Shoppe~In

SaHaBaT @ FrienDs

26 September 2021

Years of uncaptured memories

Assalamualaikum.. Seperti tajuk, dah lama sangat tak menulis. Masih seorang aku. Harapnya bertambah baik dari sebelumnya. Pelbagai kenangan yang tak terakam di blog tetapi insyaallah terakam kemas di hati. Alhamdulillah, rakyat pun bertambah dari 2013 ke 2021. Moga mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah dan harapnya menjadi insan yang sentiasa dijalan benar tidak hanya untuk diri sendiri dan keluarga malahan dapat berbakti dan memberi manfaat keseluruh umat Islam hendaknya. Tua betul bunyinya seorang Ira membebel sekarang. Takpe la kan, sebab hidup pun tak tau panjang mana, itupun masih juga fasa mencuba 'to be on the right track', masih juga tersungkur disana sini. Di luar lebih banyak diam dari berbicara, lebih banyak menganalisa dari berkata-kata, tapi kadang-kadang bila berkata pedas mungkin terkeluar juga. Ampun maaf. Sememang payah sket nak berkata Ya untuk sesuatu yang aku tak setuju. Paling tak mampu nak menidakkan pun, mungkin hanya akan diam menahan bicara.Di rumah pula, of course champion membebel merempan as always. Maafkan mama anak-anak dan suami juga. Mood swing sokmo. Terima kasih kerana sentiasa ada, sentiasa disisi. Demi Allah, i love you all so much. Cukup setakat ini dulu, moga yang baik-baik untuk anda semua juga. Insyaallah. Wassalam. Notakaki: Ada macam surat-surat zaman 90s kan.LOL.

07 October 2013

Quick Update :)

Lama tak update.

Bz? bz la jugak.

Malas? Itu y sebenarnya. hehe

So quick update pasal ape ye?

pasal anak2 jelah kot

Aulia is reaching 1 year and 10 months

Ariana just reached 8 months few days ago

Dah pandai main sama2 Ada aksi kakak tolak kepala adik sebab adik ter'conquer' tab masa kakak tengah layan Dibo Ada aksi kakak nangis2 sebab adik tertarik rambut kakak Adik kan ape je y dia dapat grab sume die grabbed

AULIA

Kakak skang suka gak bebel bahasa dia Boleh la paham few words die

okok = Pokok

eeeghh (bunyi cat) = cat

air = susu

ta te taa = but ter fly (sebut macam pocoyo yer)

OoIii = Lori

ampu = Lampu (sunset pun dia panggil lampu gak)

star

apple

ball

dog

duck

most of the time kalo die nak makan die akan usung bekas makanan tu. contohnye tin biskut, tupperware. skang makan tak men la suap2 ni. kalo nasi nak suap sendiri pakai sudu. kalo pakai tangan, sebutir2 la die kutip nasi tu.

ARIANA

Adik semalam dah panggil 'Abah' Clear. Sebutir keluar.

Kalo nak mama pick up dia atau nangis2 panggil 'ammm ma, aammmm. ammmm ma'

ayoyoyo! apa sudah jadi.

7mo ++ dah sibuk nak berdiri. push walker atau ape sahaja y dia dapat.

dan dah tertomoih (tersembam) kt nursery dlm percubaan berdiri. lonjak nek bontot dulu ala2 nenek2 tu. pastu imbalence.

debush!!

merangkak jgn kata la

success.

duduk.

lagi la success.

nak makan ape sahaja y org makan bubur die pun semangat makan

air masak?

nay. nay. nay!

haishh. camne ni.

tula pasal sembelit.

susah hati mama.

gigi?

2 reaching 3.

tengah suka menggigit. mama la sasaran utama kan. redo je demi awak dik :)

rumah? hazab selerak.

sila la bg appoinment sebelum datang. otherwise den ckp takde umah. memang tongkang pecah style.

Keja? Praying that will get another opportunity. Anyone want to offer a job?

apa pun alhamdulillah life is blessed. hope it last till Jannah. Amin.

Owh da tak jadi quick update kan. hehe ;)

17 June 2013

Abah

Abah

Happy father's day and happy 68th birthday
wish that i can still hug you
i still can hear your last word to me
before the night that you had gone forever

i miss you as always
may Allah blessed you with Jannah
Amin

Al Fatihah to my Abah and Mak
Abah : 15 Jun1945 - 26 Jun 2011
Mak : 25 Jun 1994

*couldnt remember mak birthday, since i was just a little girl when she passed away :(

22 March 2013

Aulia's STAR



 
accepted.

This is star too.

accepted. even the name is startfruit

This is star.
Yes coz the is starfish.

This is star??

errrr??? maybe coz it is shining at night.

This is star???


Oh dear. maybe due to it has the shape like star.

This is star and also known as ampuu too. hahahaha


So the conclusion is star have sharp angle and shining. does not matter either the sharp angle are 3 or 4 or 5. The full moon she point it as star too. Even cekak berlampu bentuk butterfly and mickey ears kepunyaan adik2 ipar ku pun dikatakannya star.

Mama proud of you dear. Keep on learn the good things and left out the bad things.

Again.. learning is fun :)

21 March 2013

Ariana is 45 days old

My dear ariana is 45 days old today. Alhamdulillah. so far she is growing as a very healthy baby. senang dijaga dan tak banyak ragam. kekuasaan Allah mungkin sebab nak bagi chance mama dapat layan kakak jugak even now banyak nenek (MIL) yang melayan. Mama will make sure everyday that there is some time for kakak to manja2 dengan mama.


Aulia also knew that now she need to share mama with adik. If adik sat on mama she will come and lying beside mama's knee. when she saw adik is slept on her bouncer or not around she will utilize the moments and jump into mama hands or make mama as her riding horse. Now atuk also being her riding horse. poor atuk. maybe it is a hint for babah to buy her a riding horse toy. *winkwink*


Beside that when Ariana is 45 days old thats mean mama dah habis confinement period. yeay!!! Alhamdulillah. Being a mother for a girl age 1 yo++ and newborn baby girl make mama langgar segala pantang larang. i carried Aulia that weight 10kg even it is just reached the second week of my confinement period. I ran and grabbed her when she tried to reach the door or jump from the sofa. The weather also not too on my side. it is way too hot that i asked to drank cold milo from my husband when we went to clinic. cold milo ok not icy milo. after 1 month i did sipped husband icy drink that he left on the table. when he ask me (he just pretend to ask since he knew i am the one who drank it) why did her ice coffee cup was empty, i told him that it already being hydrated by the hot weather. hahahaha... Hopefully my dear daughter will take their confinement period seriously later. do not be like mom ok ;)

About bengkung, i wore it asal sempat jer. not just due to the hot weather. sometime before i could finish or start wore it either adik crying or kakak started crying or hugging or climb on me seek for some attention. But i did apply the hot lotion even i did not wore the bengkung. hopefully that my body still in good health even though i am not really particular within the confinement period. Aminn

The weather is way too hot till adik and kakak dah almost 2 weeks ber'diaper' jer dlm rumah siang dan malam. nk barut adik pun tak sampai hati. gatal2 eczema kakak pun nek semula dek panas dan berpeluh. MIL and FIL pun riso menengok kulit cucu berpasir jer dek bintik2 gatal.

the healthy life of ants


How to know that an ant has met a dietitian ? simple. It happens when the ant start to drink from your tumbler contains of PLAIN WATER instead of go to the sugar tupperware. LOL.

For a breastfeeding mummy like me i will make sure that a tumbler of plain water being place beside my bed during night. It is so annoying when u drank in the dark then u felt little creatures crawl or whatsoever move that consider as ants walking on your lips. Haduiii... sabar jelah dengan ants nih. huhuhu..

Between just recalled a memories of optimization concepts that i learn in AI class back in 2007/2008 in Miss(now Madam) Zaidah class. The optimization concepts was inspire by how a colony or maybe group of ants find the way back to their nest/colony after they found food. I still remember that miss said ants will left smell while they are moving. Example ant A walk 10 m o reached the food, while ant b walk 20 m and ant c just walk 5 m to reached the food. so the path that took by ant c will be used as the way back since the  still smell strong compared to the other 2 paths. How amazing Allah creations till humans also learn from them. 

Oh dear, how i missed study life so much. Insyaallah, hope there will be a chance for me to further study later. Aminnn

19 March 2013

Apple

Hipotesis 1: Apple is red.
Hipotesis 2: Apple is round.

Conclusions: Everything that is round (or nearly round) and red is apple.

To my dearie girl, Aulia.... all these are apple too..





 learning is fun ;)

04 March 2013

Langkawi ~ Day 1

Entry tertunggak berbulan atau boleh dikatakan bertahun. hahaha... pegi 2012, 2013 baru nak post kan. Bawak Aulia dan adik jenjalan Langkawi from 22 till 24 November 2012, tapi adik bawak dalam perut la. 29 weeks at that time. At this moment adik pun dah 29 hari. hehe..

alhamdulillah Aulia naik flight je tido, mengantuk sangat bangun awal punya pasal. Nak tolong mama and babah kemas beg-beg yang tak habis kemas. hehe.. Kejadian sebelum naik flask air panas aulia pecah. hadoiiii... and hand luggage terlebih saiz walaupun berat tak lebih pun. Nasib baik petugas memudahkan dengan mencampak ke perut flight. hehehe... pengajaran yer mama.

Pas dapat je keta sewa, menggagau carik kedai beli flask dulu, then proceed bfast. Jumpa kedai yang jual kari ikan yang sedap sangat. kuah kampung style gitu. Huishhh... terasa kat lidah lagi. mungkin kari giling kot. huhu... saya orang kampung :)

Dah makan melaju je ke cable car dulu sementara hari masih cerah and pagi. kang hujan naya tak lepas nek cable car. sampai pagi lagi tapi queue dah panjang. hadoih.... kepanasan anak koi sementara nak sampai turn naik.


frustrated sebab sky bridge tengah renovate huhu.. kena gi lagi la kot. bawak ariana pulak. hehe.. alasan!!!


subhanallah..masyaallah.. keindahan alam luas terbentang. uncomparable, undeniable.. Bukti kekuasaan allah swt. 

 Babah jelah yang pakai SSC tu, mama since boyot dukung takleh pakai SSC lagi. huhu...


Budak kecik excited tengok ikan kat Oriental Village, beria babah beli fish food nak bagi anak tengok ikan punya pasal. huhu.. then proceed with check in kat Landcons Hotel. nasib la sampai awal, jenjalan la dulu kan.

till next entry :)












27 February 2013

Handmade tuam bayi


This is my handmade tuam bayi. cara-cara guna dan buat dia ada di sini buat-sendiri-tuam-bayi. Alhamdulillah, dah selamat digunakan untuk menuam ariana tiap2 kali selepas mandi. Compared to kakak, Alhamdulillah juga ariana bukan jenis senang kembung. so far baru sekali dia kembung tu pun tak nangis2 macam kakak, just dia act macam tak puas nyusus je. nak menyusu jer, pastu muak. After my MIL massage ngan minyak jerslin dalam 10 minit perut dia dah ta bombom dah. hehe... Setakat ni ariana sangat senang dijaga. tak meragam malam mahu pun siang. cuma nak tido berpeluk jer bila malam. 

Mungkin allah permudahkan di situ sebab nak bagi laluan Kakak aulia meng'adapt' diri dengan adik. Kakak dah boleh kiss2 adik, tau kalau kita tanya mana adik, cepat jer dia pandang adik dia. Cuma these 2,3 nights dia meragam sket nak tido. mungkin rindu kan babah kot. yelah dapat jumpa  babah time hujung minggu jer. mujur lah ada MIL yang gilir2 jaga Aulia dan Ariana. kalau Aulia mengamuk tak tentu pasal, mama akan cuba calmkan Aulia, bawak die tido. peluk2, layan2 die main while MIL akan jaga Ariana. tapi kalau mama pun dah ngamuk juga... MIL akan pujuk2 aulia. Biasa la anak umur setahun lebih ni, baru belajar nk throw tantrum, mengeliat2 bila tak dpt ape nak, jerit2. mengamuk serba tak kena.

seboleh mungkin mama akan cuba sabar. mujur la dah pernah baca fact yang child at this stage throw tantrum bukan sebab die melawan ke apa, but he/she still doesn't know how to express her/his feeling. selalu kalau nak hilang sabar cepat-cepat istigfar semula. yelah, macam kakak sebelum ni memang tido nak ada babah dan mama melayan kiri kanan, ni pulak tetiba ada mama je tu pun kadang-kadang mama layan sambil pegang adik. yelah nak bahagi diri dua untuk dua-dua anak. huhu... aulia ni alhamdulillah setakat ni tak lah macam marah kat adik ke apa, cuma time dia nak tido kebetulan adik pulak tengah nyusu, Aulia pulak nak baring atas riba, tu yang masalah sikit. takut dia terhantuk kepala kat adik je.. selalu bila dah dapat tido kan adik, mesti peluk-peluk kakak pulak even time tu kakak dah lena.

alamak, tadinya nak tayang tuam jer. skang dah meleret gi topic lain lak. huhu....

26 February 2013

Teja Teja


Our Teja Teja... alhamdulillah. mama doakan anak-anak mama membesar dengan sihat walafiat dan menjadi anak yang solehah.

Alhamdulillah Ariana pun dah 4.2kg masa 20 hari. almost sekilo naik dari berat lahir. Aulia pun dah pandai kalo tanya mana adik.

Aulia since balik kampung macam takleh nk duduk diam kalo jaga. berjalan tawaf rumah non stop. tengok tv pun berdiri. berjalan pun nak cepat jer, macam berlari. sangat la happynye mama dapat tengok kakak dah berjalan. Alhamdulillah...

20 February 2013

Our Miss 2013


Presenting our newborn, Ariana. alhamdulillah, selamat melahirkan our  miss 2013 on Tuesday 5th of February. exactly on the estimated due date. Ariana dilahirkan dengan berat 3.44kg through normal delivery.

Today she is 16 days old. hehe.. Alhamdulillah jugak, kakak Aulia da start paham dia ada adik. awal2 balik ruma hari tu, adik jerit, aulia pun jerit. Sekarang Aulia relaks je tengok adik dah. hope adik cepat besar, tak sabar nak tengok adik jadi sebambam kakak. kakak baru ni timbang dah 10kg. huhu... 1 pack guni beras sudah. tapi anak mama of course la lg comel dr guni beras kan. hehe...


13 December 2012

Happy First Birthday Kakak!

Happy birthday kakak. Mama, babah & adik love you so much. Mama doakan anak mama membesar menjadi wanita solehah y beroleh masa depan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Wish you in the pink of health througout your life and surrounded with bundle of happiness. As long as you are happy we will be happy too sayang. A lot more mama want to say but its all seem cannot be express with words. Just remember that mama loves you so much.


03 December 2012

Work rambling

Morning mail from big boss :
yadayadayada...
Without water , a ship cannot move . The ship needs water . Yet ,if the water gets into the ship, the ship will face problems and potentially sink. Similarly , we live in a time where earning is a necessity ; but let not the earning enter our hearts ; for , what was once  a means of living , will become heavy chain, an entrapment and a means of destruction !!!???
yadayadayadayada....
(sebenarnya morning mail boss hari ni panjang berjela. aku summarized kan lebih kurang dia nak kata yang eraning is necessity, in the same time kita kena balance life kita juga lah kalau tak earning tu sendiri yang akan hancurkan diri kita)

Small boss always said:
yadayada...
Since nowadays majority of moms working, it is not easy to balance between career and family.So mom need to choose which one to focus more.
yadayadayada....
( small bos memang gini, dia single mingle lady lagi yet dia selalu cakap dia tau macam mana kitaorang yang mak2 ni feel. then always come and sembang ntah hape2 contohnya - it is better if you have relatives such as mom or in laws to take care of your child since nursery nowadays like this and that and blablabla... dalam hati lagi mesti aku jawab. aku tau la, ko baru nak bising2 , aku dari semenjak jadi mak dah rasa gitu yet i got no choice coz i had no relatives nearer. kalo ada mesti la aku lagi suka family aku y jaga anak aku. Aku just terpaksa go for concept tawakaltu a'lallah'. aku just tawakal and berserah kepada allah. ko mana tau tu kan?)

Me said:
I choose family first, i work just to get some earning as agreed earlier when i signed the employment letter. Do not expect me to stay late in the office just to show that i am so workaholic yet got nothing to do. I do and complete my job to reach the target, thats all. Do not ask me to be an actress too. I am just not good with acting. ( cakap dalam hati jelah)

Me plan to said when the time come *winkwink*:
Bos i nak tender dah sebab i rasa hidup i tak balance. i nak apply apa yang bos besar tulis dalam morning mail dia. i am going to search for a balance life. i dah surrender berlakon datang kerja 10 jam yet got nothing to do ( to be specific stay @ my desk konon2nye senang nak communicate if ada apa2, yet you yourself asyik hilang dekat 2 jam boleh pulak? what the use of phone lah. baling anjing? kesian anjing dia tak bersalah hokey!!!) to be more specific..( you selalu cakap ayat baik kononnya owh ira u tak cukup 30 minit takpe la, this time i consider u a mom. kira i dah tolong u la ni.tapi she herself yang single mingle selalu je datang lambat dari aku and balik awal dari aku. i monitor ada la dia balik lambat. tapi kalo y datang lambat balik awal nya 4 kali seminggu, gantinya sehari jer.so katala ko kurang 2 jam sehari, 4 hari dah 8 jam. sehari tu ko guna untuk ganti balik. boleh ke ko ganti 8 jam terus dalam sehari. 8 jam + 10 jam untuk working hour hari tu. terbaik lah ko keja 18 jam untuk hari yang terakhir tu. bedooh beno nampaknya)

Alkisahnya aku layan bermonolog selepas tengok morning mail big boss untuk department pagi ni. Kalau la aku berani cakap macam ni nanti memang terbaek lah! depress gak since masuk new department ni, ada plak kena rules 10 hours working. kalau time ada kerja aku memang tak kisah la. dah ada kerja kan nak kena siapkan, kalau tak siap terpaksa la working even 12 hours pun. yang tension mensen nya kalau nan ado kojo pastu kena la duk pura2 ngadap pc macam banyak ngat kojenya. pastu nak expect aku  sibuk2kan diri pegi wat training untuk benda yang aku tak minat atas alasan takpe it is for experience. memang tak jalan la.no money no talk. no interest no walk ok. kalau dah no money no interest pulak memang wassalam la dengan aku ni skang. cukup la muda2 dolu2 jer kono tipu asyik2 kena buat itu ini y out of job scope konon2 nya untuk experience.sedangkan nak buat benda y menarik tertarik di hati pun pk 2,3 kali dulu memandangkan anak lagi memerlukan attention dari maknya ni. itu belum lagi bab pk attention untuk laki, rumah tongkang pecah lagi.memang hye2 bye2 jelah dengan nak jadi pekerja berdedikasi ni. bukan apa macam no win2 situation je. banyak win kat dia jer. Mungkin sebab dah terbiasa sebelum ni datang kerja kalau ada kerja buat sesungguh hati, kalau tak da kerja kira flexibility is there for you as long as you are contactable whenever needed. dan2 lepas tu boleh lak satu depatment ni ada narrow down rules nak applied benda2 yang sebaliknya pulak kan. haruslah aku mengungkit dalam hati 24 jam. memang la kalau diorang kata alah gomen tu ha keja fixed dari 8-5 tak bising pun. yer diorang fixed + the benefits as government servant is there. me? no flexibility + benefits yang itu2 aja. oho... mau belit ka? macam ni la kelll.... mesti ada yang cakap dah tu apsal ko tak blah lagi? hehe... sebab... benefits untuk beranak dia mantap. alhamdulillah. sebab tu lah aku nak guna part tu dulu. *winkwink*

27 November 2012

Langkawi : Sneak preview!

Destination: Langkawi
Date : 22 - 24 Nov 2012
Transport : Air Asia
Hotel : Landcons Hotel
Actors : babah, mama, kakak & adik

Till next episode.. Daaaaaaa....


16 November 2012

A mom rumbling

Sy stress! arghhh! stress lagi. Sebab ape stress sebab terlampau banyak pikir kot. Huhu.. This is a very long entry. Kalo ada yang tertido or meluat dengan entry ni, takpe saya paham. Sebab saya pun hampir tertido menaip. Haha... ( tipu...macam mana nak tertido kalo taip sampai bergenang air mata. Emo!)
Apa saya pikir? pikir macam2. Paling banyak pasal pengurusan rumah lah kot. Payah kalo once time back you pernah jadi orang yang sangat pentingkan kekemasan. Bila tiba dah beranak pinak ni you tak mampu lagi nak buat semua tu, maka jadilah macam aku. Stress! aku dulu tak la pengemas mana pun but bile mood nak kemas tu datang boleh jela buat. Sekarang bila ade mood nak buat keadaan pulak tak mengizinkan. So hadap la tongkang pecah ke, kapal karam ke...
Apa sebab keadaan tak mengizinkan? badan lemau. Nak describe macam mana pun tak tau. Sakit yang payah nak digambarkan, rasa nak nangis tapi nangis jela simpan dalam hati. Dah kalo nangis beria sampai banjir pun tak dapat solve jugak.  so tahan jela, merungut sorang2, stress sorang2. Preggy kali ni sakit lain macam sket. Masa aulia dulu asyik lenguh tapak kaki, pinggang and bontot jer. Adik ni rasa macam kakak dulu tambah pulak lagi sakit kat tepi peha tu macam baby lean kat situ. Kat bawah sket dari ari2 pun rasa sakit sangat. Nak ubah duduk dari bersimpuh ke bersila pun rasa nak nangis. Paling rasa sedih time tengah malam bila aulia nak terjaga. Dulu2 sumbat je susu, skang tatih2 aku nak duduk bangun sebelum dapat capai termos air panas and buatkan die susu.  sedih gak bila kadang2 lupa nak setup botol spare tepi tilam and kena g amek kat dapur time tengah mamai2 tu. Bangun duduk dulu pastu baru duduk lagi macam orang nak merangkak tu sebab aku tak mampu nak bangun terus berdiri. Sakit! dah berdiri langkah lak setapak2 .kaki ni dah la rasa berat macam batu ok. Sakit semua tempat. By the time aku dapat diri aulia dah nak start merengek2. Bila aku dah patah balik mesti aulia dah terjaga betul2 and bukak suara soprano dia. Lagi best dah 2,3 kali aku bangun siap belakang terlanggar tangga lagi. Pagi tadi leh lupa langgar tangga lagi. Jatuh ter'merangkak' balik. Ada aku jerit? tak payah. Bangun balik laju2 untuk misi mengambil botol baru.
Aku stress ok kalo aku lambat buatkan susu dan sebabkan die jerit dan kemudian terus terjaga sepenuhnya dari tido ni. Kalo dia dah jaga karang die nak main la, kakak dah besar ni dah pandai merayap takleh dah mama ni dah sambung tido and biarkan dia main sendiri. Sebab kakak sangat kreatif menggunakan jari2 comel dia untuk explore surrounding dia. Karang dia main plug la, tonggengkan termos la, nak lambung2 pampers terpakai dia yang mama lum sempat masukkan kat tong sampah tu la. Takkan pulak mama nak jerit satu rumah suruh orang lain pun jangan tido jugak. In the end mama pun cerah2 kan mata and layan la anak kesayangan mama tu main la, belajar gambar buah la.. Pagi2 buta tu ok. By the time aulia nak tido balik mama tinggal beberapa minit or less than 1 hour je lagi leh tido balik.
So bila dah bangun mula la sakit2 badan berleluasa. Dengan jalan macam penguin lagi. Menyedihkan. Siap2 diri, barang2 aulia untuk bawa ke nursery kalo malam semalamnya belum siapkan. Terkocoh2. tapi terkocoh2 tu tak nampak dari rumah. Selalu aku pretend cool je. Dah siap semua, tukarkan pampers die, kemas2 die sket. Angkat masuk keta, dan antar. Dalam keta pesan macam2 kat aulia dengan harapan dia paham. Selalunya pesan dia be a good girl, pesan jaga semua makan minum mandi, jangan nangis , jangan usik orang, jangan bagi orang kacau dia, tido baik2 , pesan nanti petang mama ambik, pesan ade berapa hari lagi nak gi taska untuk minggu tu and lastly bagitau dia mama and babah sangat sayangkan dia. Adik pun sayang dia. Minta dia jadi anak solehah..tapi pagi ni lupa lagi nak pesan jangan nangis. Bila mama dah bagi kat teacher je aulia start melalak merah muka leleh airmata semua. Mama sayu ok.
Mama sayu tapi tengok jam dah 8 lebih2. maka mama pun terpaksa tepuk aulia sket2 je tak dapat pujuk beria and head to work. Maka baru la nampak betapa mama kelam kabut bawak keta, marah keta y potong jalan mama and speeding selagi mampu dan tak gayat. Nasib baik la takda aes kat jalan mama lalu. Kalo tak mesti tiap2 hari mama sedekahkan gambar keta kat aes kamera tu. Semata2 nak kejar masuk opis y department wat law bengong mandatori keja 10 jam tu. Dalam 6. 45 petang mama pun terkocoh2 lagi speed nak amik buah hati mama, kakak aulia kat taska. Mama sayu lagi kalo mama sampai taska kul 7lebih tinggal sorang dua je lagi budak kat taska tu. nampak sangat la anak mama ni antara y mak bapaknya macam keja tak.ingat dunia sangat. Padahal tak kaya pun.huhu... Yer mama emo. Tapi apa yang orang lain or bapak2 tau pasal hati seorang mama?
mama pun angkut la anak mama balik dalam keta tanya kakak ok tak, makan semua ok tak. Rasa suhu badan anak mama ok ke tak.usik2 jari kaki tangan anak mama yang bulat2 tu.
Dah sampai rumah mama akan kocoh2 dulu masak air panas untuk isi dalam termos and cepat2 kaco bubur segera kakak. Sori kakak mama tak dapat buat bubur everyday dan kakak pun tak suka kalo mama frozenkan bubur kakak. Tapi kakak baik, kakak akan makan dengan banyak sambil layan pocoyo or chuggington sambil panjat2 tonggeng2 bontot lean dekat badan mama. Nak belajar berdiri punya pasal.
Dah kakak sudah makan, mama pun start la cuci pinggan mangkuk kalo ade dalam singki tu dan proceed basuh botol2 susu kakak. Takyah banyak. kal0 6 biji botol mama basuh pun sebenarnya kalo ada orang tengok mesti perasan mama buat macam2 gaya. Sebab kaki mama skang macam tak nak support sangat berdiri setempat lama2 nih. Berjalan takpe. Huhu..By the time nak sudah basuh botol ke 5 pinggang mama rasa macam dah nak terpatah. Dengan kena jauhkan badan agar tak basah baju kena air singki, dengan tangan tak berapa panjang nak capai paip , dengan kat belakang ade mesin basuh kaco mama nak langkah. Pastu mama continue sambung susun pinggan yang dah kering . Tertonggeng lagi bukak kabinet bawah sambil sepit2 badan celah mesin basuh yang kaco laluan tu. Kalo kakak dah start buat perangai maka mama pun stop buat keja and pegi teman kakak main. Layan2 kakak tak juga tido, perut mama pun dah lapar so mama minum jela air masak dulu ke, korek2 keropok ke, cekelat ke jamah laju2. takleh beria mengadap kang kakak terliur takkan mama nak sumbat jajan sume tu kat mulut anak mama. Sekarang kakak suka nak melekat dengan mama, jerit2 semua. Kakak jeles adik kot. So mama tak dpt buat ape2 teman kakak, ngadap kartun kakak sampai mama dah leh repeat balik satu2 skrip. No games , no photo editing, no blog template redesign, no floor mopping, no lipat kain. Mama stress tengok semua selerak2. satu je ubat mama bila mama dapat mengadap kakak dan tengok kakak senyum. Selerak semua mama simpan dalam hati. So bila kakak dah tido stress mama pun datang balik. Tapi badan mama dah lemau, nothing achieved untuk kepuasan hati mama. Cuma puas hati tengok kakak gembira jer. Kalo bangun balik pun untuk makan laju2 dan siapkan beg nursery kakak untuk esok.
Mama kadang stress tak dapat complete to do list or wish list mama. So unfair tapi sebab anak mama, buah hati mama, mama pejamkan mata butakan hati untuk keinginan semua tu. Anak mama is first priority sekarang. Mama rasa mungkin itu sebab mama stress bila mama cuba minimize keselerakan, ketaburan tapi yang jadi sebaliknya. Keadaan mama pulak tak mengizinkan mama speeding buat semua tu. Kiri kanan nak buat, kiri kanan nak ingat, kiri kanan nak complete. Tengok lantai.tak.sapu. Tengok bilik air, jamban tak berus lagi. Tengok ade buku atas kotak. Tengok baju mama pakai semalam lum sempat angkut humban kat dalam laundry basket.In the end, pendam jauh kat sudut hati. Telan dalam and cakap ngadu dalam hati. How i wish my late dad is around so i got someone that really can lend his ears to listen to my rumble even it is out of logic. Kalo orang lain mesti akan potong cakap aku sebelum aku sempat luahkan, sempat describe apa yang dirasa, apa yang terbuku. 
Aku kagum how ada orang tak kira la si laki ke si bini nye ke, still ada time untuk hang out dengan kengkawan. Have movie days out, karaoke time, bowling time sedangkan the other half is struggling on their own jaga ur child. Or kalo yang dua2 kuat bekerja, or dua2 ade spent time untuk fun ni, sedangkan u let your little ones in others hand to take care. Bayangkan lah ur little ones yang tengah gigih nak dapat langkah pertama atau word pertama dia struggle sendiri mengharap kasih sayang orang lain.how lah? 
So tanya aku punya fun2 aktiviti macam mana skang ni? Kat opis je, to be specific kat bilik mesyuaray belakang tu je. tu pun kalo ade team wat main2 game teka2 word. Taboo, cluedo, or uno. Or else aku bawak majalah y dah sekurun beli tapi lum baca lagi, baca time tengah2 sarapan or kudap2 biskut sambil hadap monitor. Klik2 test case. Klik2 mainframe review test yang run tadi. Kalo gian nak men game. Main jela spot difference tu 5 min b4 tido

14 November 2012

Gomen dan McD

Last friday went to alamanda for lunch. Tengah2 tak tau nak makan apa tu, just fikir nak tapau mcd and makan sundae je dulu for lunch. Boleh makan bila rasa lapar petang2 di ofis. Bad choice !
It is government payroll day! sakit hati. Dari opismate aku beratur kat chicken rice shop , sampai la diorang dah habis makan.. Aku still q nak beli. Naik ketar lutut2.  beratur 45 minit untuk dapat se'cup' sundae coffee tu, makan habis 5 minit je. Hangin satu badan.
Peringatan untuk diri sendiri, jangan pegi mcd alamanda time lunch on government payroll day! kalo saje nk test kesabaran boleh try.
Mode: abis modal nak menceceh.

04 November 2012

Buat Sendiri Tuam Bayi



Time aulia dulu mama aku tolong buatkan tuam dia masa mama datang teman aku before bersalin tu. Bukan susah pun buat sendiri tuam bayi ni.  Hari tu mama aku buatkan Aulia Cuma letakkan bawang putih yang digoreng tanpa minyak, lada hitam dan habbatus sawda (jintan hitam). Gaul semua ni punjutkan dalam perca kain yang dipotong 4 segi. Bentukkan ala-ala sup bunjut adabi tu je.

Cara guna tuam bayi ni senang je. Lepas mandi bayi tu. Sapukan dengan minyak telon or minyak apa-apa la yang korang pakai untuk bayi korang tu kat badan dia. Then, panaskan tuam tadi kat iron. Rasa dengan belakang tapak tangan korang or pipi korang. Bila sesuai suam dan tak menyakitkan bayi, tuamkan pada bayi. Selain dari selepas mandi, tuam juga time-time bayi kembung. Tuam selalu pun tak apa. Bagus untuk buang angin dalam badan bayi. Lepas tuam pakaikan barut bayi before baju dan bedung mengikut kesesuaian waktu.

Bahagian badan bayi yang wajib tuam ialah belakang badan dari bahu sampai pinggang dan atas bontot tu. Perut. Pelipat kaki (bawah lutut) tapak kaki. Kat ari-ari dan kalau baby boy. Bird dia tu pun kena tuam untuk elakkan angin pasang.

Untuk adik Aulia ni aku plan nak buat baru juga tuam bayi. Guna kain perca dari balance sarung bantal hari tu ada lagi sikit. Aku baca-baca ada yang bagi tips untuk letakkan tali pusat adik beradik lain sekali dalam tuam. Orang-orang tua kata bagi adik beradik tak bergaduh camtu. Sejauh mana kebenarannya aku pun tak pasti. Kena cek dulu dengan orang-orang yang arif hal agama juga samada boleh jadi kurafat ke tak buat macam tu. Macam aku dulu tali pusat Aulia yang kering tu memang ada simpan bukan sebab nak buat apa-apa. Tapi aku tak tau nak buat apa. Simpan jelah. Hehe…

Harap-harap tips membuat tuam bayi ni dapat membantu korang-korang yang teringin buat sendiri tuam untuk bayi korang tu. Jimat juga RM30/40  yang ready made jual tu. 

03 November 2012

Cerita adik dan mama



Adik Aulia dah almost 26 weeks dah. Few months back mama keep calling Aulia adik..adik. Sikit-sikit kenapa ni dik..adik buat apa? Sekarang dah tukar status dah. Mama dan babah dah upgrade panggilan panggil kakak. Aulia pun dah boleh adapt dengan panggilan kakak. Dia tengah-tengah main mama panggil kakak dah pandai toleh cari. Sweet. Untuk adik pulak, tak banyak yang nak disediakan. Yelah kakak pun tak besar mana lagi. Barang-barang beli dulu semua elok lagi. So pakai semula je. Takda istilah barang kakak barang adik ye. Sharing is caring gitu. Yelah takkan pulak mama nak campak mittens and booties kakak yang boleh dikatakan tak terjejas pun tu. Aulia dulu mittens pakai sebulan je. So money wise adik pakai yang tu je. Plan nak beli kain napkin baru jelah kot. Kakak punya dah banyak bertahi lalat dah 2,3 helai.  Yelah aku memang letak dalam nursery bag Aulia tiap-tiap hari sehelai bagi kegunaan pengasuh dia nak lap susu leleh ke, sisa makanan ke.

Cerita mama pula. Kali rasa macam taknak beli apa-apa set bersalin pun. Haha… Pening. Masa Aulia dulu aku beli set bersalin Orang Kampung tu. Set dia ok except for pil dia. Ubat periuk entah la. Sampai sekarang aku tak rebus lagi. Ahahaha..Selamat tersimpan di rumah PIL. Masa guna set bersalin Orang Kampung ni semua ok. Aku minum jeli gamat dia tu, pakai pilis dia pun bagus. Hilang sakit kepala walaupun aku ni pemalas nak menempek. Geramnya pil dalam kapsul dia tu je. Dah naik kerja baru aku start makan. Tuptup…susu drop. Susah hati aku ingat sebab apa. Sekali belek-belek botol ada ke patut siap tulis tidak sesuai bagi ibu yang menyusukan. Kalau dah tak sesuai jangan lah letak dalam set bersalin tu. Geram tau. Kalau dia ada jual satu-satu ingat nak  juga membeli jeli gamat tu lagi. Barut aku selain dari yang ada dalam set bersalin orang kampung tu, hari tu aku pakai yang MIL and nenek buatkan untuk cu. Untuk kali ni Alhamdulillah ummi(MIL) ada jahitkan untuk aku jugak 2 helai. Serius cakap aku lagi suka barut yang buat sendiri ni dari yang dalam set Orang Kampung tu. Zigzag susah. Ingat nak beli juga lagi sehelai tapi y wrap punya untuk naik kerja nanti. Berazam untuk jaga badan sikit. Haha… harap-harap tercapailah. Insyaallah.

02 November 2012

Penjagaan bayi chicken pox



Aulia sambut first raya haji dengan campak. Nasib juga Aulia tak demam teruk. Suam-suam je selama 2 hari. Itu pun tak berterusan. After seminggu campak Aulia dah recover. Tinggal parut-parut jer. Tak banyak pun kena. Dah bagi air kelapa tapi memang banyak tu je keluar. Harap-harap tak ada siaran ulangan la. Kesian anak mama.

Bawak Aulia pegi klinik dapat ubat demam, gatal, antibiotic dan ubat sapu. Sepanjang Aulia demam aku mandikan tanpa menggunakan sabun. Orang tua-tua kata tak boleh. Dari segi sains nya aku tak pasti kenapa. Aku buat jelah. Then balik kampung raya haji tu ada daun semambu aku buat ramas-ramas dalam air mandi Aulia. Daun semambu ni orang kata untuk mengurangkan kegatalan tu. Selain buat mandi boleh juga di blend dan campurkan dengan bedak sejuk sapu seluruh badan. MIL rajin siap jahitkan ala2 batang tilam tu and isi daun semambu banyak-banyak buat lapik tidur Aulia. Tilam daun gitu. Hasil tangan MIL,SIL and hubby mengasingkan daun-daun semambu dari ranting dia.

Orang kata jangan bagi makan gatal-gatal. So aku tapis-tapis la juga pemakanan Aulia. Tapi babah dia ada juga tersuap telur dadar. Alhamdulillah tak bernanah pun. Bagi Aulia makan nasi dengan kuah-kuah sup sayur je. Mujur Aulia dah cukup happy dapat makan nasi macam tu. Kalau dah besar mesti mama lagi kesian nak tapis makan. Tapi aku tetap bagi Aulia makan roti cicah susu FM dia and cerelac dia.
Of course la roti ada telur kan. Tapi aku tawakal je. Alhamdulillah takda apa.Selain tu aku buat bubur ikan bilis dengan sayur je untuk Aulia. Buat stok ikan bilis sendiri.

Penting juga elakkan dari terkena hujan. Kalau tak salah orang kata akan meninggalkan parut hitam or akan menyebabkan campak tak keluar habis macam tu la. Selain tu dengarnya kicap juga seeloknya jangan bagi sebab takut parut jadi hitam.Sejauh mana betulnya tak pasti. Hehe..