Shoppe~In

SaHaBaT @ FrienDs

Showing posts with label Interest. Show all posts
Showing posts with label Interest. Show all posts

01 August 2009

Awan Gemawan III

Gambar awan kali ni teman amek mase balik kg y baru2 ni. Biase la time2 duk melengung tu, snapped la 2,3 keping.

Koleksi langit petang dalam 5.30 till 6.30 petang..













Port amik gambar time petang2. Buai2 sambil amek angin sambil amek gambar.


Koleksi gambar tengahari dalam kul 2 petang. Sebab cahaya terlampau terik, maka kamera hp ku memandai adjust bagi gelap gni.







10 July 2009

Awan Gemawan II

Salam. Aku kembali!!! Ahakz...

Walaupun aku dah seminggu lebih balik SA nih. Aku still nak wat entry pasal kg halaman terchenta. Hehe..

Entry kali ni, aku nak sambung pasal gambar2 awan. Gambar awan kali nih di ambil pada hari Sabtu, 4 Julai 2009, tengahari. Still juga menggunakan kamera handphone kesayanganku without any editing on the picture. Natural effect. Here, presented our mother nature...








~Nyiur melambai ditiup sang bayu~


Dua gambar awan di bawah ni, di ambil dari tingkap rumah. Yang laen2 tadi diambil masa aku kat luar rumah.
~Awan gelap ala2 nak hujan. Orang kampung panggil pokok hujan~

~Bumbung rumah jiran aku ni tiada kena mengena ngan awan k.. Hehe~

Itulah gambar2 yang sempat ku snapped sepanjang menjalankan tugas. Haha. Tugas aku time nih ialah tunggu bahan yang direbus dalam kuali di bawah. Nak taw apakah isi kuali ni?
Zoom in...


Haa.. Aku taw benda yang paling korang nampak mesti daun pandan kan??? Haha. Ni sebenarnye abah tugaskan aku untuk menjaga ayam yang direbus untuk melembutkan isinyer sebelum dibuat rendang ayam. Almaklumlah, ayam kampung memang liat lau dah taraf bertelur sampai 5,6 kali nih. Lau korang tengok betul2 korang aka nampak tangkai sudu besi dalam nih. Itu bukan saja2 jatuh tau... Ader tujuannya die dijatuhkan disitu :) Ahakz!
Mengikut kata orang tua2, itu salah satu factor yang dapat melembutkan daging. Secara saintifik nyer, tidaklah ku ketahui. Wallahualam..


Aku kena jaga beria sebab takut tetibe kang rentung, sebabnyer ayam nih direbus gune dapur kayu, api kena jaga sentiasa. Dah la adakalanye angin kuat bukan men, jenuh gak aku duk suraikan kayu2 api dan sabut kelapa tu ke tepi.


Haa...ni time api tibe2 merajuk. Jenuh pulak aku makan asap duk meng 'adjust' kedudukan bahan bakar bagi betul2. Duk berkipas pulak dah macam Pak Ayub sate. Huhu.. Last2 selepas 2,3 kali kering air. Aku pun angkat letak atas rumah. Mesti korang pikir, apeke susah2 g guna dapur kayu. Gune jer lah dapur gas kan senang. Ader sebabnyer kesusahan nih. Mestilah factor jimat.Lau sampai kering air 2,3 kali gune dapur gas, aih!!! Copek abis gas bapak den. Bapak den tak sompek laie bukok kedai gas nih.. Huhu

02 July 2009

Awan Gemawan

Salam..
Aku memang suka sangat tengok pemandangan. Sume pemandangan aku suke tengok. Antara pemandangan yang aku paling suke tgk ialah bentuk2 awan dan warna langit.
Kalau kat kg nih keja aku petg2, amik buaian gantung and berbuai di celah2 pokok pinang. Hahaha..

Jangan salah paham okes.. Macam nih kat tepi umah aku ader tali air. Tepi tali air pulak abah tanam pokok pinang deret2. So antara pokok pinang nih, abah ader ketuk paku besar, buat tempat sangkut buai. Buai gantung nih jenis yang diperbuat dari tali plastik or kain. So die anyam macam jaring2 bentuk diamond. So jadilah buai. Sedap gak berbuai petang2 sambil tgk awan. Lau nasib baik nampak lah kelompok bangau yang nak balik sarang2. Putih2 jer..cantik.

Balik cerita pasal awan, lau kecik2 dulu aku nakal sket. Ader la cousin jauh bau2 bacang wat kawan. Lau petang2 aku ajak die g nek bukit tepi jalan besar. Sebab? Semata2 nak tengok awan plus leh nampak pemandangan sawah padi. View lagi clear dari ats bukit nih, tempat tinggi. Dulu2 aku takder kamera. So, aku lukis jer. Sekarang, malas meraja, so aku gune jer lah kamera tepon amik gambar awan. So, nih gambar awan yang aku baru amik petang semalam. Dalam kul 6.30 petang. Sambil berbuai, amik2 gambar. Mama and abah lak duk sembang2 kat beranda depan sambil relaks2 sementara tunggu maghrib. Gambar nih real punyer, takder edit2.


Hurm, amacam?

Susah taw nak amik gambar2 gni kat kota sana


Indahnya, langitku..

28 April 2009

Ceritera y hilang

ha ha ha..
sebelum pape, aku rasa nak gelakkan diri sendiri..

benda y wat aku nak gelak nih pasal aku teringin sangat nak mengarang citer sendiri..
so nak puaskan hatiku yang rawan.. aku pon tulis la..
masa sekolah menengah dulu ader r due tige aku tulis..tapi masalahnyer satu pon tak siap..
memang angat taik ayam sungguh cita2 itu...
tapi ader ag kot hasil nukilan separuh tu kat rak buku aku kat kg..

pastu, dip dulu aku dtg ag sawan nak menulis..
aku pun tulis la.. kali ni semangat sket..
da sampai belas muke surat gak aku tulis..
aku ader r bagi Kat baca..
Ulasan kat kurangkan bahasa pasar ko tuh..
hehe..
ini aku tak kisah..komen y membinakan...
yang aku kisah ni...

Pada suatu hari..
tiba2 jer pakwe kesayangan aku nih..
wat hal...tbe2 jer tak boleh nak idup..
berkali2 ku tekan...
akhirnya die idup..
pastu aku da tarik separuh nafas lega da..
tapi tak sampai lima minit aku tahan nafas balik. Apsal dari tadi lepas loading, loading ag. Ish confius aku. Sepanjang malam aku merapik sebab masalah tak settle2. Kesudahannya, esok aku pon g la jumpa En. Lan Lab.

"Cik Lan tolong tengokkan laptop saya nih buleh?"
"Ha, apa masalah?"
"Die merajuk nih ha, asyik loading window jer, tak jugak dapat masuk. Saya ingat nak
format jer, lau cik Lan tak dapat detect masalah die, dapat backup data pon jadilah."
"Okey, t esok saya bagitaw masalah die."
"Makasih."

Pastu esok tuh aku pon g, berita dukacita y kuterima. Data2 tak dapat diselamatkan. Huwaaa... habis gambar2 sepanjang aku mula bergelar mahasiswi sehingga hari sebelum itu. Geram punya pasal, balik tuh aku complete format die. Ha padan muka. Eh, tak boleh. t die merajuk ag payah laks. LOL. Nie pon badan2 die gak y aku tekan. Dengan hilangnyer sume data2 itu, maka berkuburlah juga cerpen ku itu. Huhuhu..

Dan...
seingat aku cuti semester sem lepas, bosan duk kat umah time cuti. So, datang semula idea nak berkarya.. So, aku pon tulis la. Lau tak salah da 9 pages. Tapi... aku sekarang teraba2 mencari, dimanakah ku selitkan coretan ceritera ku itu???? dimana????
Adush.. berlaku lagi nampaknya.. Going MIA again!! what?

Hurmmm... kesimpulannya bilakah aku akan berjaya menyiapkan satu karya secara complete??? Wahahaha... Tador joki laie den..