mengusung kesana sini dalam perut. Menahan sakit contraction, bertarung nyawa nak keluarkan anak, berjaga malam lepas dah keluar. tiap2 hari mengusung beg pump nak pump susu u stok anak kat taska. Risau perut even anak kurang minum atau berak terlebih dari biasa. Sakit jiwa tengok kesan nyamuk gigit anak. Berkira nak beli barang sendiri demi anak. Mestilah tersangat sayangkan.  Memang MAMA TERSANGAT SAYANGKAN AULIA, LEBIH DARI NYAWA MAMA SENDIRI, MAMA MAHU YANG TERBAIK BUAT AULIA...mama buntu nak buat keputusan bila kawan2 mama suggestkan mama hantar Aulia kat babysitter,ape yang mama boleh lakukan mama berdoa dan letakkan Aulia dalam jagaan Allah S.W.T. sentiasa. Insyaallah mama akan sentiasa pantau Aulia kat taska.

p/s: maaflah ni entry emo, emo nak bagi y terbaik buat anak. too many path too choose. kena istiharah gayanye.