Shoppe~In

SaHaBaT @ FrienDs

Showing posts with label LoVe. Show all posts
Showing posts with label LoVe. Show all posts

17 June 2013

Abah

Abah

Happy father's day and happy 68th birthday
wish that i can still hug you
i still can hear your last word to me
before the night that you had gone forever

i miss you as always
may Allah blessed you with Jannah
Amin

Al Fatihah to my Abah and Mak
Abah : 15 Jun1945 - 26 Jun 2011
Mak : 25 Jun 1994

*couldnt remember mak birthday, since i was just a little girl when she passed away :(

03 November 2012

Cerita adik dan mama



Adik Aulia dah almost 26 weeks dah. Few months back mama keep calling Aulia adik..adik. Sikit-sikit kenapa ni dik..adik buat apa? Sekarang dah tukar status dah. Mama dan babah dah upgrade panggilan panggil kakak. Aulia pun dah boleh adapt dengan panggilan kakak. Dia tengah-tengah main mama panggil kakak dah pandai toleh cari. Sweet. Untuk adik pulak, tak banyak yang nak disediakan. Yelah kakak pun tak besar mana lagi. Barang-barang beli dulu semua elok lagi. So pakai semula je. Takda istilah barang kakak barang adik ye. Sharing is caring gitu. Yelah takkan pulak mama nak campak mittens and booties kakak yang boleh dikatakan tak terjejas pun tu. Aulia dulu mittens pakai sebulan je. So money wise adik pakai yang tu je. Plan nak beli kain napkin baru jelah kot. Kakak punya dah banyak bertahi lalat dah 2,3 helai.  Yelah aku memang letak dalam nursery bag Aulia tiap-tiap hari sehelai bagi kegunaan pengasuh dia nak lap susu leleh ke, sisa makanan ke.

Cerita mama pula. Kali rasa macam taknak beli apa-apa set bersalin pun. Haha… Pening. Masa Aulia dulu aku beli set bersalin Orang Kampung tu. Set dia ok except for pil dia. Ubat periuk entah la. Sampai sekarang aku tak rebus lagi. Ahahaha..Selamat tersimpan di rumah PIL. Masa guna set bersalin Orang Kampung ni semua ok. Aku minum jeli gamat dia tu, pakai pilis dia pun bagus. Hilang sakit kepala walaupun aku ni pemalas nak menempek. Geramnya pil dalam kapsul dia tu je. Dah naik kerja baru aku start makan. Tuptup…susu drop. Susah hati aku ingat sebab apa. Sekali belek-belek botol ada ke patut siap tulis tidak sesuai bagi ibu yang menyusukan. Kalau dah tak sesuai jangan lah letak dalam set bersalin tu. Geram tau. Kalau dia ada jual satu-satu ingat nak  juga membeli jeli gamat tu lagi. Barut aku selain dari yang ada dalam set bersalin orang kampung tu, hari tu aku pakai yang MIL and nenek buatkan untuk cu. Untuk kali ni Alhamdulillah ummi(MIL) ada jahitkan untuk aku jugak 2 helai. Serius cakap aku lagi suka barut yang buat sendiri ni dari yang dalam set Orang Kampung tu. Zigzag susah. Ingat nak beli juga lagi sehelai tapi y wrap punya untuk naik kerja nanti. Berazam untuk jaga badan sikit. Haha… harap-harap tercapailah. Insyaallah.

01 August 2011

Marhaban Ya Ramadhan

Just few minutes till iftar. alhamdulillah hari ni dapat berpuasa dgn baik. baby mama sgt baik. tak gaduh lapar pun. so for iftar, dh masak ikan tilapia n cencaru goreng. wat air asam. sayur tumis kacang botol. dan habiskan masak kicap sahur tadi. air kelapa cik abg beli kat param dgn sedikit kuih muih. lg 2 minit jer nih.. post pendek2 jela ek. selamat berbuka puasa semua :) esok jgn ponteng puasa :)

22 July 2011

Rindu

Rindu kat abah, terdengar2 suara abah panggil 'adik'. Tak suka bila keadaan sunyi2, mesti kepala akan tune channel rindu. mesti mata berair2. tapi kena tune segera, kang baby sedih sekali. kesian baby mama kan.. tapi selalu jugak tak sempat tune, airmata dah mengalir dulu.

semalam mimpi abah. alhamdulillah, lepas rindu. so far dah 3 kalau tak salah mimpi abah. alhamdulillah. bila sedih selalu ingat meseg mak usu masa abah takde..

' jangan sedih, nanti kita juga akan ke sana'..

sungguh nasihat mak usu tu mendamaikan hati ira. terima kasih. hari ni dah 27 hari abah kembali mengadap y Maha Esa.

just around 1 weeks to ramadhan. ramadhan tanpa abah :(
just around a month something to syawal. syawal tanpa abah :(
just another 4 months till deliver, insyaallah. also tak ada abah untuk sambut cucu baru :(

ira doakan abah dan mak dijauhkan dari seksa kubur dan api neraka dan diletakkkan bersama org2 beriman dan dimasukkan dalam syurga2 Allah. Aminnn..



18 July 2011

Hari untuk berehat

Salam. dah masuk isnin nampaknya. semalam seharian memerap dlm umah. Bersama2 bergandingan buat brunch (breakfast + lunch) n makan malam. selesanya la kalo hari2 cuti duk dlm umah kan. sabtu semestinya kuar la kan, ikut cik abg y kerja tu. smlm pun berkira2 nak kuar jugak tp dah mkn berat perut. hehe..

menu brunch semalam lempeng cicah sambal bilis petai. sy wt lempeng jer, org tuh y wat sambal. dua2 tengah kelaparan dha kot, sebab selamba jer habis. sambal y sedap, boleh la buat selalu yer awak. (~_^)

malam.. rendang merah daging + ikan cencaru goreng dan sambal kicap + salad. then ada la hati goreng and papadom. rendang aku wat y goreng2 cik abg buat secara total sbb aku memang mengelakkan bau ikan nih. hehe.. stil tak berapa nak boleh bau n telan. tp boleh la tahan sket dr 2 bulan lepas. rendang buat sama2. resepi suka hati jer sebenarnya. alhamdulillah sedap la tekak aku, cik abg pun ckp ok.

ada lagi balance sket lauk tak taw nak bawak bekal ker tak esok. ingat nak puasa. tp tengah beria nak tingkatkan hemoglobin nih. so guess kena mkn benda alah y mengandungi zat besi bnyk2 la. sabtu lepas gak beli delima. orag kata bagus untuk ape tah, rasanya otak baby kot. rm2.19 100 gram. amek 2 biji kena 11 ringgit. beli kat PAS, shah alam. lagi murah dr pasar malam putrajaya. situ pukul rata sebiji rm6.

sebenarnya bebel pnjg2 nih sbb tak taw nak bebel ape. td men game farm craft tuh pun asyik programnye error. dah nk complete stage die close sendirik lak. geram sgt. stop n ngadap tenet plak. ngadap tenet pun boring, maka terhasil lah coretan or karutan ini. ngeh3..

till next entry... wassalam

14 July 2011

hemoglobin

Hemoglobin sy rendah. apekah nak mkn nih? nurse suruh mkn mknn y tgi zat besi, slh staunye ikan la. tp ikan ni tersgt la memilihnye sy nih. rasa geli2 tekak nk telan. hukhuk...mslh.

Alhamdulillah, berat da naik sekilo. tader la asyik merah je kan. hemoglobin pulak y merah. mcm2. slh sendiri sbb tak compliance ngan vit semua. masa arwah abah takde, seminggu tak mkn ubat. balik sini pun celam celup jer mkn. turun terus hb(hemoglobin).

tadi nurse scan u dgr jantung baby tu. alhamdulillah bukan men laju ag. nurse kata jantung baby memang 2x ganda jantung kita y dah tua nih. hehe

kena g check up ag 2 minggu sbb kes hb nih. sticker pun elok2 wrna putuh jd warna ijau dah.hhuhu...

k la till next update. salam

p/s: sy mcm terdengar2 suara abh pgil sy.. dikk..mknla.dik...adik sht. sy hrp nanti2 biarlah sy y pergi dulu dr suami. tak dpt bygkan mcm mana mama tggung perasaan bile abh takde n mcm mana abh dlu strive hard dgn feeling masa mak takder. sy hrp sgt dpt pegi dlu sblm hubby, then sy takkan heart broken lg.

07 July 2011

aduhai airmata

aduhai airmata
berhentilah..

yang pergi takkan kembali
diri y tinggal harus berdiri
teruskan hidup
amal dan doa harus seiringan

moga y disana
kan rasa manisnya

insyaallah



p/s: arini tak g opis. bgn tido pale ting tong. migrain dtg lg, tp takut nak mkn ubat tu. kang effect ke baby laks. tahan jer lahh..

06 July 2011

abah & mak

Mak : 25 jun 1994
Abah : 26 jun 2011

tabahlah hati, tenanglah jiwa.

wahai anakku, berilah ibumu kekuatan..
wahai suamiku, sokongan mu sejuta kesyukuran..

04 July 2011

ayah bonda (Abdul Aziz & Azizah)

ibu sudah dahulu pergi

kini ayah menyusul diri

anakanda tinggal mengubati hati

kini anakanda semua sendiri


wahai ibunda

wahai ayahanda

damailah kalian dalam pengabdianNya

doa anakanda selalu bersama

tiba masanya anakanda juga kesana


buat Bonda Umi,

anakanda kan selalu ada disisi

Insyaallah..



nukilan buat ayah bonda tercinta:

Azirawiyah Binti Abdul Aziz

06 May 2011

9 weeks and 3 days


Salam, macam lama giler tak post kan. To kak yana tq 4 ur homework. insyaallah akan dibuat. mana taw ade rezeki kan :) akak pulak, sudi2 la amek sunshine award tu yer. dah tag dlm tu, tp tak nyempat2 nak bgtaw kat umah akak :)


Nak bercerita apa terjadi sepanjang kemalasan tu kan...huhu. ari pekerja tu my husband still bekerja, katanya setengah ari, last2 banyak hal punya pasal satu ari jugak la. ari isnin replacement tu kami lepak jelah kat umah. huhu... ha, ari rabu plak aku memonteng keja ikut die g interview kat melaka nun. kejanya ala2 tricky sket, tapi taper la. abaikan isu tersebut. lepas dari interview tu terus nyinggah ke merlimau, jumpa nenek n family pak usu. seronok juga lah balik kg dpt banyak mangga muda. sampai arini aku duk rajin bawak g opis buat makan2 sambil adap pc. men letak kicap ngan gula jer pun, tapi nikmat tak terkata. Lupa pulak, sabtu 30 april tu sempat jugaklah g scan baby kat klinik Ajwa Sec. 7 nun. nampak baby bentuk bulat jer lagi. baru dalam 1.93cm diameternya. EDD dlm 5 dis (+-). huhu... then dtg opis semalam sembang2 ngan kak ayu, die baru g scan 5 months kat pantai cheras nun, die kata excited giler tengok baby die active sangat kat dalam gerak2 sampai nak tengok jantina pun payah. hehe...best nyer tak sabar nak tunggu baby besar macam tu. i plan to go to SJMC, ada kawan2 y biasa g sana ker? kalo ada boleh lah suggest kan nama dr. y best2 yer :)


minggu ni kira makan kat luar jer semedang ada hal, semalam g amek pc kat umah azmin ngan hubby. baru beli kat die, senang sket nak online kat bawah. hehe.. insyaallah hari ni pun ada journey lagi, memang minggu tak lekat umah :) rindu jugak kat Perak nih, bile la nk dapat balik, nak jumpa abah, mama n kaco budak2 kat umah tu + nak cubit2 budak anje umar tu. rindu giler ingat mata mulat die..huhu.. kat opis nih, nak wat satu entry pun payah banyak ngat blocked nyer, kej apun tader nak wat, hadui bosan gak melalui hari2 tanpa kerja dimana internet pun limited access. nak post comment tak boleh, kdg2 nak hi kat shoutbox pun tak bleh. dah balik umah...ralit duk ngadap kerja rumah..huhu. semoga aku di kurniakan kerajinan untuk meghupdate blog selalu, kalo tak nanti fulus pun scary nak masuk :)

21 April 2011

Putrajaya at night


Hihi..sekali lagi bertemu di entry tertunggak. Ni la kesinambungan  dari entry Sup Ayam Ringkas. Kesinambungan kes berjalan2 si putrajaya.

 A peace. Sorok perut sket. hehe... Wah baru pasan. rim keta saya cerah giler. hihi.. en. hubby baru pas basuh sebelum kuar. i likeeee :)

 En. hubby dan semua lampu keta y terpasang. agaknye memang org lelaki suke kot ngambik gambor ngan lampu keta terpasang gini. banyak gak mates aku bgambo ginih. hehe..

 Ni lagi satu aksi ntahapehapentah..bak kata Hlovate la plak kan :)

 Us

 Wah..terserlah segala ketembaman muka ku. uhukuhuk

 Ouch..sajer aksi mengada. tak mengada sangat kan??? kannn? ;)

 Ni muka orang tersepit celah pagar. ;)

Owh. ini preggy baru 5 weeks :)

Sekian dahulu persembahan kali ini. Chewahhh!!! Tata kawan2... esok pula yer insyaallah.....

02 April 2011

My Cayang's Ever


All these pictures were taken in my hometown. When all the siblings is there
( cehhh...mcm ramai sgt jer kan. )



2 orang budak mulat nih my youngest nephew. Umar and Afiq. Afiq is Along's third child. While Umar is Angah's third child. Again abah received 2 grandchildren in same year.

Umar wearing the blue shirt while Afiq in white. Umar a little bit shy while Afiq very talkative.
Arini nak tayang foto-foto anak buah jelah :) Bila la time aku kannn????

15 February 2011

Tanjung Bidara


Presenting my lovely purplicious :)



di tepi pantai sambil tangkap ikan sembilang



@ Tanjung Bidara



Peace :p


Anto anak dara ni g KUIM tu y singgah d Tanjung Bidara



gewdiks!



cantiks kan...Subhanallah



euww..Titanic kejap



my dearest :)

sekian la entry orang malas sequence dari post sebelum nih :)

14 February 2011

Yesterday and a day before it

Nampak sangat nak letak tajuk pun fenin
hehe
actually nak cite hal aku jenjalan hujung minggu lepas
senang ckp semalam n hari sabtu la
actually memang dah plan y ari ahad nk join my PIL anto my SIL balik college pas spent cuti mid-termnya
planned to just meet there
tp tengahari sabtu
tibe2 my MIL kol tanya
kitaorang berdua free tak
memang free la since my husband baru jer hbs keja kan
just tgh menyetelkan docs sket2 jer
tergezut jap
bila hubby gtaw
Abah(FIL) tak sihat
tiba2 asma nya menyerang
after that kitaorg balik kg
sampai dh agak lewat
mujur lah cwgn klinik y biasa Abah g tu masih buka
y kt kwsn umah dah selamat tutup awal
the next day
only us jer lah y ngantar kaklang(my SIL) balik Melaka
otw balik
my hubby tanya nak cuba pg Tnjg. Bidara tak?
sah2 laju jer bini die ni ngangguk,
aku kan memang menggedik nak g laut
tp dah nak maghrib
mana leh mandi2 kan
just snaps gambar
my hubby sempat tgkap anak ikan sembilang
aku men conteng2 pasir
then balik
before balik jumpa kucing dewasa y manja
then ada 2 ekor anak kucing y comel
tp seekor jer dpt pegang
y lagi seekor garang n laju jer die menyorok bawah pokok
so tercapailah hajat sedikit sebanyak nak tengok laut
gambar2 tak transfer lgpun
kalo rajin cekk update nooo :)
notakaki :
[PIL-parents in law]
[SIL-sister in law]
[MIL-mother in law]
[FIL-father in law]

14 December 2010

Mode: Study

Haish
dah penat aku bebel panjang2
ilang plak
so kena start bebel semula
hari ni aku bebel pasal study
just teringat
dulu2 time study sah la need to sit for examination
rupe2 nyer
dah keja pun kena study and sit for examination gak
hi la training
mcm2 hal
tomorrow i'll sit for my first phase online test
habuk pun tak study ag
malas giler
dh time keja nih plus lak dah kawen
kalo leh balik umah jer malas nak pk apa2 dah pasal kerja
memang la bidang aku ni tak leh elak dari bawak balik kerja ke rumah
tapi biarlah once in a while jer
tak tumpukan perhatian kat rumahtangga jer rasenyer
so my dear friend,
could you please pray for my success
and pray that i can score with flying colours during my test?
please,please,please...
i don't want to sit for the re-test
beside if sit for that re-test
the passing rate will be higher
score 80% only then you can score
huhu...
Dear ALLAH,
please grant me a good mind that i can give the best answer for each question
and
please let me achieve every things that i wish to get.
Amin :)

[notakaki: tak sabar nak kemas rumah and start decorate it. tapi budget dah lari bulan ni. mana nak cekau duit untuk kuarkan my classy purple lagi. huhu.. by the way, i planned to called it as Lovely Purplicious :) ]

05 October 2010

"Puan" sudah...


salam semua
sihat2 ker rakan blogger sekalian?

tuan punye blog y dah start sawang2 nih sihat2 jer..
(sibuk gtaw..padahal tader org tnye pon...hehe)

alhamdulillah
dah 13 hari diri ni bertukar status puan
dah nk masuk 2 weeks

gmbr mls lg nk upload sini
sebab tader masa nk edit ag
maklum la sky gak asenye tbe2 ubah plan idup
kitaorg tak jd balik ke yemen
skang dah menetap semula d msia
okes la
hal ni takyah cte ag k
jz nk share kan sket2 mase hari perkahwinan ritu
hehe

alhamdulillah
majlis berjalan lancar
tak lah perfect tp tader la chaotic ape pun
hubby pun sekali lafaz jer
wlupun selepas keluh kesah duduk lama tgu naib kadi bg khutbah
setengah jam ko!
nsb khutbah die best
hehe

adess..
ngantuk lak ase
t sambung ag lah..
insyaallah

31 May 2010

Hati Runsing

Dah almost seminggu lebih tak tipun abah,
maklum la ujung bulan ni paham2 jela
duit sket jer ag tggl
td tak kira kredit tadak spare dlm poket pon tipun gak
riso sangat kat abah
abah cakap abha g klinik semalam
cucuk n nmpk cm kurg sket gatal2 tu
tp dengar suara abah lain mcm jer
riso la
tanya abah
abah kata
skang abah cepat ilang energy
cepat letih
aku riso bile kita ade org tua tp kite ni duk jauh beribu batu
sangat riso
apa yg aku harapkan
aku mintak pada Allah
tolonglah panjangkan umur abah
jangan ambil abah lagi
pinjamkan aku waktu yang lebih lama
cukuplah arwah mak pergi dulu
berilah aku masa u berbakti buat abah
macam2 aku pk
aku mungkin boleh bawak abah n mama dtg sini
tp masalah satu jer
aku kurg percaya sket dengan sistem perubatan kat yemen ni
bukan ilang penyakit
tapi tambah penyakit
Ya Allah tunjukkan aku jalan
aku berharap sangat yang Allah akan permudahkan urusan ni
aku jugak harap Angah akan dipermudahkan urusannya u berpindah ke kg
sangat berharap begitu
kalo Angah dekat tak la aku riso sangat
ni anak2 sume jauh
Ya Allah, Ya Rabbi
perkenankan doa hambamu ini
panjangkan umur bapaku
berikan beliau kehidupan y sejahtera dan bahagia
berikan aku kesempatan u berbakti kepada beliau
[notakaki] aku sangat berharap jgn jadi ape2 kepada abah. aku kurg kuat u menghadapi kenyataan hidup yang sebegitu. Abah jiwaku, abah hatiku, abah segalanya bagiku. Aku masih ingin kasih syg abah, aku masih perlukan nasihat abah, AKU PERLUKAN ABAH. Tlglah tuhan, makbulkan doa hambamu yang daif ini.
*dulu2 aku selalu berkata, aku harap aku kahwin nanti berwalikan abah, aku harap lagi abah sempat u lihat dan bermain sekurang2nya seorang cucu dari aku, aku juga harap aku dpt tunaikan permintaan abh semuanya, aku sgt harap abah smpat u sume itu

23 May 2010

Missed my country damn much!


These last few days past, i kept thinking of Malaysia.

why o... why..

huhu..


tak sabarnye nak habis ngajar u sem ni

nak balik M'sia u terchenta.


then aku pikir ag

agak2 nyer berape lame aku nak ngajar kat sini?

kalo boleh aku tanak la cepat sgt dah blah

n tanak lama sgt gak duk sni

pastu aku pk ag

t kalo aku dah lama kerja sni

kalo aku dh balik Msia agak2 org Msia sudi tak amek aku kerja n byr mhl sket?

ngeh3..

kalo gj nk mhl aje ekkk

hehe..


aku bukan pe

aku pk kalo aku keja kt Msia

aku leh nk blik2 kg lepak2 ujung mgu

tmbh2 t pas kawen

leh gak spend mase ngan FIL

leh gilir2 balik Pahang n Perak

huhu...

bile la agaknya ek aku dpt keja kt Msia tuh..


Rindunyer kat abah

rindunyer kat mama

rinduyer nak main buai tepi parit tuh..

rindunyer nak brg2 ats buai smbil tgk bangau terbang2 balik sarang

huhuhuhu...


Aku gk terfikir agak2 aku balik t anak2 buah aku tu still manja mcm dulu tak ngan aku

Please dun forget acu okes 4 the four of you

if u olls forget acu t acu nk nanes tanak berenti

huhuhu...


[notakaki] entry emo sudahhh...

12 May 2010

22 April 2010

ku dambakan ciuman kasihmu

dulu, aku sering berasa dijadikan pembantu olehnya. dia selalu menyuruhku mengerjakan tugas2 spt mnyapu lntai dan mengemopnya setiap pagi dan petang. setiap hari aku ‘dipaksa’ membantunya memasak di pagi buta sebelum ayah dan adik2ku bgn. bahkan pulang dari sekolah dia tidak mengizinkanku bermain sebelum semua kerja rumah dibereskan. selesai makan aku harus mencuci bekas memasak dan pinggan mangkuk yang digunakan semua orang. selalu aku berasa kesal dengan beban yang diberikan sehingga tiap kali disuruh aku kan pasti bersungut..
kini setelah dewasa aku mengerti kenapa dia melakukan semua itu kepada ku dahulu. kerna aku juga kan menjadi seorang isteri tuk suamiku, ibu tuk anak2ku yang tidak kan pernah lepas dari pekerjaan yg pernah ku lakukan sewaktu ku kecil dahulu. terima kasih ibu. kerana engkau aku menjadi insan yang baik tuk suamiku dan dibanggakan anak2ku.
saat pertama kali aku masuk ke sekolah di tadika, ibu yang menghantarku hingga masuk ke dalam kelas. dengan sabar pula dia menunggu. sesekali ku lihat dari jendela kelas, dia masih berada di situ. pada waktu itu, aku tidak mempedulikanbebanan kerja yang menantinya di rumah,rasa mengantuk yang menderanya kerana keletihan, juga rasa jenuh dan bosannya dia menunggu. yang penting bagiku, aku senang melihat dia menungguku hingga loceng berbunyi.
kini setelah aku dewasa, aku malah sering meninggalkannya, bermain bersama rakan2, kadangkala hingga jauh dari rumah. tak pernah aku menunggunya ketika dia sakit, ketika dia memerlukan pertolongan ku di saat tubuhnya melemah. di usiaku yang semakin menginjak remaja, aku sering berasa malu berjalan disampingnya. pakaiannya yang ku anggap kuno jelas tidak serasi dengan penampilanku yang bergaya. bahkan, seringkali aku sengaja berjalan mendahuluinya agar orang tidak menyangka yang aku sedang bersamanya. padahal jika dilihat kembali, sejak aku kecil, ibu tidak pernah memikirkan penampilannya. dia tidak pernah membeli pakaian baru, apatah lagi perhiasan yang serba indah. ia sisihkan semuanya demi membelikanku pakaian da perhiasan yang bagus2 agar aku sentiasa kelihatan cantik. padahal aku juga tahu yang dia, dengan penuh kesabaran, kelembutan dan kasih syang mengajarkanku langkah pertamaku. dia mengangkatku tika aku jatuh,membasuh luka kakiku dan mendakapku erat saat aku menangis.
selepas sekolah menengah,ketika aku mulai memasuki dunia baruku di pusat pengajian tinggi, aku semakin berasa jauh berbeza dengannya.aku yang pintar, cerdas dan berwawasan tunggi seringkali menganggap ibu sebagai orang yang mundur dan tidak mengerti apa2. hingga kemudian komunikasi yang berlangsung antaraku dengannya hanyalah sebatas permintaan wang kuliah dan segala tuntutan kampus yang lain. usai majlis grduasi, baru ku mengerti, ibu yang kuanggap kampung dan tidak mengerti apa2 itu sebenarnya telah melahirkan anak cerdas yang mampu meraih gelaran sarjananya. meski ibu bukan orang berpendidikan, tapi doa di setiap sujudnya, pengorbanan dan cintanya jauh melebihi apa yang sudah kuraih. tanpamu ibu, aku bukanlah aku yang kini.
pada hari pernikahanku, dia menggandingku menuju ke pelaminan. dia tunjukkanku bagaimana meneguhkan hati, memantapkan langkah menuju dunia baruku. sesaat ku pandang senyumnya, begitu menyejukkan, jauh lebih indah dari keindahan senyuman suamiku. usai akad nikah, langsung dia menciumku saat ku bersimpuh di kakinya. saat itu jagalah aku menyedari, dia jugalah yang pertama kali memberikan kucupan hangatnya ketika terlahirnya aku di dunia ini. kini setelah aku sibuk engan urusan rumah tnggaku, aku semakin jarang menjenguknya atau bertanyakan khabarnya. aku begitu ingin menjadi isteri yang baik yang taat pada suamiku hingga sering aku membunuh rasa rinduku padanya. sungguh, kini setelah aku mempunyai anak, baruku sedar segala kiriman wangku setiap bulan padanya tidak bererti jika dibandingkan dengan kehadiranku untukmu. ibu, aku kan datang tuk menciummu. meski ianya tak sehangat cinta dan kasihmu padaku……….

** sekadar berkongsi artikel dr blog cik akaechanfyda. samada ibu atau ayah hargailah mereka sementara mereka masih ade. kalo kita boleh meseg pakwe/makwe kita tiap2 hari, kenapa tidak kita sekurang2nya kol mak ayah kita seminggu sekali. tanpa mereka siaplah kita. siapa pun mereka, secomot mane pun mereka, sayangilah mereka. tanpa mereka siapalah kita. sambil2 copy paste ni teringat sajak usman awang. KE PUSARA BONDA kalau tak slh tajuk die. ingat a few first lines jer... tu pun tak betul sume asenyer


kami mengunjungi pusara bonda
sunyi pagi disinari suria
wangi berseri puspa kemboja
menyambut kami mewakili bonda
.
.
.
masihku rasakan kasihnya lagi
walaupun jasad di mamah bumi
inginku rasakan kasihnya lagi
.
.
.
tidurlah bonda dalam kedamaian
.
.
tak ingat dah...tapi sedih gler sajak ni. teringat arwah mak. n tbe2 rajin google. n inilah hasilnya. tajuk pun salah KE MAKAM BONDA by USMAN AWANG.
Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda
Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi
Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap
Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi
Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan
Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan
Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan
sgt sedih sajak ni. dr kena blaja dlm kelas dlu aku tak bape suke. mesti wat airmata aku meleleh. Mak, ira syg mak walaupun hanya sekejap dpt ira rasakan ksh syg mak. Ira rindu mak. To abah n mama. ira syg both of u sgt2 jugak. tq 4 always being there 4 me. u along n angah, ira syg sgt2 jugak. along n angah abg terbaik buat ira. Abah, mak, mama, along, angah, klong, kngah, alif, ain, tasnim n balqis...tq for being my family. (ira/acu) sgt rindu kamu semua. rindu sgt. teringat2 time2 kaco dak2 kecik berempat tu, teringat time lepak2 kat umah ptg2 sambil sembg2 ngan abah n mama, teringat saat2 berjaga tgh mlm ngan angah mkn2 megi, teringat saat2 tertinggal helmet naek mto ngan along. huwaaa..... pinjam tisu cket. to my dear fiance, sy sgt rindukan awak juge, hope i can be there like always ;*