Shoppe~In

SaHaBaT @ FrienDs

Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

07 October 2013

Quick Update :)

Lama tak update.

Bz? bz la jugak.

Malas? Itu y sebenarnya. hehe

So quick update pasal ape ye?

pasal anak2 jelah kot

Aulia is reaching 1 year and 10 months

Ariana just reached 8 months few days ago

Dah pandai main sama2 Ada aksi kakak tolak kepala adik sebab adik ter'conquer' tab masa kakak tengah layan Dibo Ada aksi kakak nangis2 sebab adik tertarik rambut kakak Adik kan ape je y dia dapat grab sume die grabbed

AULIA

Kakak skang suka gak bebel bahasa dia Boleh la paham few words die

okok = Pokok

eeeghh (bunyi cat) = cat

air = susu

ta te taa = but ter fly (sebut macam pocoyo yer)

OoIii = Lori

ampu = Lampu (sunset pun dia panggil lampu gak)

star

apple

ball

dog

duck

most of the time kalo die nak makan die akan usung bekas makanan tu. contohnye tin biskut, tupperware. skang makan tak men la suap2 ni. kalo nasi nak suap sendiri pakai sudu. kalo pakai tangan, sebutir2 la die kutip nasi tu.

ARIANA

Adik semalam dah panggil 'Abah' Clear. Sebutir keluar.

Kalo nak mama pick up dia atau nangis2 panggil 'ammm ma, aammmm. ammmm ma'

ayoyoyo! apa sudah jadi.

7mo ++ dah sibuk nak berdiri. push walker atau ape sahaja y dia dapat.

dan dah tertomoih (tersembam) kt nursery dlm percubaan berdiri. lonjak nek bontot dulu ala2 nenek2 tu. pastu imbalence.

debush!!

merangkak jgn kata la

success.

duduk.

lagi la success.

nak makan ape sahaja y org makan bubur die pun semangat makan

air masak?

nay. nay. nay!

haishh. camne ni.

tula pasal sembelit.

susah hati mama.

gigi?

2 reaching 3.

tengah suka menggigit. mama la sasaran utama kan. redo je demi awak dik :)

rumah? hazab selerak.

sila la bg appoinment sebelum datang. otherwise den ckp takde umah. memang tongkang pecah style.

Keja? Praying that will get another opportunity. Anyone want to offer a job?

apa pun alhamdulillah life is blessed. hope it last till Jannah. Amin.

Owh da tak jadi quick update kan. hehe ;)

17 June 2013

Abah

Abah

Happy father's day and happy 68th birthday
wish that i can still hug you
i still can hear your last word to me
before the night that you had gone forever

i miss you as always
may Allah blessed you with Jannah
Amin

Al Fatihah to my Abah and Mak
Abah : 15 Jun1945 - 26 Jun 2011
Mak : 25 Jun 1994

*couldnt remember mak birthday, since i was just a little girl when she passed away :(

21 March 2013

the healthy life of ants


How to know that an ant has met a dietitian ? simple. It happens when the ant start to drink from your tumbler contains of PLAIN WATER instead of go to the sugar tupperware. LOL.

For a breastfeeding mummy like me i will make sure that a tumbler of plain water being place beside my bed during night. It is so annoying when u drank in the dark then u felt little creatures crawl or whatsoever move that consider as ants walking on your lips. Haduiii... sabar jelah dengan ants nih. huhuhu..

Between just recalled a memories of optimization concepts that i learn in AI class back in 2007/2008 in Miss(now Madam) Zaidah class. The optimization concepts was inspire by how a colony or maybe group of ants find the way back to their nest/colony after they found food. I still remember that miss said ants will left smell while they are moving. Example ant A walk 10 m o reached the food, while ant b walk 20 m and ant c just walk 5 m to reached the food. so the path that took by ant c will be used as the way back since the  still smell strong compared to the other 2 paths. How amazing Allah creations till humans also learn from them. 

Oh dear, how i missed study life so much. Insyaallah, hope there will be a chance for me to further study later. Aminnn

16 November 2012

A mom rumbling

Sy stress! arghhh! stress lagi. Sebab ape stress sebab terlampau banyak pikir kot. Huhu.. This is a very long entry. Kalo ada yang tertido or meluat dengan entry ni, takpe saya paham. Sebab saya pun hampir tertido menaip. Haha... ( tipu...macam mana nak tertido kalo taip sampai bergenang air mata. Emo!)
Apa saya pikir? pikir macam2. Paling banyak pasal pengurusan rumah lah kot. Payah kalo once time back you pernah jadi orang yang sangat pentingkan kekemasan. Bila tiba dah beranak pinak ni you tak mampu lagi nak buat semua tu, maka jadilah macam aku. Stress! aku dulu tak la pengemas mana pun but bile mood nak kemas tu datang boleh jela buat. Sekarang bila ade mood nak buat keadaan pulak tak mengizinkan. So hadap la tongkang pecah ke, kapal karam ke...
Apa sebab keadaan tak mengizinkan? badan lemau. Nak describe macam mana pun tak tau. Sakit yang payah nak digambarkan, rasa nak nangis tapi nangis jela simpan dalam hati. Dah kalo nangis beria sampai banjir pun tak dapat solve jugak.  so tahan jela, merungut sorang2, stress sorang2. Preggy kali ni sakit lain macam sket. Masa aulia dulu asyik lenguh tapak kaki, pinggang and bontot jer. Adik ni rasa macam kakak dulu tambah pulak lagi sakit kat tepi peha tu macam baby lean kat situ. Kat bawah sket dari ari2 pun rasa sakit sangat. Nak ubah duduk dari bersimpuh ke bersila pun rasa nak nangis. Paling rasa sedih time tengah malam bila aulia nak terjaga. Dulu2 sumbat je susu, skang tatih2 aku nak duduk bangun sebelum dapat capai termos air panas and buatkan die susu.  sedih gak bila kadang2 lupa nak setup botol spare tepi tilam and kena g amek kat dapur time tengah mamai2 tu. Bangun duduk dulu pastu baru duduk lagi macam orang nak merangkak tu sebab aku tak mampu nak bangun terus berdiri. Sakit! dah berdiri langkah lak setapak2 .kaki ni dah la rasa berat macam batu ok. Sakit semua tempat. By the time aku dapat diri aulia dah nak start merengek2. Bila aku dah patah balik mesti aulia dah terjaga betul2 and bukak suara soprano dia. Lagi best dah 2,3 kali aku bangun siap belakang terlanggar tangga lagi. Pagi tadi leh lupa langgar tangga lagi. Jatuh ter'merangkak' balik. Ada aku jerit? tak payah. Bangun balik laju2 untuk misi mengambil botol baru.
Aku stress ok kalo aku lambat buatkan susu dan sebabkan die jerit dan kemudian terus terjaga sepenuhnya dari tido ni. Kalo dia dah jaga karang die nak main la, kakak dah besar ni dah pandai merayap takleh dah mama ni dah sambung tido and biarkan dia main sendiri. Sebab kakak sangat kreatif menggunakan jari2 comel dia untuk explore surrounding dia. Karang dia main plug la, tonggengkan termos la, nak lambung2 pampers terpakai dia yang mama lum sempat masukkan kat tong sampah tu la. Takkan pulak mama nak jerit satu rumah suruh orang lain pun jangan tido jugak. In the end mama pun cerah2 kan mata and layan la anak kesayangan mama tu main la, belajar gambar buah la.. Pagi2 buta tu ok. By the time aulia nak tido balik mama tinggal beberapa minit or less than 1 hour je lagi leh tido balik.
So bila dah bangun mula la sakit2 badan berleluasa. Dengan jalan macam penguin lagi. Menyedihkan. Siap2 diri, barang2 aulia untuk bawa ke nursery kalo malam semalamnya belum siapkan. Terkocoh2. tapi terkocoh2 tu tak nampak dari rumah. Selalu aku pretend cool je. Dah siap semua, tukarkan pampers die, kemas2 die sket. Angkat masuk keta, dan antar. Dalam keta pesan macam2 kat aulia dengan harapan dia paham. Selalunya pesan dia be a good girl, pesan jaga semua makan minum mandi, jangan nangis , jangan usik orang, jangan bagi orang kacau dia, tido baik2 , pesan nanti petang mama ambik, pesan ade berapa hari lagi nak gi taska untuk minggu tu and lastly bagitau dia mama and babah sangat sayangkan dia. Adik pun sayang dia. Minta dia jadi anak solehah..tapi pagi ni lupa lagi nak pesan jangan nangis. Bila mama dah bagi kat teacher je aulia start melalak merah muka leleh airmata semua. Mama sayu ok.
Mama sayu tapi tengok jam dah 8 lebih2. maka mama pun terpaksa tepuk aulia sket2 je tak dapat pujuk beria and head to work. Maka baru la nampak betapa mama kelam kabut bawak keta, marah keta y potong jalan mama and speeding selagi mampu dan tak gayat. Nasib baik la takda aes kat jalan mama lalu. Kalo tak mesti tiap2 hari mama sedekahkan gambar keta kat aes kamera tu. Semata2 nak kejar masuk opis y department wat law bengong mandatori keja 10 jam tu. Dalam 6. 45 petang mama pun terkocoh2 lagi speed nak amik buah hati mama, kakak aulia kat taska. Mama sayu lagi kalo mama sampai taska kul 7lebih tinggal sorang dua je lagi budak kat taska tu. nampak sangat la anak mama ni antara y mak bapaknya macam keja tak.ingat dunia sangat. Padahal tak kaya pun.huhu... Yer mama emo. Tapi apa yang orang lain or bapak2 tau pasal hati seorang mama?
mama pun angkut la anak mama balik dalam keta tanya kakak ok tak, makan semua ok tak. Rasa suhu badan anak mama ok ke tak.usik2 jari kaki tangan anak mama yang bulat2 tu.
Dah sampai rumah mama akan kocoh2 dulu masak air panas untuk isi dalam termos and cepat2 kaco bubur segera kakak. Sori kakak mama tak dapat buat bubur everyday dan kakak pun tak suka kalo mama frozenkan bubur kakak. Tapi kakak baik, kakak akan makan dengan banyak sambil layan pocoyo or chuggington sambil panjat2 tonggeng2 bontot lean dekat badan mama. Nak belajar berdiri punya pasal.
Dah kakak sudah makan, mama pun start la cuci pinggan mangkuk kalo ade dalam singki tu dan proceed basuh botol2 susu kakak. Takyah banyak. kal0 6 biji botol mama basuh pun sebenarnya kalo ada orang tengok mesti perasan mama buat macam2 gaya. Sebab kaki mama skang macam tak nak support sangat berdiri setempat lama2 nih. Berjalan takpe. Huhu..By the time nak sudah basuh botol ke 5 pinggang mama rasa macam dah nak terpatah. Dengan kena jauhkan badan agar tak basah baju kena air singki, dengan tangan tak berapa panjang nak capai paip , dengan kat belakang ade mesin basuh kaco mama nak langkah. Pastu mama continue sambung susun pinggan yang dah kering . Tertonggeng lagi bukak kabinet bawah sambil sepit2 badan celah mesin basuh yang kaco laluan tu. Kalo kakak dah start buat perangai maka mama pun stop buat keja and pegi teman kakak main. Layan2 kakak tak juga tido, perut mama pun dah lapar so mama minum jela air masak dulu ke, korek2 keropok ke, cekelat ke jamah laju2. takleh beria mengadap kang kakak terliur takkan mama nak sumbat jajan sume tu kat mulut anak mama. Sekarang kakak suka nak melekat dengan mama, jerit2 semua. Kakak jeles adik kot. So mama tak dpt buat ape2 teman kakak, ngadap kartun kakak sampai mama dah leh repeat balik satu2 skrip. No games , no photo editing, no blog template redesign, no floor mopping, no lipat kain. Mama stress tengok semua selerak2. satu je ubat mama bila mama dapat mengadap kakak dan tengok kakak senyum. Selerak semua mama simpan dalam hati. So bila kakak dah tido stress mama pun datang balik. Tapi badan mama dah lemau, nothing achieved untuk kepuasan hati mama. Cuma puas hati tengok kakak gembira jer. Kalo bangun balik pun untuk makan laju2 dan siapkan beg nursery kakak untuk esok.
Mama kadang stress tak dapat complete to do list or wish list mama. So unfair tapi sebab anak mama, buah hati mama, mama pejamkan mata butakan hati untuk keinginan semua tu. Anak mama is first priority sekarang. Mama rasa mungkin itu sebab mama stress bila mama cuba minimize keselerakan, ketaburan tapi yang jadi sebaliknya. Keadaan mama pulak tak mengizinkan mama speeding buat semua tu. Kiri kanan nak buat, kiri kanan nak ingat, kiri kanan nak complete. Tengok lantai.tak.sapu. Tengok bilik air, jamban tak berus lagi. Tengok ade buku atas kotak. Tengok baju mama pakai semalam lum sempat angkut humban kat dalam laundry basket.In the end, pendam jauh kat sudut hati. Telan dalam and cakap ngadu dalam hati. How i wish my late dad is around so i got someone that really can lend his ears to listen to my rumble even it is out of logic. Kalo orang lain mesti akan potong cakap aku sebelum aku sempat luahkan, sempat describe apa yang dirasa, apa yang terbuku. 
Aku kagum how ada orang tak kira la si laki ke si bini nye ke, still ada time untuk hang out dengan kengkawan. Have movie days out, karaoke time, bowling time sedangkan the other half is struggling on their own jaga ur child. Or kalo yang dua2 kuat bekerja, or dua2 ade spent time untuk fun ni, sedangkan u let your little ones in others hand to take care. Bayangkan lah ur little ones yang tengah gigih nak dapat langkah pertama atau word pertama dia struggle sendiri mengharap kasih sayang orang lain.how lah? 
So tanya aku punya fun2 aktiviti macam mana skang ni? Kat opis je, to be specific kat bilik mesyuaray belakang tu je. tu pun kalo ade team wat main2 game teka2 word. Taboo, cluedo, or uno. Or else aku bawak majalah y dah sekurun beli tapi lum baca lagi, baca time tengah2 sarapan or kudap2 biskut sambil hadap monitor. Klik2 test case. Klik2 mainframe review test yang run tadi. Kalo gian nak men game. Main jela spot difference tu 5 min b4 tido

03 November 2012

Cerita adik dan mama



Adik Aulia dah almost 26 weeks dah. Few months back mama keep calling Aulia adik..adik. Sikit-sikit kenapa ni dik..adik buat apa? Sekarang dah tukar status dah. Mama dan babah dah upgrade panggilan panggil kakak. Aulia pun dah boleh adapt dengan panggilan kakak. Dia tengah-tengah main mama panggil kakak dah pandai toleh cari. Sweet. Untuk adik pulak, tak banyak yang nak disediakan. Yelah kakak pun tak besar mana lagi. Barang-barang beli dulu semua elok lagi. So pakai semula je. Takda istilah barang kakak barang adik ye. Sharing is caring gitu. Yelah takkan pulak mama nak campak mittens and booties kakak yang boleh dikatakan tak terjejas pun tu. Aulia dulu mittens pakai sebulan je. So money wise adik pakai yang tu je. Plan nak beli kain napkin baru jelah kot. Kakak punya dah banyak bertahi lalat dah 2,3 helai.  Yelah aku memang letak dalam nursery bag Aulia tiap-tiap hari sehelai bagi kegunaan pengasuh dia nak lap susu leleh ke, sisa makanan ke.

Cerita mama pula. Kali rasa macam taknak beli apa-apa set bersalin pun. Haha… Pening. Masa Aulia dulu aku beli set bersalin Orang Kampung tu. Set dia ok except for pil dia. Ubat periuk entah la. Sampai sekarang aku tak rebus lagi. Ahahaha..Selamat tersimpan di rumah PIL. Masa guna set bersalin Orang Kampung ni semua ok. Aku minum jeli gamat dia tu, pakai pilis dia pun bagus. Hilang sakit kepala walaupun aku ni pemalas nak menempek. Geramnya pil dalam kapsul dia tu je. Dah naik kerja baru aku start makan. Tuptup…susu drop. Susah hati aku ingat sebab apa. Sekali belek-belek botol ada ke patut siap tulis tidak sesuai bagi ibu yang menyusukan. Kalau dah tak sesuai jangan lah letak dalam set bersalin tu. Geram tau. Kalau dia ada jual satu-satu ingat nak  juga membeli jeli gamat tu lagi. Barut aku selain dari yang ada dalam set bersalin orang kampung tu, hari tu aku pakai yang MIL and nenek buatkan untuk cu. Untuk kali ni Alhamdulillah ummi(MIL) ada jahitkan untuk aku jugak 2 helai. Serius cakap aku lagi suka barut yang buat sendiri ni dari yang dalam set Orang Kampung tu. Zigzag susah. Ingat nak beli juga lagi sehelai tapi y wrap punya untuk naik kerja nanti. Berazam untuk jaga badan sikit. Haha… harap-harap tercapailah. Insyaallah.

01 August 2011

Marhaban Ya Ramadhan

Just few minutes till iftar. alhamdulillah hari ni dapat berpuasa dgn baik. baby mama sgt baik. tak gaduh lapar pun. so for iftar, dh masak ikan tilapia n cencaru goreng. wat air asam. sayur tumis kacang botol. dan habiskan masak kicap sahur tadi. air kelapa cik abg beli kat param dgn sedikit kuih muih. lg 2 minit jer nih.. post pendek2 jela ek. selamat berbuka puasa semua :) esok jgn ponteng puasa :)

22 July 2011

Rindu

Rindu kat abah, terdengar2 suara abah panggil 'adik'. Tak suka bila keadaan sunyi2, mesti kepala akan tune channel rindu. mesti mata berair2. tapi kena tune segera, kang baby sedih sekali. kesian baby mama kan.. tapi selalu jugak tak sempat tune, airmata dah mengalir dulu.

semalam mimpi abah. alhamdulillah, lepas rindu. so far dah 3 kalau tak salah mimpi abah. alhamdulillah. bila sedih selalu ingat meseg mak usu masa abah takde..

' jangan sedih, nanti kita juga akan ke sana'..

sungguh nasihat mak usu tu mendamaikan hati ira. terima kasih. hari ni dah 27 hari abah kembali mengadap y Maha Esa.

just around 1 weeks to ramadhan. ramadhan tanpa abah :(
just around a month something to syawal. syawal tanpa abah :(
just another 4 months till deliver, insyaallah. also tak ada abah untuk sambut cucu baru :(

ira doakan abah dan mak dijauhkan dari seksa kubur dan api neraka dan diletakkkan bersama org2 beriman dan dimasukkan dalam syurga2 Allah. Aminnn..



20 July 2011

T.A.J.U.K

alhamdulillah, jumpa lagi. hehe...tgk title. aku memang blur nk tulis ape 2 hari nih. hehe... sehingga tajuk pun takde. so ari ape nih ek? oh rabu. hehe... so ada lagi 2 hari. aku memang suka counting days nih. suka cuti. hehe... tak suka g kerja tp nak dapat duit. hehe... nampak gaya kena doa cik abg dimurah rezeki dan share dgn bini dia nih. dpt la bini jadi fulltime housewife. ish yeke? tak caya sgt aku kt diri aku nih. kang mesti aku bebel bosan. eh taper2 t aku wat freelance. ngeh2... berangan.... aminnnnnn.

owh ye, isnin lepas one of my officemate y dah kenal dr uni lg, kak ayu dah give birth a baby boy. Tahniah Puan Nurhidayu. Ira doakan baby akak membesar menjadi anak y soleh, sihat sentiasa dan mendoakan ibu bapanya.

18 July 2011

Hari untuk berehat

Salam. dah masuk isnin nampaknya. semalam seharian memerap dlm umah. Bersama2 bergandingan buat brunch (breakfast + lunch) n makan malam. selesanya la kalo hari2 cuti duk dlm umah kan. sabtu semestinya kuar la kan, ikut cik abg y kerja tu. smlm pun berkira2 nak kuar jugak tp dah mkn berat perut. hehe..

menu brunch semalam lempeng cicah sambal bilis petai. sy wt lempeng jer, org tuh y wat sambal. dua2 tengah kelaparan dha kot, sebab selamba jer habis. sambal y sedap, boleh la buat selalu yer awak. (~_^)

malam.. rendang merah daging + ikan cencaru goreng dan sambal kicap + salad. then ada la hati goreng and papadom. rendang aku wat y goreng2 cik abg buat secara total sbb aku memang mengelakkan bau ikan nih. hehe.. stil tak berapa nak boleh bau n telan. tp boleh la tahan sket dr 2 bulan lepas. rendang buat sama2. resepi suka hati jer sebenarnya. alhamdulillah sedap la tekak aku, cik abg pun ckp ok.

ada lagi balance sket lauk tak taw nak bawak bekal ker tak esok. ingat nak puasa. tp tengah beria nak tingkatkan hemoglobin nih. so guess kena mkn benda alah y mengandungi zat besi bnyk2 la. sabtu lepas gak beli delima. orag kata bagus untuk ape tah, rasanya otak baby kot. rm2.19 100 gram. amek 2 biji kena 11 ringgit. beli kat PAS, shah alam. lagi murah dr pasar malam putrajaya. situ pukul rata sebiji rm6.

sebenarnya bebel pnjg2 nih sbb tak taw nak bebel ape. td men game farm craft tuh pun asyik programnye error. dah nk complete stage die close sendirik lak. geram sgt. stop n ngadap tenet plak. ngadap tenet pun boring, maka terhasil lah coretan or karutan ini. ngeh3..

till next entry... wassalam

14 July 2011

hemoglobin

Hemoglobin sy rendah. apekah nak mkn nih? nurse suruh mkn mknn y tgi zat besi, slh staunye ikan la. tp ikan ni tersgt la memilihnye sy nih. rasa geli2 tekak nk telan. hukhuk...mslh.

Alhamdulillah, berat da naik sekilo. tader la asyik merah je kan. hemoglobin pulak y merah. mcm2. slh sendiri sbb tak compliance ngan vit semua. masa arwah abah takde, seminggu tak mkn ubat. balik sini pun celam celup jer mkn. turun terus hb(hemoglobin).

tadi nurse scan u dgr jantung baby tu. alhamdulillah bukan men laju ag. nurse kata jantung baby memang 2x ganda jantung kita y dah tua nih. hehe

kena g check up ag 2 minggu sbb kes hb nih. sticker pun elok2 wrna putuh jd warna ijau dah.hhuhu...

k la till next update. salam

p/s: sy mcm terdengar2 suara abh pgil sy.. dikk..mknla.dik...adik sht. sy hrp nanti2 biarlah sy y pergi dulu dr suami. tak dpt bygkan mcm mana mama tggung perasaan bile abh takde n mcm mana abh dlu strive hard dgn feeling masa mak takder. sy hrp sgt dpt pegi dlu sblm hubby, then sy takkan heart broken lg.

13 July 2011

Check up

smlm da genap 19 weeks.
arini ade check up kira u bulan kelima la.
jum gerak :)

12 July 2011

B.O.S.A.N

hari2 sy bgn pagi, kena pujuk diri. pujuk ape? pujuk pegi keja y takde kerja nak wat tuh. jap bape lama dah sy msuk main office yer? ntah la tak ingat. sy join sini bulan 10. duk relaks smpi sempat tgk wyg time keja. then br training start mid of november lebih kurg. rasanya dlm march masuk main office. till now july got nothing to do.

sy ni mgkin tak bersyukur la kot sbb takde keja pun merungut. kalo ade keja lg merungut. sy merungut sbb ape? sbb dah takde keja ade jer y serba tak kena. so dlm keadaan serba slh.

sy tgk situasi kt opis nih, tak lain tak bukan bangsa tu gak naik or else jadi la kaki ampu br serba kena kt mata bos kot. sy tgk n tnye org lain sblm ni tukar tempat duduk dlm opis ok jer, takde kena inform sape2. sy tukar tmpt baru y selesa n homey sket pd pndngan sy siap inform girl y urus pasal cubicle lg, cik suguna(die setuju) tuh, bos sy bising2. ckp y sy menyebabkan prasanna nk tukar tmpat jugak. pdhal ms sy gtaw miss india tu y sy nk change cubicle, die ckp tmpt die most strategic. then tbe2 gduh bos nk tukar tmpt n libatkan nama sy. apakah? favoritism kah? sy tnye org len y pernah btukar tmpt diorg ckp, diorg lg tak gtaw sape2 lansung. bos snyp jer. so maknanya adakah bile perkara itu melibatkan sebangsa die, maka jd tak boleh yer. racist!

diorg buat fun@work y mana tak la semua org nk g, tp still juga mcm nk paksa. mujur juga sy mengandung so dpt la alasan y memang ptt. sy paham mcm mana ngan org y bertudung labuh, y ada anak2 kecik y perlu balik ontime, y jenis bukan bersosial rasa. jadilah fun y tak fun buat mereka. kesian kan. sy nampak mcm mereka sbnarnya tak sensitive dgn perkara ini.

tgk ajer la cafe nyer. tak varies lansung mknan nyer, simple thing y jugak effect. bygkan y tak berkereta, nak tak nak, ade tak ada duit kalo tak msk, mkn jela indian food ari2. kesian kan.


ape sy merepek nih? panjang tol. owh, maaflah officemates sy y membaca yer. ini just my own opinion, bila sy taip sy rasa release sket. kalo x kesian suami sy tadah telinga dgr bini die cerita.


p/s: dah dua kali sy mimpi abah. ptg tadi sy tgk2 gmbar abah masa dtg melawat umah sy nih. sy rindu abh. rindu sgttttt....

07 July 2011

aduhai airmata

aduhai airmata
berhentilah..

yang pergi takkan kembali
diri y tinggal harus berdiri
teruskan hidup
amal dan doa harus seiringan

moga y disana
kan rasa manisnya

insyaallah



p/s: arini tak g opis. bgn tido pale ting tong. migrain dtg lg, tp takut nak mkn ubat tu. kang effect ke baby laks. tahan jer lahh..

06 July 2011

abah & mak

Mak : 25 jun 1994
Abah : 26 jun 2011

tabahlah hati, tenanglah jiwa.

wahai anakku, berilah ibumu kekuatan..
wahai suamiku, sokongan mu sejuta kesyukuran..

04 July 2011

ayah bonda (Abdul Aziz & Azizah)

ibu sudah dahulu pergi

kini ayah menyusul diri

anakanda tinggal mengubati hati

kini anakanda semua sendiri


wahai ibunda

wahai ayahanda

damailah kalian dalam pengabdianNya

doa anakanda selalu bersama

tiba masanya anakanda juga kesana


buat Bonda Umi,

anakanda kan selalu ada disisi

Insyaallah..



nukilan buat ayah bonda tercinta:

Azirawiyah Binti Abdul Aziz

24 June 2011

a goodbye for my friends

Lamanya tak tulis kan. sori kawan2, ira malas sebenarnya 2,3 minggu nih..ker bulan. hikhiks..
ntah la berat tol nak start bukak tenet. just a little update, skang baby dah almost 5 months. mommy tak sabar2 nak tunggu baby lahir n bond company cepat habis. today have been 4 days since office empty of ina, fiza n hafiz face. missed them a lot. life so boring without them.

i have change my place to hafiz place. makhluk s masa ku tanya nak tukar place ke tak said taknak saying that her place the most strategic one. then sibuk2 la gtaw bos nak tukar place. bile bos tak bagi nama aku lak naik sama. padahal aku dah siap inform staff y arrange location. then boss lak ckp sbb aku tukar now makhluk s pun nak tukar. girl can u please live a life which not menyusahkan orang. skang aku geram. kalo boleh sume aku nak hantar balik negeri jer. betul la geng2 ni, kalo bergrup bukan men, tunjuk terer kaki bodek. tapi kalo sorang sume ok excellent! aku start sgt2 menyampah dah ni. bersabarlah hati, bersabarlah mulut.

y allah please lead me to a good path. u know ina...wish i can be there too. kalo tak pregnant nih, dah lama pegi sana. makhluk bos tu siap ckp lagi, if u want to go to ytl i can arrange 4 u. blah la die. rasa nk anta die jer balik kat gandhi die tuh. sama ngan anak buahnya sekali. alam flora sungguh!!! favoritism is all around. konon ada code of conduct la. padahal satu rupee pun tak guna. FAVORITISM! kalo hal org len not a big deal, kalo hal dia suma org terlibat. mcm hampas kelapa!

last but not least, hope that can work again with u all guys. miss u all a lot. i wish we all can achieve all of our dream as the plan. counting days, and surveying the environment to find a new cheese :)

06 May 2011

9 weeks and 3 days


Salam, macam lama giler tak post kan. To kak yana tq 4 ur homework. insyaallah akan dibuat. mana taw ade rezeki kan :) akak pulak, sudi2 la amek sunshine award tu yer. dah tag dlm tu, tp tak nyempat2 nak bgtaw kat umah akak :)


Nak bercerita apa terjadi sepanjang kemalasan tu kan...huhu. ari pekerja tu my husband still bekerja, katanya setengah ari, last2 banyak hal punya pasal satu ari jugak la. ari isnin replacement tu kami lepak jelah kat umah. huhu... ha, ari rabu plak aku memonteng keja ikut die g interview kat melaka nun. kejanya ala2 tricky sket, tapi taper la. abaikan isu tersebut. lepas dari interview tu terus nyinggah ke merlimau, jumpa nenek n family pak usu. seronok juga lah balik kg dpt banyak mangga muda. sampai arini aku duk rajin bawak g opis buat makan2 sambil adap pc. men letak kicap ngan gula jer pun, tapi nikmat tak terkata. Lupa pulak, sabtu 30 april tu sempat jugaklah g scan baby kat klinik Ajwa Sec. 7 nun. nampak baby bentuk bulat jer lagi. baru dalam 1.93cm diameternya. EDD dlm 5 dis (+-). huhu... then dtg opis semalam sembang2 ngan kak ayu, die baru g scan 5 months kat pantai cheras nun, die kata excited giler tengok baby die active sangat kat dalam gerak2 sampai nak tengok jantina pun payah. hehe...best nyer tak sabar nak tunggu baby besar macam tu. i plan to go to SJMC, ada kawan2 y biasa g sana ker? kalo ada boleh lah suggest kan nama dr. y best2 yer :)


minggu ni kira makan kat luar jer semedang ada hal, semalam g amek pc kat umah azmin ngan hubby. baru beli kat die, senang sket nak online kat bawah. hehe.. insyaallah hari ni pun ada journey lagi, memang minggu tak lekat umah :) rindu jugak kat Perak nih, bile la nk dapat balik, nak jumpa abah, mama n kaco budak2 kat umah tu + nak cubit2 budak anje umar tu. rindu giler ingat mata mulat die..huhu.. kat opis nih, nak wat satu entry pun payah banyak ngat blocked nyer, kej apun tader nak wat, hadui bosan gak melalui hari2 tanpa kerja dimana internet pun limited access. nak post comment tak boleh, kdg2 nak hi kat shoutbox pun tak bleh. dah balik umah...ralit duk ngadap kerja rumah..huhu. semoga aku di kurniakan kerajinan untuk meghupdate blog selalu, kalo tak nanti fulus pun scary nak masuk :)

21 April 2011

Putrajaya at night


Hihi..sekali lagi bertemu di entry tertunggak. Ni la kesinambungan  dari entry Sup Ayam Ringkas. Kesinambungan kes berjalan2 si putrajaya.

 A peace. Sorok perut sket. hehe... Wah baru pasan. rim keta saya cerah giler. hihi.. en. hubby baru pas basuh sebelum kuar. i likeeee :)

 En. hubby dan semua lampu keta y terpasang. agaknye memang org lelaki suke kot ngambik gambor ngan lampu keta terpasang gini. banyak gak mates aku bgambo ginih. hehe..

 Ni lagi satu aksi ntahapehapentah..bak kata Hlovate la plak kan :)

 Us

 Wah..terserlah segala ketembaman muka ku. uhukuhuk

 Ouch..sajer aksi mengada. tak mengada sangat kan??? kannn? ;)

 Ni muka orang tersepit celah pagar. ;)

Owh. ini preggy baru 5 weeks :)

Sekian dahulu persembahan kali ini. Chewahhh!!! Tata kawan2... esok pula yer insyaallah.....

16 February 2011

What a Wednesday!

Semalam cuti
xp mcm tak cuti jer
husband aku ada event mlm tuh
so bini die
sah la ngekor kan
duk umah pun sorg2
tak feel
okeh!
gerak g dr tengahari
gerak balik dah 11.30 malam
sampai umah dah kul 12 lebih
kemas2 sket
siap beg u g kerja
angkat ken kt ampai
men2 game
chett!!
sudah pukul dua
bgn pg td punya la mls
dah la 2 ,3 hari ni
kaki aku ni rasa mcm lenguh semcm
haish!!
sabar
dugaan dr Allah nk kurangkan dosa
huhu
siap2
laki aku kua g kerja
aku pun kua
amek ko
laki aku gerak g kerja dah pukul 8
harap2 paham la boss nyer
sape suh event smpi tengah malam kan
hari ni ape jd kt aku time training?
hape lagi ngantuk tersengguk2
dah la sepanjang training dgn Sri nih
aku memang tak tgk lansung
konon2 hr ni nk start tgk
HARAM
lg aku men game ada
mulut pun muncung ada panjang sedepa
OLA t hape nk jwb ntah

15 February 2011

Tanjung Bidara


Presenting my lovely purplicious :)



di tepi pantai sambil tangkap ikan sembilang



@ Tanjung Bidara



Peace :p


Anto anak dara ni g KUIM tu y singgah d Tanjung Bidara



gewdiks!



cantiks kan...Subhanallah



euww..Titanic kejap



my dearest :)

sekian la entry orang malas sequence dari post sebelum nih :)