SaHaBaT @ FrienDs
11 November 2008
ReNunGaN - DiTeRiMaKaH AmaLaN KiTA?
Imam Abdullah bin Al Mubarak lah.a telahmeriwayatkan di dalam kitab Al Zuhd dengan sanadbeliau daripada seorang lelaki (iaitu Khalid binMaadan) yang pernah berkata kepada Muaz binJabal: "Wahai Muaz! Ceritakanlah kepadaku sebuahhadis yang pernah engkau dengar daripadaRasulullah s.a.w."Berkata Rawi hadis tersebut (Khalid bin Maadan) laluMuaz menangis sehingga aku sangka ia tidak dapatberhenti tetapi akhirnya Muaz berhenti daripadatangisannya kemudian lalu Muaz berkata. Akumendengar Rasulullah s.a.w pernah bersabdakepadaku: Wahai Muaz! Sebenarnya aku mahumenceritakan kepada kamu sebuah hadis jikalauengkau mampu memeliharanya pasti ia akan memberimanfaat akan dikau di sisi Allah tetapi jika engkaumensia-siakannya dan tidak memeliharanya makaakan terputuslah hujjahmu di hadapan Tuhan padahari kiamat nanti.Wahai Muaz! Sesungguhnya Allah s.w.t telahmenjadikan 7 orang malaikat sebelum ia menciptakanlangit dan bumi kemudian lalu ditentukannya padasetiap langit seorang malaikat daripada mereka untukmenjaga pintu langit tersebut. Lalu naiklah malaikatHafazhah membawa amalan seseorang hamba yangdilakukannya mulai dari pagi sampai ke petang.Amalan tersebut mempunyai nur bagaikan cahayamatahari, sehingga apabila malaikat Hafazhah yangmembawa amalan hamba itu sampai ke langit yangpertama.Mereka menganggap bahawa amalan itu baik dansangat banyak lalu bekata malaikat penjaga langitpertama itu bagi malaikat Hafazhah: "Pukulkandengan amalan ini akan muka orang yangmengerjakannya. Akulah malaikat penjaga ghibah(mengumpat). Allah telah menyuruhku supaya akutidak membiarkan amalan orang yang mengumpatorang lain itu dapat melalui aku untuk terus naik keatas."Kemudian datang pula malaikat Hafazhah membawaamalan seseorang hamba. Mereka menganggapbahawa amalan itu sangat baik dan sangat banyak(Malaikat itu berjaya melintasi langit yang pertama)sehingga mereka sampai ke langit yang kedua laluberkata malaikat penjaga langit yang keduaitu:"Berhenti kamu di sini dan pukulkan denganamalan ini akan muka orang yang mengerjakannyakerana ia menghendaki dengan amalannya akanmendapat keuntungan dunia. Allah telah menyuruhkusupaya aku tidak membiarkan amalan orang sepertiini melintasi aku untuk terus naik ke atas. Selaindaripada itu ia juga suka membesarkan diri di dalammajlis perjumpaan. Akulah malaikat penjagakebesaran."Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawaamal seseorang hamba yang penuh dengan sinarandan cahaya daripada pahala sedekah, solat, puasa.Para malaikat Hafazhah merasa hairan melihatkeindahan amalan tersebut lalu mereka membawaamalan itu (melintasi langit pertama dan kedua)sehingga sampai ke pintu langit yang ketiga makaberkata malaikat penjaga langit ketiga itu:"Berhentikamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akanmuka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikattakkabur. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkanamalan orang yang takkabur dapat melintasiku. Orangitu sangat suka membesarkan diri di dalam majlisorang ramai."Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawaamal seseorang hamba. Amal itu bersinar-sinarseperti bersinarnya bintang yang berkelip-kelip.Baginya suara tasbih, solat, puasa, haji dan umrah.Para malaikat Hafazhah berjaya membawa amalan itusehingga sampai ke langit pintu yang keempat makaberkata malaikat penjaga langit keempat itu: "Berhentikamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akanmuka orang yang mengerjakannya, belakang danjuga perutnya. Akulah malaikat ujub (bangga dengandiri sendiri). Allah menyuruhku supaya tidakmembiarkan amalan orang yang ujub dapatmelintasiku. Ia beramal adalah dengan doronganperasaan ujub terhadap dirinya."Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawaamal seseorang hamba sehingga mereka berjayasampai ke pintu langit yang kelima seolah-olahamalan itu pengantin yang dihantar (disambut) kerumah suaminya (maksudnya amalannya itu berseri-seri) lalu berkata malaikat penjaga langit yangkelima: "Berhenti kamu dan pukulkan dengan amal iniakan muka orang yang mengerjakannya dancampakkanlah di atas tengkoknya. Akulah malaikathasad ia sangat hasud kepada orang yang belajarilmu dan beramal seperti amalannya. Ia hasut akanorang lain yang melakukan sebarang kelebihan didalam ibadat, ia juga mencela mereka. Allahmenyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalanorang yang hasud ini melintasi aku."Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawaamalan seseorang hamba. Baginya cahaya sepertibulan purnama daripada solat, zakat, umrah, jihaddan puasa. Malaikat Hafazhah berjaya membawaamalannya sehingga sampai ke langit yang keenamlalu berkata malaikat penjaga langittersebut: "Berhentilah kamu dan pukulkan amalan iniakan muka orang yang mengerjakannya kerana iatidak belas kasihan kepada hamba-hamba Allah yangterkena bala dan kesusahan bahkan ia merasagembira dengan demikian. Akulah malaikat rahmat.Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalanorang yang seperti ini dapat melintasi aku."Kemudian naiklah pula malaikat Hafazhah membawaamalan seseorang hamba. Amalan itu ialah solat,puasa, nafkhah, jihad dan warak. Baginya bunyi(maksudnya bunyi zikir) seperti bunyi lebah danbaginya cahaya seperti cahaya matahari dan naiklahbersama dengan amalan itu 3000 orang malaikat.Mereka telah berjaya membawanya sehingga sampaike pintu langit yang ketujuh maka berkata malaikatpenjaga pintu langit tersebut:"Berhentilah kamu dan pukulkan dengan amalan iniakan muka orang yang mengerjakannya bahkanpukulkan pula akan seluruh anggota badannya dantutupkan ke atas hatinya. Akulah malaikat sum’ah(ingin masyhur). aku akan menghalang amalan orangyang riak dari sampai kepada Tuhanku. Ia beramalbukan kerana mencari keredhaan Allah tetapibertujuan supaya mendapat tempat yang tinggi di hatipara fukaha dan supaya disebut di kalangan paraulama dan supaya masyhur namaya di meratatempat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkanamalan orang yang riak itu melintasi aku, keranasetiap amalan yang tidak ikhlas adalah riak dan Allahtidak akan menerima amalan orang yang riak."Kemudian naik pula malaikat Hafazhah denganamalan seseorang hamba. Amalan itu berupa solat,zakat, puasa, haji, umrah, akhlak mulia, banyakberdiam (daripada yang tidak berguna) dan banyakberzikir. Amalan hamba ini diusung oleh para malaikatpenjaga tujuh petala langit sehingga mereka melintasisegala halangan dan sampai kepada Allah. Paramalaikat itu berhenti di hadapan Allah dan bersaksidengan keikhlasan dan kebaikan amalan tersebut laluAllah berfirman kepada para malaikatnya: "Kamuadalah yang bertugas menjaga amalan hambaKu inidan sebenarnya aku lebih mengetahui dengan segalaisi hatinya dan aku lebih mengetahui apa yangdimaksudkan oleh hambaKu ini dengan amalannya.Dia tidak ikhlas kepadaKu dengan amalannya. Diamenipu orang lain, menipu kamu (malaikat Hafazah)tetapi tidak boleh menipu aku. Aku adalah MahaMengetahui”.“Aku melihat segala isi hati dan tidak akan terlindungbagiKu apa sahaja yang terlindung. PengetahuanKuatas apa yang telah terjadi adalah sama denganpengetahuanKu atas apa yang bakal terjadi".“PengetahuanKu atas orang yang terdahulu adalahsama dengan pengetahuanKu atas orang-orang yangdatang kemudian. Kalau begitu bagaimana hambaKuini menipu aku dengan amalnya ini?”"Ia sebenarnya tidak menghendaki akan aku denganamalan tersebut. Ia hanya menghendaki sesuatu yanglain daripadaKu. Oleh kerana itu maka aku turunkanke atasnya akan laknatKu."Dan ketujuh-tujuh malaikat berserta 3000 malaikatyang mengiringinya pun berkata, “Ya Tuhan, dengandemikian tetaplah laknatMu dan laknat kami sekelianbagi mereka."Dan semua yang di langit turut berkata, “Tetaplahlaknat Allah kepadanya dan laknat orang yangmelaknat”.Sayidina Muaz (yang meriwayatkan hadis ini)kemudian menangis teresak-esak dan berkata, “YaRasulullah, bagaimana aku boleh selamat dan apayang diceritakan ini?”Sabda Rasulullah saw., "Hai Muaz, ikutilah Nabimudalam soal keyakinan”.Muaz bertanya kembali, “Ya, tuan ini Rasulullahsedangkan saya ini hanya si Muaz bin Jabal (hambaAllah bukan Rasul), bagaimana saya boleh selamatdan boleh lepas dan bahaya tersebut?”Bersabda Rasullullah, “Ya begitulah, kalau dalamamalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmujangan sampai memburukkan orang lain. Ingatlahdirimu sendiri pun penuh dengan aib maka janganlahmengangkat diri dan menekan orang lain”.“Jangan riak dengan amal supaya amal itu diketahuiorang. Jangan termasuk orang yang mementingkandunia dengan melupakan akhirat. Kamu janganberbisik berdua ketika di sebelahmu ada orang lainyang tidak diajak berbisik. Jangan takabbur padaorang lain nanti luput amalanmu dunia dan akhirat danjangan berkata kasar dalam suatu majlis denganmaksud supaya orang takut kepadamu. Janganmengungkit-ungkit apabila membuat kebaikan, janganmerobekkan (pecah belah) peribadi orang laindengan mulutmu kelak engkau akan dirobek-robekoleh anjing-anjing api neraka jahanam”.Sebagaimana firman Allah yang bermaksud, “Dineraka itu ada anjing-anjing perobek badan manusia”.Muaz berkata, “Ya Rasulullah, siapa yang tahanmenanggung penderitaan semacam itu?”Jawab Rasulullah SAW., “Muaz, yang kami ceritakanitu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan olehAllah SWT. Cukuplah untuk menghindar semua itu,kamu menyayangi orang lain sebagaimana kamumengasihi dirimu sendiri dan benci apa yang berlakukepada orang lain apa-apa yang dibenci oleh dirimusendiri. Kalau begitu kamu akan selamat dan dirimupasti akan terhindar”.Wallahu'alam....Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:“Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandangkepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allahhanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.” (Riwayat Muslim)Katakanlah: "Wahai hamba-hambaKu yang telahmelampaui batas terhadap diri mereka sendiri(dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlahkamu berputus asa dari rahmat Allah, keranasesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa;sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani. (Surah Az-Zumar: 53)“Wahai umat manusia! Sesungguhnya sudah datangkepada kamu al-Quran yang menjadi nasihatpengajaran daripada Tuhan kamu, dan yang menjadipenawar bagi penyakit batin (hati) yang ada dalamdada kamu dan menjadi hidayah petunjuk untukkeselamatan serta membawa rahmat bagi orangberiman.” (Surah Yunus: ayat 57).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Apa kata mereka?