Shoppe~In

SaHaBaT @ FrienDs

01 August 2009

Awan Gemawan III

Gambar awan kali ni teman amek mase balik kg y baru2 ni. Biase la time2 duk melengung tu, snapped la 2,3 keping.

Koleksi langit petang dalam 5.30 till 6.30 petang..













Port amik gambar time petang2. Buai2 sambil amek angin sambil amek gambar.


Koleksi gambar tengahari dalam kul 2 petang. Sebab cahaya terlampau terik, maka kamera hp ku memandai adjust bagi gelap gni.







Sup Ayam Express


a
m
Ini lauk tengahari semalam. Lauk orang lapar. Haha.. Masak express gune resepi express. Sup ni aku buat untuk makan sorang. Tu pasai gambar sikit jer, pinggan jer besar. Huahuahua..

Bahan2:

Ayam
Sup Bunjut
Kulit Kayu Manis
Bunga Lawang
Lada Hitam
Bawang Putih
Bawang Merah
Halia
Garam
Minyak
Air
Daun Sup
Celery

Cara2:

Mayang bawang merah, bawang putih, halia. Tumbuk lada hitam, agak2 dah separa hancur, tumbuk sekali bawang merah yang dah dimayang tadi,bawang jangan tumbuk hancur taw. Bagi pecah2 ajer. Celeri potong la ikut suka hati kome. Pastu dah boleh tumis. Mule2 tumis bawang putih bagi naek bau sket. Then masuk la pulak lada hitam n bawang tumbuk tu. Dah agak2 ader bau best jer dari lada hitam, masuk sup bunjut, kulit kayu manis, halia, n bunga lawang tu. Pastu kacau2 sket, masuk ayam. Biar ayam nih lama sket, sebab nak bagi die hilang bau2 hanyir kot ader ag, bagi masak yang bahagian dalam n to make sure yang dlm2 empuk. Tambah la air sikit. So, bile ayam tu kondisi die dah ok, makanya boleh lah tuang air setakat mana kome nak kuahnyer. Time2 da nak masak, baru masukkan celery tadi n daun sup. Kalo tak suka tabur2 jer kendian pon ok. Lau nak tambah2 kentang pon ok. Garam jangan lupe tabur ek, kang jadi sup terlebih sihat sudehhh... :)

u/p: Ini sup segera. Ringkas ajer. Cara orang malas dan nak cepat makan. Huhu... Ag satu tuan blog nih tak pandai nak deco sangat + limited bahan u deco. Tuan blog juge limited mangkuk y comel2(huaaa...nk mangkuk comel!!!)...Almaklumlah org bujang n limited moneyyyy..Huahuahua

30 July 2009

Tensen ngan layout blog!

Salam...

buat blogger yang sudi bloghopping kat blog aku nih, tuan blog nih tengah tak betul. Haha.. Geram tul. Sebenarnye Ira memang dah lama nak blog layout yang ader 3 column nih. So, 2 hari lepas sampailah hajat ni. Layout Rainbow Garden ni jadi pilihan. Suke sangat. Tapi Ira jadi geram sendiri pulak sebab blogheader tak pat nak letak bile gune layout nih.

Ira memang suke ngan blog header rekaan sendirik. Selalu tu ira pg kat layout>>page element>>title blog tu>> bile click edit die kua blog title, blog description, image. Tang sini ira upload gambar from PC. Now nih mslhyer gambar tu ader. Tp ble view blog tader. Yang duk ader tulisan Nailofar Daniera , All about life jer.Huhu...... Ader tak siape2 y ader idea mcm maner ag ek nak buat bg layout nih dapat menerima blog header yang d set sendiri?

28 July 2009

Daging Masak Hitam

Hari ni planned nak g berlatih naek titi terchenta u test JPJ minggu depan. Sekali malas plak. Ingat hari isnin and selasa minggu depan jelah pegi. Hari rabu test terus. Jangan lah gagal lagi. Berchenta sungguh nak test nih. Lesen keta yang tak penah bawak sekali test sudah lulus. Lesen motor yang selalu bawak (secara illegal dari sekolah menengah) pulak yang asyik gagal. Abah pun heran. Huhu.. Doakan saya lulus ye kali nih. :)

So sebab tak jadi pegi wat latihan hari ni, maka perut y kalo dah bangun pun mule la nyanyi. Bukan sebarang lagu. Lagu Stacy gtu...(yang mana2 jelah, tp y aku terbayang lagu gagap tuh).

Pikir2 roti ader, dahnak expired. So better sarapan ngan roti lah. So buat lah sandwich telur jer. Nyum2 , tengahari pun makan ni gak.

Dah petang plak, perut nyanyi2 lagi. Tapi kali ni die nyanyi lagu klasik pulak. Lagu P.Ramlee daaa.. pukul 3 pagi. Tapi in case aku tukar jd pukul 6.30 petang. Huahuahuahua...
Die nyanyi lagu klasik sebab lapor nasi. Aku mana boleh tak makan nasi sehari. Rinduuuuu.. :)

So, aku g bukak peti ais. Tengok ader ag daging yang aku beli hari tu. Tengok kat bahagian sayur lak, kobis jer ada. So, aku pun pk. Pk punye pk, aku rasa nak buat daging masak hitam. Hari tu dah buat daging masak lemak petani, takkan nak makan lauk sama lagi kot. Variasi la sket. Tapi masalah nyer aku tak penah try buat masak hitam ni sendiri. Selalu duk kaco abah n mama kat dapur jer. Excited bab potong2 jer, tak la pulak hafal sepenuhnyer. So, ape lagi. Google kan ader. Nak seribu daya beb. Makan punya pasaiii... Adehhh :)

Last sekali jumpa resepi. So aku try la. Tapi banyak la y aku ubah dari segi kuantiti nyer sebab aku makan sorang, buat ape masak banyak2. Membazir, tak baekkk... :)

Dah masak nilah hasil air tangan saya. Rasa alhamdulillah memenuhi kehendak tekak. Saya layan ngan air kosong, nasi putih da ulam kobis aje(baru perasan, post kali ni skema siot. bersaya2 lagi, padahal ckp ngan diri sendirik..hehe. ubah angin sket). Tapi selera sungguh makan. Sape2 yang nak try resepi ni jugak silalah :)




Ni resepi yang aku dapat dari http://serikasih.blogspot.com/2008/10/resepi-daging-masak-hitam.html

Bahan-bahan:

1 kg daging (direbus dan dihiris)
1 cawan air rebusan daging
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
3 sudu besar cili boh atau cili kering kisar
4 sudu besar gula merah
1/2 cawan kicap pekat
1 cawan air asam jawa atau 3 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
Air

Bahan-bahan dikisar:

8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 batang serai
1 cm kunyit hidup
2 cm halia

Cara Penyediaan

1. Daging direbus sehingga empuk dan dihiris. Simpan air rebusannya.
2. Kemudian, panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan yang dikisar bersama cili boh. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan daging dan air rebusannya.
4. Masukkan gula merah, kicap pekat dan air. Tambahkan garam secukup rasa, air asam jawa dan bawang besar. Masak sehingga 5 minit lagi dan angkat.


Petua masakan
1. Banyakkan halia untuk menyedapkan rasa
2. Kerisik boleh ditambah untuk mengeringkan kuah (ala rendang)

21 July 2009

Abahku Sayang

Salam. Macam lame jerk aku tak post. Now aku kat kg. Lari balik sabtu lepas. Abah tak sihat. Macam tak best jerk lau tak balik. So aku kemas2 barang cabut balik. Semalam bawak abah p pakar kulit since penyakit die berkaitan ngan kulit. Dari balik hari tuh mule2 gatal2 die merah ag. So aku ader bawak balik satu balm nih. Sapu2 nampak cam okey dah sket. Tapi since semalam sapu ubt y doc bagi la plak. Bukan baru nih abah aku nk cari doc, tapi dah pelbagai ubat dah die beli. Ubat dari klinik kerajaan lak tak jalan. Tu yang aku decide aku balik ajak p pakar. Pakar tuh kat bandar laen, tuh y abah malas sket nak g. Tambah lak abah tader keta, so malas nak nek bas. Macam nilah orang kg, tmbg bas lak mahal. Nak g berubat pun pk due tige kali.

Dulu abah da penah kena gatal2 gini. Amek mase bertahun gak nak ilang. Yang tu kat kaki. Aku rase tu sebab time abah keja kontrak wat longkang tu, men simen , air kotor sume. Baru2 niey lak abah ader keja petang2 pasang pagar u kebun sape tah. Bancuh2 simen, tu yang aku rase kt tangan lak gatal nek. Lengan pun tak ketinggalan kena gak gatal. Belakang die lak jadi gatal2 mungkin sebab aritu die meracun dalam kebun, racun tu tertumpah kena belakang. Tu yang jadi gtu. Gatal2 kali ni agak teruk smpi luka2 bukan nanah or ape, gtal sangat sebab garu. Tapi kali ni gak sampai badan pun rasa seram sejuk. Nak suh abah jgn wat keja teruk2 meracun sume jangan harap la, die memang takleh duk diam. Die tak suke kebun die berumput panjang. Tambah lak now die aktif membela itik. Itik2 tu bagi makan hampas padi + gandum yang dimasak. Die gaul dengan tangan, itu lah y jd makin gatal. Time aku balik nih, memg aku tak bgi die wat. Biar aku jer y gaul sume, tangan aku sihat. Pastu aku bebel2 gak cakap pas aku balik SA t jangan gaul guna tgn dah, gaul guna senduk.

Aku dah duk jauh2 ni aku riso dgr family sakit. Maklum lah anak2 abah sume jauh2. Aku bnyak ag impian y aku nak kongsi ngan abh. Aku jd sakit tgk abah sakit. Cukup lah aku tak dpt kongsi impian aku ngan arwah mak, aku harap sgt aku sempat nak tunaikan segala yang abh idamkan. Cume y melegakan aku sket sebab mama ader u temankan abh tgokkan skt pening abah. Kalo tak sebab belajar tanak aku balik SA semula.

13 July 2009

Pontilanak yang hipokrit

Aku teringat beberapa hari lepas, aku baru balik dari survey harga external hardisk. Aku jengah bilik depan cari Jie, sekali tader plak. Tanye kat Miss Pontilanak(Miss P). Die jawab tak taw. Suddenly teringat tadi Eil ader meseg ajak g karaoke. Tapi aku tolak. Malas, tak rase macam nak nyanyi. Jie ikut Eil, tadi Eil ader bgtaw. Pelupa dah aku. Aku ckp la kat Miss P..

"Owh, baru ingat. Die pegi karaoke ngan Eil"

Jawapan Miss P bunyik lebih kurang camni...

"Owh, loan dah masuk. Patut lah enjoy tak ingat dunia. Nanti gaduh ler tader duit"

Siap ngan gaye jeling jeluat ag die cakap. Ape kes minah ni tak puas hati sangat ngan Jie. Bukan die ker y selalu mintak Jie belanja. Tak ingat la tuh. Aku malas layan. Aku sengih jerk n blah masuk bilik aku. Heavennnn....

Esok tu aku tengah nak jemur kaen. Miss P ngah sembang sambil tengok tv ngan Jie. Tetibe..

"Jie belanja r, loan dah masuk"

Ekkk enaa... Semalam kutuk. Nie mintak belanja ag. Tak malu sungguh. Jie bagi jawapan agak best lar.
Justify Full
"Awak la belanja pulak. Asyik saya jerk"

Hah...amik kau. Dapat sebijik. Then malam tu. Aku g lagi bilik depan kali nih nak cari Kak Min. Kak Min tader. Miss P jer pun ader. So, aku sajer la tegur.

"Sibuk nampak"

"Ha'ah. Senarai nama nih. Tak lengkap. Malas tul saya"

"Ni ader list nama lama yang awak dah print. Amik la pensel, manually check la"

"Ala, malas la. Awak tolong eh. Nah pensel"

"Ohooo...keja awak. Malas saya. Saya penat. Baru balik nih ha."

"Alaa...boleh la"

"Tader2, buat sendiri."

Dalam hati aku nak jerk tambah. Lau dah merungut buat keja. Jangan pegang jawatan. Aku dah nasihat. Degree nih bz bukan macam dip dulu. Dip dulu semua jawatan mesti ader muka kiter. Aku dah nekad degree aku tanak. Tu pun kena gak, nak jaga hati lecturer y ajar aku sem satu sebab die penasihat kelab. Kang die marah kang tersilap tanda paper aku sebab geram. Hancuss.. So aku pegang la jugak dua sem. Tak lepas lari. Yang si Miss P nih, sajer jer wt aku nk bebel balik.
Pastu, klimaks yang aku nak gelak.

Tibe2 jer die sengih2 kat aku.

"Ira, loan awak dah masuk kan. Bile nak blanje makan pizza?"

Dalam hati aku kater. Ko saper aku nak kena blanjer. Aku tak penah mintak ko belanjer pun. Tolong aku pun ko tak penah. Nak kater teman sehati sejiwa aku pun tidak. Kalau la terkeluar, tobat la die tanak tegur aku dah agaknyer. Ahakzz...
So aku jawab gak, cenggini..

"Ekkk...bagi saye reason kenape saya kena belanja awak? Saya rase patutnyer saya nih belanja orang yang asyik tolong saye time susah n senang. Family saye ker. Pakwe saye ker."

Haha...tau ko diam. Memang betul ape. Diorang tulah yang tanya aku makan ke idak. Yang hulur duit kat aku time aku sesak. Yang jugak dengar aku bebel time aku serabut, time aku happy. Die..???? Nak kongsi cerita happy pun karang jadi sakit hati jerk. Sebab, die akan jawab dengan cara yang akan turn out our happiness jadi sadness. Rasakanlah. Aku memg kejam dengan orang yang kejam ngan aku. Aku jugak benci orang yang banyak sangat hipokrit macam die. Hah... ko nak kater ape???

Sebenarnye, aku taklah kedekut pun. Bestfriend aku, orang2 yang baik ngan aku. Aku tak kesah pun belanje2 nih. Nasib lah ko. Aku dah tak suka. Tetap aku tak suka. Aku memang pendendam. So what??

10 July 2009

Awan Gemawan II

Salam. Aku kembali!!! Ahakz...

Walaupun aku dah seminggu lebih balik SA nih. Aku still nak wat entry pasal kg halaman terchenta. Hehe..

Entry kali ni, aku nak sambung pasal gambar2 awan. Gambar awan kali nih di ambil pada hari Sabtu, 4 Julai 2009, tengahari. Still juga menggunakan kamera handphone kesayanganku without any editing on the picture. Natural effect. Here, presented our mother nature...








~Nyiur melambai ditiup sang bayu~


Dua gambar awan di bawah ni, di ambil dari tingkap rumah. Yang laen2 tadi diambil masa aku kat luar rumah.
~Awan gelap ala2 nak hujan. Orang kampung panggil pokok hujan~

~Bumbung rumah jiran aku ni tiada kena mengena ngan awan k.. Hehe~

Itulah gambar2 yang sempat ku snapped sepanjang menjalankan tugas. Haha. Tugas aku time nih ialah tunggu bahan yang direbus dalam kuali di bawah. Nak taw apakah isi kuali ni?
Zoom in...


Haa.. Aku taw benda yang paling korang nampak mesti daun pandan kan??? Haha. Ni sebenarnye abah tugaskan aku untuk menjaga ayam yang direbus untuk melembutkan isinyer sebelum dibuat rendang ayam. Almaklumlah, ayam kampung memang liat lau dah taraf bertelur sampai 5,6 kali nih. Lau korang tengok betul2 korang aka nampak tangkai sudu besi dalam nih. Itu bukan saja2 jatuh tau... Ader tujuannya die dijatuhkan disitu :) Ahakz!
Mengikut kata orang tua2, itu salah satu factor yang dapat melembutkan daging. Secara saintifik nyer, tidaklah ku ketahui. Wallahualam..


Aku kena jaga beria sebab takut tetibe kang rentung, sebabnyer ayam nih direbus gune dapur kayu, api kena jaga sentiasa. Dah la adakalanye angin kuat bukan men, jenuh gak aku duk suraikan kayu2 api dan sabut kelapa tu ke tepi.


Haa...ni time api tibe2 merajuk. Jenuh pulak aku makan asap duk meng 'adjust' kedudukan bahan bakar bagi betul2. Duk berkipas pulak dah macam Pak Ayub sate. Huhu.. Last2 selepas 2,3 kali kering air. Aku pun angkat letak atas rumah. Mesti korang pikir, apeke susah2 g guna dapur kayu. Gune jer lah dapur gas kan senang. Ader sebabnyer kesusahan nih. Mestilah factor jimat.Lau sampai kering air 2,3 kali gune dapur gas, aih!!! Copek abis gas bapak den. Bapak den tak sompek laie bukok kedai gas nih.. Huhu

02 July 2009

Awan Gemawan

Salam..
Aku memang suka sangat tengok pemandangan. Sume pemandangan aku suke tengok. Antara pemandangan yang aku paling suke tgk ialah bentuk2 awan dan warna langit.
Kalau kat kg nih keja aku petg2, amik buaian gantung and berbuai di celah2 pokok pinang. Hahaha..

Jangan salah paham okes.. Macam nih kat tepi umah aku ader tali air. Tepi tali air pulak abah tanam pokok pinang deret2. So antara pokok pinang nih, abah ader ketuk paku besar, buat tempat sangkut buai. Buai gantung nih jenis yang diperbuat dari tali plastik or kain. So die anyam macam jaring2 bentuk diamond. So jadilah buai. Sedap gak berbuai petang2 sambil tgk awan. Lau nasib baik nampak lah kelompok bangau yang nak balik sarang2. Putih2 jer..cantik.

Balik cerita pasal awan, lau kecik2 dulu aku nakal sket. Ader la cousin jauh bau2 bacang wat kawan. Lau petang2 aku ajak die g nek bukit tepi jalan besar. Sebab? Semata2 nak tengok awan plus leh nampak pemandangan sawah padi. View lagi clear dari ats bukit nih, tempat tinggi. Dulu2 aku takder kamera. So, aku lukis jer. Sekarang, malas meraja, so aku gune jer lah kamera tepon amik gambar awan. So, nih gambar awan yang aku baru amik petang semalam. Dalam kul 6.30 petang. Sambil berbuai, amik2 gambar. Mama and abah lak duk sembang2 kat beranda depan sambil relaks2 sementara tunggu maghrib. Gambar nih real punyer, takder edit2.


Hurm, amacam?

Susah taw nak amik gambar2 gni kat kota sana


Indahnya, langitku..

30 June 2009

Tag Dari Kak Iela :)

1. Nama-nama timangan anda?
Masa org timang2 aku dulu, aku tak ingat r diorang panggil ape.. haha
(Ira, adik, acu)

2. Anda seorang yang??
Suka kanak2.Hot-tempered tp lau kena care mudah jer cool

3. Insan yang teristimewa??
Abah and other family members, orang tuh *wink*, bestfriends


Describe apa yang membuatkan dia terlalu intimewa dimata anda?
lau takder diorang mane ader aku + pelengkap hidup

4. Lagu kesukaan anda??
byk lar tp tak suka lagu heavy metal , wt serabut otak jer. lagu lama2 cm saleem, damasutra,
spring, iklim pun kategori mantap gak.Lagiii.. lagu2 etnik kreatif

5. Makanan kesukaan anda??
sesuatu berkaitan ngan coklat, masam2..ish bnyk lar.. tak terdescribe..

6. Warna kesukaan anda??
pink, turquoise..erm kesimpulannyer aku suke sume wrna tp kena tgk tone n matching color
die


7. Sikap yg membuatkan anda Stress??
org y ckp jer lebih, tp buatnyer zero. Lg org y asyik nk cerite pasal die jer tnpe consider org
len, org y suke acting2 lebih2 pun nymph jugak

8. 3 benda yang mseti ade dalam Beg anda??

1. purse
2.handphone
3.kunci2


9. Kali terakhir anda menangis dan mengapa??
tak ingat lar, mase demam time shortkos baru2 nih kot. rasa sedih sebb teringat time demam
lau kat kg, ader org jaga. Kt SA kena jga diri sendiri

10. TAG 6 Rakan anda...
hehe, sape ek...

1. misako
2. striker
3. norain ishak
4. xullmax

agi due sape 2 jelah y sudi. y atas nih pun tak paksa.. lau rjn buat ler...

29 June 2009

Dingin pagi + Melantak = Heavennn :)



Assalamualaikum.

Harini nak cerita sket xtvt aku kt kg nih. Aku nak cerita dah dua malam aku jadi kelawar menyiapkan kerja2 terbengkalai. Kalo takkk.. Heh!!! Tak jumpanya muka aku melangut pg2 nih. Titun lagi best. Plus umah aku memg sejuk ala2 kt genting gtu pg2. Almaklum lah, umah aku nih tepi ada tali air, belakang lak ada bukit, kaki Banjaran Hijau lau tak salah aku. Malam2 tak payah berangan lah nak pasang kipas, kang jd patung cendana kang. So agak2 korang boleh imagine tak tahap kesejukan kat sini?? Sebenarnya kesejukan terlampau nih sebab now musim kemarau, siang2 panas tahap tak hengat, malam2 sejuk gedi.. Awan takda kan. Siang2 panas straight to the surface, malam2 haba terbebas ke udara tanpa sekatan. Heh, berteori lak aku. Teori darjah brape ek nih??

Dah lari tajuk kan?? Oopss!! Jangan mare. Okes, now cont' balik. Sebenarnye, pagi nih mak aku ada masak mee goreng sebab nak bawak bekal p kebun. Musim panas gni kena p kebun awal sebab getah tak banyak kua lau time panas, pagi2 nih banyak la. So abah decide pegi awal. Plus lak ngah musim durian luruh, boleh kutip sekali. Kaitannye dengan aku plak, biler dah berjaga nih, perut pun mula nyanyi2

Rasa Sayang Hei,
Rasa Sayang2 Hei,
Hei Boleh Tak Bagi A..ku..
Makanan..

Huahuahuaha...
So, demi melaya kehendak perut terchenta, aku pun kt dapur. Haha, balance mama bawak p kebun ada nih. Nyum2. Sat2!!! Alang2 nak berjaga nih. Aku pun korek2 kopi, bancuh. Hulamakkk... Besh r layan2 mee goreng ngan kopi nih. Hai, makin bulat la anak dara sorang nih.
Tapi tak besh sket sebab makan sensorang. Mama and abah dah dekat 10 minit dah p kebun. Lau angah and along balik besh la jugak. Huhuhu.. nasib lah. Haih, takleh jadi ni. Perut dah jerit2 suh sambung makan. Daaa...

26 June 2009

Hometown here i come!!!

Halooo..

Hari ni nak cerita ape ek?? Hurmmm... mari perah2 otak cari idea..
Tinggg.. mentol lampu sudah nyala. Means? Idea sudah datang..

Kite start ngan semalam yer. Semalam kul 2.00 pm dah dapat golek2 atas katil. Lindunyer ngan katil nih. Hehe.. Tapi tak boleh nak enjoy2 sangat sebab due date u system dah dekat. Malam semalam plak hujan + badan letih giler tak cukup tidur dan kena lambung2 atas bas. So memang tidur nyenyak sampai mimpi pun tak peluang nak celah. Kesimpulannya, semalam tak dapat stay up nak buat keja.

Hari ni, dah sambung buat keja balik. Tadi nak edit satu table nih, pastu asyik takleh jer. Error po kobondo ntah.. Haila,haila..

So, amik keputusan nak drop jer table tuh n wt semula. Tengah2 hari mata pun start ala2 separuh terpejam, tapi tangan kena jalan gak. So, aku pun tak sempat bismillah, tekan DROP. Sekali haaa.. amik kau!!! Bukan drop table, drop satu database terus. Baru perasan. Rasa macam nak menjerit and garu2 rambut sampai jadi macam rambut Alleycats. Tapi ner boleh kan.. t mau abah aku fikir anak die dah gilos men komputer punye pasal. Haha.. Last sekali aku amik bantal n picit bantal tu kuat2 lepas geram. Rasa macam nak hempas2 barang, tapi memang salah tgn sendiri plus cuai. Tengok laptop pun rasa bak campak kat luar bagi jatuh jadi baja pokok rambutan jer. Tapi kang eden jugok y rugi.. Hailoh, hailoh.

Hurm lepas bantal itu ku picit2, amik deep breath and tatih2 wat baru. Setiap table and anak2 die wujudkan balik. Kena telly(betul ker eja gni?) ngan yang dalam coding gak, so tengok balik kat koding. Kang tak telly kang nak akses data pun tak dapek.

Yang kelakarnye abah perasan gak anak die ilang akal kejap. haha.. Elok jer die tanya..

"Kenape?"

"Ni hah, data ilang. Salah tekan. Geram tul."

"Owh, ingat ape. Sampai tergolek2 atas katil tuh."


Ehhh..aku golek2 ek?? Ha'aaahhh.. Sambil aku picit2 bantal tu, aku wat aksi guling-guling macam tenggiling. Hahaha.. tension bile part2 kite duk keja masa tu lah jugak segala macam benda nak jadi. Mau jadi tak center kejap. Ntahapahapantah jer la aku pun.

Harap2 sempat lar siap. :)

24 June 2009

Drama Queen O La La


Aku kadang2 tak paham kenapa ader orang nih jenis yang lau segala rase die tuh nak luah over2.

Ader kenal sorg manusia nih. Aku perasan yg die nih lau sakit die akan bersungguh2 terlentuk dalam kelas sampai lecturer pun tanye. Dah tak sihat takyah datang la, duk umah jer, t kitaorang bagi nota, datang wat tambah sakit buat ape, ye tak? Lecturer pun paham lau dah sakit, sok bagi jer mc. Ini klinik tanak g, padahal klinik free jer siap lintas klinik lak tu sebelum balik umah. Macam2. Lau die gembira bersungguh2 gak.. sampai mamak roti canai pun die nak bagitaw.

Lau die sedih lak bersungguh2 gak menangis.Kalau ader keluarga sakit ker taper gak. Ini kes kena marah ngan pakwe tak bagi keja part time kedai makan pun nangis2. Aritu time bapak sakit tader plak nak nangis sok sek sok sek sampai 3 pagi. Aduiii.. Lau aku malu dowh nk nangis depan2 orang sebab gaduh ngan pakwe sampai kul 3 pagi. Dah la tuh, duk sok sek sok sek kat sofa sampai kul 3 pagi, org tanya tanak bagitaw. Dah budak2 nih kepoh tanya aku apsal die nangis. Kang aku jawab, die sajer berlatih nak masuk bertanding filem "ibu mertuaku" kang baru taw. Alaaaa Kassssimmmmm.. Huahuahua...
Last2 aku geleng jer, malas nak kepoh bgtaw. Tadi masa makan die ader bgtaw kater pkwe marah keja kedai. Aku bulatkan mulut jer sambil kuar word 'ooooooo....' . Buhsan dengar dowh. Balik2 citer pasal pakwe, orang len pun ader pakwe gak. Aku lau nak cerita over2 pasal pakwe pun ngan bestfriend aku jer. Sebab sama2 rela hati bertukar cerita. Penyokong satu sama lain. Nih sume orang die nak story.

Yang aku paling kelakar tuh, die sok sek sok sek berjam2 air mata tader gak. Dah macam gaya cousin aku melalak tak puas hati sebab rebut keta mainan jerk gaya. Last2 aku letak headphone kat telinga. Bukak winamp, set sound full blast. Haha.. Pujuk pun kang lau dah berjam2 aku jadi statue of liberty kat sebelah die ape kes??? Nangis family aku anak dah jadi patung. Pastu Amerika lak gaduh ngan Malaysia duk claim hak masing2 atas klon statue of liberty nih.. Heh, tanak aku jadi punca masalah antarabangsa. Huahuahua.. perasan sungguh la Cik Ira nyotnyet..

Tapi ape pun aku okey ag r ngan minah nih. Die berjuta kali ag best sebenarnyer nak compare ngan anak kuntilanak yang suke bising tuh. Nak compare gan budak luar alam Nurul ngan Keyra pun die berjuta kali lagi bagus. Just die drama queen jerk sket. Dolu-dolu aku rasa die nak amik course seni persembahan, tapi die tak amik sastera. Dats y UiTM bagi masuk faculty aku. Hehe, papepon lau ader org bagi aku award suh pilih sape housemate plg best dlm umah ni, mesti aku pilih ko. Ko bek hati, chumel and ape lagi ekk..aku luper...

Lau si murai batu tu ngan kak min lak, walaupun degree nih manis persahabatan dah tak ku rasai, diorang still ku aggap antara kenangan manis dalam hidup aku. Diorang penah sekali wat aku terharu dengan belikan aku cake mase bday aku part 5 dip. Sungguh manis time tuh. Diorang sanggup ajak aku kua bandar wlupon time tuh ngah busy2 ngan NTSem. Aku ingat time tuh nak belanja roti canai jer ker, rupe2nyer siap kek n ntah pape ag tah., tapi tuh Kak Min sponsor rasenyer. Degree nih jer ape y dah jd wat aku tawar hati lagi nak semesra dulu. Ape pun aku salute kak min coz die maintain tak berubah kebaikan dr dulu sampai sekarang(tapi die lau murai batu wat ape pun die diamkan ajer, adik kesayangan lah kannn..huhu). Si murai batu tuh, ape yang die kepoh2 dulu pasal orang lain, now die pun 2 X 5 jer. Pastu baru aku perasan, die lau tader bestfriend die baru die dekat2 ngan orang len. Lau ader bestfriend die, selamat jalan romeo la kat orang len. Even Drama Queen pun dah perasan tentang perkara nih. Macam2 kan dah jadi Cik Ira???

Hurmmm..aku pun dah jadi penglipur lara bertauliah sekarang. Ditauliahkan aku sendirik..
Sungguh la macam2..

22 June 2009

Exam mode is over ;)


Hip, hip hoorey !!!


Done with paper ECO415. Oyeah.. Now i wanna go back to my hometown. But there's some work need to be settle before i can do that. Ehehe.. Part time job. I need to submit the system before end of this month. Have to.. Uhuh :(

20 June 2009

One Step Further


Agak2 ape korang pikir bile tgk caption tuh??

Heh, tader lar benda besar pun . Just currently i got freelance work to. To be specific, i had to built up a system for final year project. Excuse me!! Wasn't me okey.. Freelancing. It is belong to a student of OUM.

Due to i am so busy with my intersession, my progress exactly like Mr. Shelly Snail. Haha. So tonight i workhard to make sure at least one process can working. Anddddd... I made it. Haha..
Done with a few processes. Insyaallah, i can manage to finish it before the deadline if my spirit is always like this. Plus i may can add extra features and design in there. Buttt... If i continuous being Mr. Shelly Snail due to lazyness.. Wassalam. Fullstop. Alamat, hasil ala kadar jer la. Jangan tak sempat siap.

Bismillahirahmanirrahim...
Ya Allah, berikanlah aku ketekunan dan istiqamah dalam setiap yang hamba-Mu ini lakukan. Ku mohon keredhaan dan rahmat kasih sayang-Mu Ya Allah.
Amin,amin,amin.. Ya Rabbal Alamin.
Rabbana taqabbal minna dua' anna innakaan tassamiulla'lim.. Watub alaina ya maulana innakaan tattawaburrahim.
Subhanakallahumma watahiyatuhum fiha salam.
Waakhiru dakwahum anilhamdulillahirabbilalamin.

19 June 2009

Sambal Kuinin


okes ini buah kuinin yer bagi yang tatw,
gambar nih aku kidnapped dari blog kak Honeyliza

Heheh..

Ari selasa arituh angah datang anta buah kuinin yang abah kirim masa angah balik kampung weekend minggu lepas. Yelah anak manja die yang sorang nih tak dapat balik(aku sajer jer memperasankan diri sendirik nih! :)), dan buah kuinin kat pokok plak dah masak semua, tak nyabor2 tunggu aku balik. So, alternative bagus la sebab kebetulan school holidays and angah balik kg. Dapat lar aku merasa. semalam aku dah telan dua biji, haha.

Then, malam tadi bila perut aku dah nyanyi joget zapin usik mengusik mintak makanan. Aku pun terfikir...

nak makan ape ek..
analyze jap pe da dalam fridge
ayam, sosej, fries
kobis,sudip jagung..


em...aku pun terfikir untuk wat ayam perap, menarik gak nih. So aku g perap ayam se'simple ' yang buleh. Then, aku pikir ag.. tak cukup perasa la lau makan ayam jer. Ahah!!! lupe, timun ader. cicah sambal kicap yang memang dah ada stok dalam peti ais jer lah. Tapi..tibe2 gak bau buah kuinin tuh masuk dalam hidung aku. Ahah!!! lagii... haha

Aper lagi, idea sambal kuinin la. Aku korek2 cili api, ikan bilis, belacan, garam. Huhuh..lengkap.
Dan aku pun membising kat dapur dengan alu dan lesung yang berlaga satu sama lain.

Akhirnya, dapat gak aku makan malam tahap heaven. Haha.. bagi aku lah. Lau orang tak minat aku nak kata ape ya tak??? So, malam tadi dinner(dah lebih waktu supper dah pun, kul 1.17), aku pun melantak sepuas hati macam tak jumpa nasi seminggu. Semua gara2 sambal kuinin + ayam goreng perap resepi suka hati + ulam timun. Masa menggoreng penuh semangat aku cakap kat diri, kang nak amik gambar nih. Sekali, lupe daaa... Time duk sedap melantak baru ingat. Selamat la. Tak sampai hati pulak nak mendera perut aku untuk berhenti amik gambar. Apepun sangat puas hati dapat lepas geram makan sambal kuinin arini. Alhamdulillah..

Nak resepi ker??

Senang jerk. Macam sambal belacan biase.

Resepinyer :-

Tumbuk cili padi ngan garam. Then masuk belacan bile cili dah lumat. Tumbuk bagi sebati. Then tumbuk plak ikan bilis sket. Pastu lenyek2 buah kuinin yang dah di cincang. Siap. Ngapp :)

u/p: kuinin jangan lenyek hancur sangat. tak umph.. :)

18 June 2009

Yeay! Done with all classes of ECO415


Today is last day for this short semester. No more classes. Next Monday will be the examination day. After that???

Hometownnnnnn...wait for me!!! Hehe

Next July will be last semester for my first degree. Insyaallah. The proposal presentation had been done with flying colors and now i hope it will be the same for the development and presentation for the prototype of the application. Owh, my final year project :)

14 June 2009

Makan2 d Bangi

Hari ni Kat ajak makan2 kat umah dia. Alasan u makan2 dia
------> lau tak wat mkn2 nih jwbnyer aku ngan Kak Echah jer y makan. Dan tak berbaloi u masak sebanyak tuh u berdua.

So, tengahari kitaorang pun gerak p. Konon2 nak tolong makan jer lah. Sekali sampai Alamanda, Enche' ku nan sorang suh tanya kut Kat nak suh beli ais ker, senang tak yah dua tiga kali, tapi jawapan len y diterima.
------> taper aku p beli sendiri. Ko dah sampai ker?
aku -->kat Alamanda dah.
------> ko jalan2 lar dulu, sup tak empuk ag. aku terlambat bangun. hehe..

Bincang2 berdua, kitaorang pk bek p jer, tader mood nak berlepak2 kat Alamanda. Bek p leh tolong mana yang tak siap. So, elok aku sampai tak lama kendian Kat pun sampai. Patutlah kitaorang duk melahu kat luar, kol n meseg tak berjawab. Rupe2 nyer Kat pun kua p amik angah and uda, sebab diorang lupa jalan. Yang K.Echah ngan K. Zara kt dalam dah memg tak dengar sebab radio dah ala2 konti hot fm lagi berbunyinyer. Num phone lak tader.

So, lepas dah boleh masuk. Kacau dulu anak uda puas2. Pastu baru tolong masak sket2. Duk layan K.Zara yang penin pale pk puding mangga dah ketul2 terkuat api. Dah jadi keja kami duk menenyeh dlm tapis bg tekstur smooth. Sedar2 tunang K.Zara dah sampai. So, soto jer lah yang sempat kua. Hehe...

Ape2 pun, soto + bergedil + air jagung + air sarsi memang best. Puas hati dapat makan soto tuh. Tak sia2 pegi memenuhi jemputan. Kul 5 balik umah dengan 4 novel pertukaran ngan novel aku Rooftop Rant(Hlovate) dan novel2 Kat yang len yang kupinjam dipulangkan. Y baru pinjam tadi excited giler nak bacer wlupun sebenarnyer da bacer dalam softcopy. Ape lagi lau bukan Tunas and Aa+Bb (both by Hlovate). Pasni ader duit aku nak beli lar novel due2 ni + ag satu novel also by the same writer, yang tajuk 5 tahun 5 bulan. Cograts tu Kak Hlovate. Sume novel2 die best. Y novel kompilasi ngan Imaen n Noor Suraya tuh aku taknak beli sebab sedih(jalan cerita die sgt best pasal adik beradik, tapi last2 abang die meninggal). Taknak la aku simpan, kang baca nangis baca nangis. Kering airmata ku Kak Hlovate. Novel writer nan seorang nih memang sangat best bahasa sempoi tapi bukan bahasa jalanan okeyyy.. Cara penulisan die dapat menarik minat pembaca and penuh ngan nasihat dan hadis2. Eh lalut sudah.. dari makanan ker novel...huhu. Gambar soto terlupe nak amik walaupun sebelum g dah remind dalam otak berkali2 u ambil. Yang sempat diambil gambar anak ude jer. Tu pun malas nak transfer ag. Hehe...

Kasi jahit itu mulut kasi diam

Hari ni dari siang sampai maghrib rumah rasa sangat aman. Bila pas maghrib, time aku ngah best2 telan air liur tengok fries dalam kuali nganminyak menggelegak kedengaran kunci gril di buka dari luar. Dalam hati aku terus cakap, dia balik dah. Bersedia2..

Then, elok jer masuk ngan pintu tak tutup lagi( agaknyer nak tayang kot kawan2 serumahyer y sememang seksi meksi dalam umah ni), terus jerit

"Harghhh, jangan nek gunung!!!Penat siottt!!!"

Ha, kan aku dah kata.. Mesti akan hilang keamanan dunia. Tapi pastu yang bestnyer, sume wat2 tak dengar. Huahuahuahua..padan muka ko. Aku terus fokus gaya nak makan fries dalam kuali yang minyak ngah menggelegak and Cik Keyra and Cik Nurul terus focus ala2 Doraemon nak kua dari tv. Heheh.. Aku tak paham, bukan ada org paksa ko pegi nek gunung tuh, so jgn r bising. Aku nih dah segala macam nek gunung siap camping berhari2 ag, tdo dalam hujan suma. Tak bising pun.

Pastu aku pun selamber jer g tutup pintu and kata tau lah penat, tapi takkan sampai pintu pun tak nak tutup. Then, menjawab ag,

"A..aa...takk..nak kua japgi." aku pun bagi jer senyum perli and senyap.

Dah dekat sepuluh minit baru kua. Dah tu selama2 tuh, tayang kengkawan awak yang tengah tengok tv tuh??? Lau tibe2 geng penyamun masuk pun lebih dari sempat nak wat paper. Aduyaiiiii...

Minah nih memang ader jer jawabnyer kalau kena tegur. Macam kelmarin aku tegur, jangan lar campak kain basah dari washine machine tu ker dalam bilik air. Mercik air sabun masuk dalam baldi yang tadah air bersih tu. Aku bukan per kang kome2 gak yang duk nyeduk air dari situ wat air semayang lar(ko lar tuh), basuh sayur and buah lar..

Dia siap tanya aku balik,
"Masuk eh? "

"Masuklah.."

...takkan sebab aku mata 4 aku nampak, masalahnyer ko pun mata 4 gak. Lagipun akai ada apa.. Pikiaq lar sikit. Tulah masuk U tapi kalah orang masuk sekolah atap guna logik. Nenek aku yang tak p sekolah pun lagi pandai dari hang.

Then menjawab ag,

"taper japgi air tu saya nak guna gak u basuh kain"

.....kan aku dah kata. Dia memang takkan ngaku salah, ader ajer alasan nak membetulkan diri. Lantak ko lah.


Okes, now sambung balik pas die balik p beli makanan tadi. Aku dah masuk bilik. dah pasang headphone dengar lagu kuat2 jugak. Tapiiiii... aku still dengar suara die bercakap ala menjerit2, dan ketawa ala pontianak tersangkut rambut kat pokok durian. Cimpanzi sungguhhh. Apa die ingat die sorang jer ader suara? Lau suara macam bapak aku ker best gak, sedap telinga aku dengar, terubat gak rindu kat kampung. Oiittttt...pompuan!!! Awak tuh ponpuan cuba ckp slow2, kiter nih duk umah berkongsi bumbung ngan orang len tahu tak??? Tak payah r nak bagi sampai suara tuh dengar dek satu blok nih oiiii...Aduiiiii....Time2 gini aku teringat ceriter X-men Origins. Aku terasa nak wat macam Pegawai tentera y jahat tuh wat dekat mamat yang banyak cakap tuh. Kasi jahit dia punya mulut kasi diam. Pastu aku terbayang pulak, muka dia pas kena jahit. Aku nak jahit crosstitch(betul ker aku eja?) dengan benang warna warni. eeee....comelnyer ko.. Huahuahua..

Da macam gaya killer kelas satu kan aku??? hahaha.. jangan riso aku cakap jer. Aku taw lagi apa betul apa salah. Tak kuasa aku belajaq bertingkat2, last2 terperosok kat bawah tingkat( penjara bawah tanah?). Huahuahua...Habis2 pun blog ni jelah jadi tempat otak aku meluahkan kata. Pastu lagi aku rasa macam nak mencarut macam yang org2 tua kat kg yang tak berapa bermoral tuh mencarut. Haa.. baru ko taw. Mesti lau anak beruk dengar, dia pun rasa nak masuk balik dalam perut ma dia, tak nak dengar punya pasal. Tapiii... aku setakat rasa jer lah, nak cakap kang rosak akhlak aku. Huahuahua...


13 June 2009

Liulian


Kalau bahasa melayu kita panggil durian. Liulia nih dalam bahasa mandarin. hehe
Citer pasal durian, aku memang favorite sangat buah nih. Boleh makan bile2 masa. Masa bersahur, sebelum tidur, sarapan pagi, makan petang or makan malam. Tak penah tolak. huahuahuahua...

Okes sekarang nih musim durian, kalau negeri Pahang nun dah nak habis musim dah pun. Kalau negeri Perak nun baru mula luruh. Disebabkan now aku ngah intersesi tak dapat lah enjoy2 durian macam kat kg. huhu :(

Ujung minggu lepas kebetulan balik umah angah di Putrajaya, dan mungkin angah tau kot ke'hantu' an adik nyer trehadap raja segala buah ni, maka dapatlah aku makan buah durian. Yang dia beli tuh jenis musang king ker pekenama ker jenisnyer ntah la, angah kater ag y nih atas sket dari D24. lebih kurang camtu lah. Mahal satu peket RM10. Die p beli berpeket2. Lau aku tuh lum tentu ag beli. Tapi dah tetibe jer rezeki depan mata kannnn... angah lak buat operasi makan2 di tengah malam, adik die nan sorang ni memang tak tolak lak. Kitaorang menikmati durian tuh lepas sepeket, sepeket ag sambil Ain(anak sulung angah) duk main2 tanpa menghiraukan abah dan acu nyer melayan durian. Heheh...

Semalam kua ngan Enche' Kinomoto Will pegi beli barang untuk die p picnic arini. Kebetulan lak stall durian depan Giant tuh dah nak tutup, so die sale jer durian tuh. Dari sepeket RM15 dah jadi beli satu dapat 2. Cina tuh kate yang nih jenis D2. Huhuh... Enche' aku pun dah siap tanya nak ke tak? aku tarik sengih tak malu jer la sambil cakap 'nakkkkk' panjang2. Heheh..
So kitaorang santap durian tuh kat Anggerik Seafood sekali ngan makan malam. Cedappp...

Now nak tunggu balik kg ag dua minggu. Nak makan yang boleh koyak kulit sendiri. Baru besh.. Hurm cepat lar bis short sem nih.. Huhu

Tomyam Kong!!!



Heheh.. betul ker eja Kong gtu?? Entah la. Ni style aku masak tomyam y terbaru aku belajar dari seorang kawan. Credit to her :)

Tomyam nih beza die bwg besar + perencah tomyam + serai kiter blender. Nak berasap makan blender lar cili api sekali, jangan banyak2. Kang cirit birit melanda diri. Hehe...

Barang2 len macam biase. Aku wat nih tumis bwg putih y dah diketuk, then dah kuning2 n naik bau bawang putih boleh la tumiskan bahan2 y dah di blender lak. Lain2 masuk macam biasa, ayam jangan lupe tumis bagi air2 ayam kua dulu. Takder la t mengadu hanyir ker ayam tak cukup masa ker(aku wat tomyam ayam jer, lau wat tomyam campur seafood2 pun kena wat macam ayam gak). Rasa die memang beza la compare bile kiter masak bawang besar tuh potong2 serai lak diketuk2 jer. Aku wat nih pun tak cukup bahan sangat, contoh aku tak masukkan kobis bunga ngan cendawan pun. Tapi kurang dari segi bahan jer, rasa still ada improvement(pendapat aku lar).
Sila lah cube :)

12 June 2009

My new blogheader *wink*

Okes, since ader komen membina dari Enche' Kinomoto Wil tentang old blogheader. So, here come this new blogheader. Hehe..

~my new blogheader~

~the previous blogheader~


~masa duk men2 designing tools tuh, tetibe jerk rasa cantik black color ni, nak letak sbg blog header mls nak wt template hitam n malas nak cari juge~

Now ngah bercita2 nak wat blog y ader 3 column tuh.. dah jumpa template, tp tataw la boleh set header sendiri ker tak. Lau tak kena tatih2 wat template sendirik lar... aduhaiiii...

07 June 2009

Jangan sampai menangis di kemudian hari


Salam. Apa khabar semua orang? hehe..

Sebelum aku start bebel kali ni, aku nak tanya korang beberapa soalan?

  1. Korang tau dari mana korang datang?
  2. Korang agak dah berapa banyak pengorbanan keluarga especially mak ayah korang semenjak wujudnya korang?
  3. Berapa pentingkah keluarga especially mak ayah buat korang?

Okey la, jum proceed ngan citer kali ni. Kali ni aku nak citer pasal dua orang gadis yang ku kenali dalam kesibukan ku menuntut ilmu di bumi Allah yang maha luas ni. Katakanlah seorang ni nama Nurul and sorang ni nama Keyra. Macam yg korang taw, bile kiter masuk atau pun perlu tinggal dalam satu suasana yang baru dimana masing2 tak mengenali memang cepat je kiter akan dapat kumpulan sendiri (clique). So, masa first masuk dulu si Keyra ni rapat gak lah nganJustify Full aku and Nur(my roomate). Nurul lak rapat ngan lagi satu clique nih. clique nurul nih terdiri dari golongan girls yang saham tinggi lar( boleh dikatakan ada dua tiga orang dlm clique nih memg lawa2 lar, so kitaorg panggil group dak glamor). Relations ngan family lak both Keyra and Nurul sangat rapat ngan keluarga. Nurul setiap minggu nak balik kampung tengok family dia( dia anak perempuan bongsu dan paling rapat ngan ibunya, Dia juga lah yang paling baik dalam menjaga hati ibunya) while Keyra pulak sentiasa bergayut di telefon ngan family die (itu sikit Mama, ini sikit Abah).

Lepas setahun lebih kenal, seperti biasa masing2 pun tend to close with people that they really feel comfortable with. Kebetulan bagi satu sesi baru pembelajaran Nurul dan Keyra ditakdirkan dapat sebilik. Selepas setahun ditakdirkan sebilik Keyra dan Nurul macam dah berevolusi menjadi orang lain. Ramai yang terasa hati hasil evolusi mereka berdua. Aye kawan baik Nurul merasa sungguh kecewa bila Keyra seakan menyekat Nurul dari terus berkawan dengan Aye. Syam dan Nur yang memang selalu sahaja sanggup melakukan apa sahaja, yang menjadi tempat Keyra meluah perasaan bila duka dan gembira juga Keyra turut tinggalkan. Keyra sehingga membuat Syam seolah tidak pernah dikenali nya. Akhirnya hubungan persahabatan terputus setelah kami menamatkan pelajaran dengan hubungan persahabata yag telah terurai antara mereka semua.

Setelah hampir setahun berlalu, tak seorang pun dapat menghubungi Nurul dan Keyra ( mereka melakukan kursus praktikal bersama). Ditakdirkan kemudian aku lah manusia yang terjumpa mereka semasa aku mendaftarkan diri untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Masa aku jumpa tu, Keyra lansung tak nak pandang muka aku hanya Nurul yang sekadar bertukar sapa sekadar sepatah dua(ekkkk, apa lak ngan aku pun cari pasal nih).

Okey, nak senang cerita first sem aku memand dah duduk rumah sewa sebab aku da kawan dari sekolah menengah yang ajak aku duk ngan dia while Keyra dan Nurul duduk di dalam kampus( kitaorang dah selalu gak bertegur sapa kerana masih fakulti yang sama). Then bila sampai hujung sem aku dah kena cari housemate baru and Keyra and Nurul pun dah kena mencaru umah sewa. Disebabkan masing2 nak senang kitaorang pun amik mudah plan nak menyewa sekali. So, 11 Mei 2008 kitraorang pun mula menyewa. Sepanjang aku menyewa bersama dapat lah aku lihat sikap sebenar mereka. Nurul dah macam bini kepada Keyra ajer gayanya. Memasak Nurul, membasuh, menyidai dan melipat pun dia( termasuklah kecik2 tuh), sebelum tidur kena Keyra tidur dulu baru Nurul boleh tidur and lau bangun tidur Nurul tader sebelah mesti Keyra akan mengamuk sepanjang hari. Mengamuk plak boleh siap pukul2, Nurul sentiasa ajer lebam di lengan, lebam di lutut, calar2 kena cakar ngan kuku Keyra. Keyra lak asal mengamuk tahap tertinggi jerk amik pisau kurung diri dalam bilik and start bebel pelat2 macam budak baru jadi. Pastu Keyra pun tak benarkan Nurul balik kampung seboleh mungkin di sekat. Kalau Nurul balik pun Keyra sampai pesan jangan bergaul ngan family, jangan makan sekali, duduk jer dalam bilik. Lau da sampai musim cuti seorang2 nak balik sampai berturut2 dek family baru balik.

Pernah gak la kakak Nurul bercerita yang mak Nurul sampai menangis2 tanya bile Nurul nak balik. Sampai mak ayah Nurul datang rumah sewa aku nak tengok Nurul dan merayu ajak balik. Aku sedih tengok mak Nurul. Itu Nurul baru belajar jauh sudah membelakangkan family, kalau dah bekerja makan gaji besar agaknya keluarga pun tak dapat kesan mereka menyorok dimana. Masa first kakak Nurul datang cari pun sekadar taram jer ketuk2 pintu tanya Nurul tinggal sini ker tak. Keyra memang dah tak heran keluarga die, seboleh mungkin die hanya nak bersama Nurul. Die cuba mempengaruhi Nurul dengan membelikan kasut dan kain baju. Maklumlah Keyra nih background memang anak businessman. Apa die pikir duit boleh menggantikan keluarga ker?

Kalau pergi kelas pulak, Nurul jerk yang bawakkan sume harta benda Keyra. Keyra lenggang2 kangkong golek2 bontot jerk sambil betul2 tudung. Kalau kerja group memang nampak lah Nurul yang berjaga menyudahkan, Keyra dah selamat dah tidur. Mudah jer keja die kan. Tapi Keyra nih memang dari dulu masa kami satu kos pun time keja group die tidur jer. Lau ikutkan aku memang tanak group ngan die tapi Nurul selalu jerk nak bagi die masa group kitaorang. Die nih jenis time wat keja jer, duk landing2 pastu kemudian kater nak balik bilik jap. Pastu dah 4, 5 jam kemudian datang balik tersengih2 cakap tertidur sambil buat suara manja2. Keyra nih memang pandai dalam teori hafal menghafal nih, tapi baba buat aplikasi macam nak bina system and wat programming segala die tumpang nama jer.

Sehingga sekarang nampakyer Keyra masih begitu dan Nurul pulak yang juga pandai dalam pelajaran masih juga Pandir dalam menilai hidup. Sanggup membelakangkan keluarga hanya kerana Keyra. Kadang masa aku terfikir pasal bila masalah mereka ini akan berakhir, aku terfikir sesuatu yang mungkin bila mak @ ayah Nurul tiba2 jer tader kat dunia ini lagi agaknyer macam mana yerk? Aku agak la baru time tu taw nak korek kubur mak @ ayah kot.

Nurul pernah lah cakap die rindu kan family nak hidup normal macam dulu tapi bila kita nasihatkan tak bertindak2. So, apa aku boleh buat? Aku teruskan tengok dan aku nak tunggu apakah pengakhiran kisah mereka.

p/s: aku tak hebat nak ngolah cerita, harap2 pembaca paham apa aku tulis. Cerita di atas adalah kisah benar yang dimana nama watak2 telah ditukar. Kepada readers, aku harap dalam apa keadaan pun ingatlah dari mana kamu datang dan hargailah orang tua sebelum sesal kendian hari.