Time aulia dulu mama aku tolong buatkan tuam dia masa mama datang
teman aku before bersalin tu. Bukan susah pun buat sendiri tuam bayi ni. Hari tu mama aku buatkan Aulia Cuma letakkan
bawang putih yang digoreng tanpa minyak, lada hitam dan habbatus sawda (jintan
hitam). Gaul semua ni punjutkan dalam perca kain yang dipotong 4 segi.
Bentukkan ala-ala sup bunjut adabi tu je.
Cara guna tuam bayi ni senang je. Lepas mandi bayi tu. Sapukan dengan
minyak telon or minyak apa-apa la yang korang pakai untuk bayi korang tu kat
badan dia. Then, panaskan tuam tadi kat iron. Rasa dengan belakang tapak tangan
korang or pipi korang. Bila sesuai suam dan tak menyakitkan bayi, tuamkan pada
bayi. Selain dari selepas mandi, tuam juga time-time bayi kembung. Tuam selalu
pun tak apa. Bagus untuk buang angin dalam badan bayi. Lepas tuam pakaikan
barut bayi before baju dan bedung mengikut kesesuaian waktu.
Bahagian badan bayi yang wajib tuam ialah belakang badan dari bahu
sampai pinggang dan atas bontot tu. Perut. Pelipat kaki (bawah lutut) tapak
kaki. Kat ari-ari dan kalau baby boy. Bird dia tu pun kena tuam untuk elakkan
angin pasang.
Untuk adik Aulia ni aku plan nak buat baru juga tuam bayi. Guna kain
perca dari balance sarung bantal hari tu ada lagi sikit. Aku baca-baca ada yang
bagi tips untuk letakkan tali pusat adik beradik lain sekali dalam tuam.
Orang-orang tua kata bagi adik beradik tak bergaduh camtu. Sejauh mana
kebenarannya aku pun tak pasti. Kena cek dulu dengan orang-orang yang arif hal
agama juga samada boleh jadi kurafat ke tak buat macam tu. Macam aku dulu tali
pusat Aulia yang kering tu memang ada simpan bukan sebab nak buat apa-apa. Tapi
aku tak tau nak buat apa. Simpan jelah. Hehe…
No comments:
Post a Comment
Apa kata mereka?