Shoppe~In

SaHaBaT @ FrienDs

29 February 2012

Kes Taska Tampal Mulut Bayi

Semalam kita dikejutkan dengan berita pengasuh taska tampal mulut tu. Mungkin ade y belum taw. Ni ha beritanye kuar kat metro, Tampalmulutbayi. ni pulak video yang disharekan di facebook, video-dera-bayi-dibalut-kain-dan-diikat. Astagfirullah...sanggup diorangkan. Semua seriau nak hantar taska dah sekarang.
Aku pun sangat risau, ramai2 kawan2 suggest supaya aku hantar anak ke babysitter since anak aku kecik lagi. sangat dilema, aku sekarang ni teringat pesan kak wan..aku letakkan anakku dalam jagaan Allah S.W.T. walau dimana pun anakku berada.

Memang sangat menakutkan bila tengok kes taska ni, tapi macam mana kalo hantar kat baby sitter, then baby sitter pun wat macam ni jugak? bila difikirkan, kalo kat taska ade 4,5 orang penjaga. kalau la kan...ade kes y tak elok macam ni. mungkin ade antara penjaga tersebut akan breech kegiatan y lg sorang. kalo kat baby sitter, ade die sorang jer. so chances kalo benda ni jadi siapa nak breech kan maklumat tu? semalam ade colleague bgtaw, ade kes.. parents ni die risau sangat hantar taska yang jaga ramai2 ni, or babysitter ni sebab baby sitter pun bukan berdaftar atas JKM kan. so die hantar taska y establish giler, y siap bayar RM700 sebulan in order nak mendapatkan seorang pengasuh satu penjaga. But there is also something happen. tibe2 baby nye pengsan, lepas di xtray. ade darah beku dalam kepala sbbnye kena goncangan y kuat. tu taska mahal tu. lepas tu dulu kan ade kes kat babysitter, y suaminye mel*w*t baby girl yang dijaga isterinya. Mcm mana plak ngan kes nih? Even dulu ade kes, atok y r*g*l cucunya. Nauzubillah min zalik.

kesimpulannya, kat mana-mana pun benda ni boleh jadik kalau ditakdirkan ia terjadi. Ape yang kite leh buat pantau kat mana kita hantar anak kita. Siapa tak sayang anak kan. 9 bulan mengusung kesana sini dalam perut. Menahan sakit contraction, bertarung nyawa nak keluarkan anak, berjaga malam lepas dah keluar. tiap2 hari mengusung beg pump nak pump susu u stok anak kat taska. Risau perut even anak kurang minum atau berak terlebih dari biasa. Sakit jiwa tengok kesan nyamuk gigit anak. Berkira nak beli barang sendiri demi anak. Mestilah tersangat sayangkan.  Memang MAMA TERSANGAT SAYANGKAN AULIA, LEBIH DARI NYAWA MAMA SENDIRI, MAMA MAHU YANG TERBAIK BUAT AULIA...mama buntu nak buat keputusan bila kawan2 mama suggestkan mama hantar Aulia kat babysitter,ape yang mama boleh lakukan mama berdoa dan letakkan Aulia dalam jagaan Allah S.W.T. sentiasa. Insyaallah mama akan sentiasa pantau Aulia kat taska.

p/s: maaflah ni entry emo, emo nak bagi y terbaik buat anak. too many path too choose. kena istiharah gayanye.

28 February 2012

Kempiskan perut tanpa senaman

Nak sangat post something, tapi tak taw nak post ape. so main-main google terjumpa cara nak kempiskan perut tanpa senaman. bukan sahaja tanpa senaman, tanpa ubat-batan jugak. dan lebih baik boleh dilakukan dimana-mana. menarik kan. haha... aku tak buat lagi. tapi boleh la kan nak share.

Langkah-langkahnya:

1. Kempiskan perut anda seberapa kempis yang boleh.
2. Tahan selama 10 saat(atau lebih).
3. Lepaskan.
4. Ulangi langkah2 di atas sebanyak 8 kali dan lebih.

Effect die lebih kurang macam kita lakukan sits up. so pilih la nak buat sits up ke nak buat nih. mari kita sama2 cuba. yeay!!! tak perlu la nak mam tummy trim segala bagai. perut slim2, no no tummy trim... haha. aku tengah mengong ;)

credit to : mychibibox.com

24 February 2012

Dilema Mama

Semalam terjumpa babysitter y boleh babysit Aulia. Sangat dilema..


dari segi kos nyer baby sitter amek murah rm100 dari taska

dari segi capacity baby sitter ni memang lum ada jaga dak lain, taska dlm bilik aulia ade 3 org currently and aulia plg kecik, lg dua dah 5 bulan lebih.

dari segi penjagaan , dua2 ok kot. kalo dengan baby sitter makcik ni dah 50 lebih kurang so die pandai jaga baby,siap kwn aku recommend la cara die jaga. kat taska pun ok gak sebab aulia mcm selesa jer dengan pengasuh die tu. pengasuh die muda setahun or sebaya ngan aku gitu la.

dari segi surrounding, kt umah baby sitter aulia tak akan belajar tapi kalau kat taska akan ade method2 belajar die. aku suke tengok dak2 tu belajar.


aku tau aulia masih kecil, so bukan nak beljar nyanyi2 semua tu, tapi aku riso kalo aku bawak aulia pindah skrg dan nanti setahun dua hantar dia pegi taska , owner taska tu taknak terima plak. yelah rumah baby sitter ni dekat jer ngan rumah aku and owner taska tu, tambah lak baby sitter tu adalah ex-worker kat taska tu. mesti nanti owner tu akan rasa something2 kan. haish...dilema sungguh rasanya.

pros paling besar kat baby sitter, murah and aulia sorang. so nak kena selsema semua memang payah. tau jelah baby nih imunisasi nye rendah lagi. senang sket nak jangkit2 nih. cons pulak kalo tetiba makcik ni nak cuti kena la aku bercuti, takpun kalo makcik ni bawak anak aku keluar jenjalan sekali kang aku la pulak y tak senang duduk . bukan risau jagaan dia masa di luar, risau kot masa kat luar unexpected incident happens.

pros paling besar kat taska pulak, nanti aulia boleh learn. belajar berdisiplin, bergaul2. memang la ada budak sorang2 membesar pun sangat berdisiplin and pandai bergaul. cuma kat taska chances mungkin lebih mudah. lepas tu kat taska, anak aku insyaallah memang akan ade kat situ jer. jumpa kawan n cikgu nye aje. takkan bebas keluar sebab cuma aku and hubby jer y akan amek die dari taska. cons pulak, kos lebih mahal dan kecik2 ni aulia senang la kena selsema tu. ni pun selsema lagi...kejap kering. nanti ade balik. aulia tengah tekun menghabiskan antibodi.

Takziah buat keluarga Faris Nur Daniel

tak mampu u berkata panjang.

http://www.mazidulakmal.com/2012/02/airmata-faris-mengalir-sebaik-menutup.html

21 February 2012

MATA FARIS TERBUKA TETAPI ... (HARI KE 19 - 20 FEBRUARI 2012)

Entry ni saya repost semula dari blog  BERSAMA MAZIDUL atas dasar prihatin seorang ibu. 2 hari lepas saya ternampak post ni share oleh salah seorang kawan FB share. namun saya tidak endahkan disebabkan kesibukan. pagi tadi saya tergerak hati untuk membaca kisah adik faris ni di DIALOG UDA. kemudian saya teruskan membaca ke blog BERSAMA MAZIDUL. sungguh sebagai seorang ibu, hati saya terusik. sekiranya ada pembaca blog saya yang sudi menyumbang, saya ucapkan ribuan terima kasih. semoga Allah jua yang membalas jasa2 saudara saudari. Nombor akaun maybank ayah adik Faris di sertakan dalam post di bawah ini. Kalau tidak banyak Rm1, RM2, RM5 pun tidak mengapa. Moga sumbangan kita itu dapat membantu adik Faris memperoleh kehidupannya semula. Buat adik Faris Nur Daniel, acik doakan Faris kuat dan tabah dalam menghadapi cabaran kehidupan. Amin.


Baca disini mengenai detail adik faris oleh saudara Mazidul Akmal - 
MARI BERSAMA KITA MEMBANTU FARIS UNTUK TERUS HIDUP DENGAN IZIN ALLAH  

'STM' (AKRONIM PALING BERMAKNA KEPADA FARIS)

GAMBAR TERKINI FARIS (MUNGKINKAH DIA MAMPU TERSENYUM KEMBALI?) 

di bawah ialah post keempat saudara Mazidul mengenai adik Faris. 

 

MATA FARIS TERBUKA TETAPI ... (HARI KE 19) UPDATED

Jam 5.15 petang semalam, saya tiba di Sime Darby Medical Center, di Subang Jaya, Selangor. Sebagai blogger, saya membawa bersama kamera digital ke lokasi.


Berikutan tidak melihat notis atau papan tanda dilarang merakamkan gambar, dalam perjalanan ke North Tower, saya rekodkan gambar berikut.


Hampir jam 5.30 petang, saya tiba di luar Neonatal Intensive Care Unit, NICU. Ketika itu ayah Faris, Shamrulismawi IsmaiL, 38 tahun, sedang berbual bersama beberapa penduduk taman tempat tinggalnya, hadir untuk ziarah.


Syukur, sewaktu mendepani saat getir, saudara dan rakan datang meluahkan rasa simpati serta menghulurkan bantuan.


Tepat jam 5.30 petang, Sham menjemput saya masuk ke NICU untuk melihat keadaan Faris di dalam bilik berdinding cermin.


Waktu itu, hanya ibu Faris, kakitangan Celcom, Zuraine Mohamad dan jururawat bersama anak kecil berusia 6 tahun sedang bertarung dengan nyawanya itu.

"Dia boleh bernafas tetapi bergantung seratus-peratus kepada bekalan oksigen. Sejak sejam tadi, apabila dos ubat tidur dikurangkan, Faris mampu membuka matanya," ujar Sham kepada saya.


Dari jauh saya melihat dada kecil Faris turun naik, kencang. Matanya terbuka luas seakan mampu melihat kelibat ibunya setia duduk dan berdiri di sebelah anak bongsu itu.

Sebelum melangkah masuk ke unit terbabit, saya melihat beberapa notis di tampal di dinding berhampiran pintu masuk. 


Hanya kelihatan notis larangan merokok dan menggunakan telefon bimbit.


Bagi saya, hanya orang tidak waras sahaja tergamak merokok di dalam bangunan hospital. Telefon bimbit? Jika diperhatikan dikebanyakkan hospital, sebilangan kakitangan pusat perubatan juga didapati menggunakan alat komunikasi itu. Justeru tidak hairan jika ahli keluarga pesakit dan pelawat sering dilihat berhubung menggunakan telefon bimbit.

Jika merakam gambar tidak dibenarkan dan dianggap hal teramat penting, pasti notis larangan penggunaan kamera ditampal di dinding hospital secara JELAS, sama seperti notis larangan lain.

Di lokasi itu tidak pula kelihatan notis larangan terbabit.

Justeru saya kemudian merakamkan gambar terakhir, sebelum masuk melihat anak kecil itu dari jarak dekat.


Saya memasukkan kamera ke dalam poket sebelum dihampiri seorang daripada jururawat bertugas.

"Di sini tidak boleh mengambil gambar," ujarnya secara hormat.

Selepas memakai topeng muka dan membasuh tangan, saya masuk menziarahi Faris.


"Faris, Faris, tengok ini, uncle datang," bisik Zuraine ke telinga anaknya berselimut.

Mendengar kata-kata itu, airmata saya spontan mengalir membasahi pipi. Saya perhatikan mata Faris, terbuka luas tetapi tidak berkelip. Sesekali kedengaran bunyi rengekan kurang jelas keluar dari mulutnya disumbat tiub.


Barangkali Faris ingin memberitahu kami, betapa peritnya pengalaman ditempuh itu. Tambahan pula, saya difahamkan, paru parunya kurang berfungsi.

"Perut dia membesar mungkin sebab hati dia bengkak," ujar Zuraine sambil mengusap perut anaknya.

Sila baca nukilan saya sebelum ini untuk mengetahui fakta berhubung Faris, klik di sini.

Tabahnya hati ibu itu.

Perjuangannya dan suami masih belum selesai, nasib anak kesayangan mereka masih belum diketahui. Namun saya percaya pakar perubatan dan kakitangan hospital swasta ternama itu sentiasa bertungkus-lumus, cuba memberikan rawatan terbaik untuk Faris.

Faris mula dimasukkan ke hospital terbabit sejak 19 hari lalu kerana demam. Empat hari kemudian dia disahkan oleh doktor mengidap HLH, bahasa mudahnya, barah darah.

Saya kemudian memegang kedua kaki Faris, terasa panas namun tidak bergerak.

Saya melihat airmata Zuraine bergenang sewaktu menyentuh kepala Faris. Berulang kali dia mengusap kepala anaknya, zuriat sebelum ini normal bergerak seperti anak lain. Hanya iman dan kepercayaan, Allah penentu takdir, hidup mati manusia, dia masih mampu berdiri dan tanpa jemu membisikkan kata kata semangat ke telinga Faris.


Untuk rekod, saya tidak merakamkan gambar sewaktu berada di dalam bilik bersama Faris.

Tiba-tiba, di luar, saya terlihat kelibat 2 pengawal keselamatan berbual bersama ayah Faris. Lalu saya bergerak keluar.

"Di sini tidak boleh merakamkan gambar," kata pegawai pengawal keselamatan.

Saya hanya sekadar bertanya.

"Saya tidak merakamkan gambar di dalam tetapi kalau ada peraturan atau undang-undang tidak membenarkan gambar Faris dirakamkan dari luar, mungkin encik boleh tunjukkan," ujar saya.

Barangkali bersimpati melihat saya masih bertopeng muka, kedua pengawal itu kemudian pantas beredar. Saya kemudian masuk semula ke bilik. Saya difahamkan, bil rawatan Faris kini mencecah RM75,000 sedangkan insuran ibu dan ayahnya berjumlah kira-kira RM40,000 sahaja.

Dua gambar saya rakam itu untuk dikongsikan bersama semua pembaca blog ini. 

Fakta, saya tidak berada di hospital itu atas kapasiti sebagai wartawan tetapi sebagai sahabat dan blogger. Jika membuat liputan untuk stesyen televisyen, saya mempunyai jurukamera sendiri, dia tidak menggunakan kamera digital tetapi kamera DVC Pro atau Mini DV, merakamkan video, bukan gambar pegun.

"Polisi hospital ini tidak membenarkan gambar pesakit dirakamkan, untuk menjaga privacy pesakit. Kita memang ada surat pekeliling dikeluarkan oleh Pengarah hospital," ujar jururawat saya dekati.

"Kalau benar begitu, mengapa polisi itu tidak dipamerkan? Supaya pelawat dan keluarga pesakit maklum? Kalau boleh saya ingin melihat polisi itu dan sekaligus mengetahui apakah hukumannya jika merakamkan gambar di hospital," balas saya.

Dia kemudian berjanji untuk menunjukkan kepada saya surat pekeliling, polisi dalaman didakwa wujud. Namun selepas sejam berdiri di luar unit terbabit, tiada pula kakitangan hospital menemui saya seperti dijanjikan.

Jika isu privacy dibangkitkan, dia harus tahu, saya hanya merakamkan gambar Faris, bukan pesakit lain. Tambahan pula, rakaman itu dibenarkan oleh ayah pesakit justeru tidak timbul soal privacy. Sebelum ini semua gambar dimuatkan di blog ini dihantar oleh Sham melalui MMS kepada saya.

"Saya pun hairan juga, kata ada peraturan dilarang merakamkan gambar di hospital tetapi tiada pula kelihatan notis larangan. Hemat saya, setiap peraturan harus dimaklumkan secara jelas kepada pelanggan hospital," celah Baharuddin Zainal Abidin, 43 tahun.


Pekerja Pos Malaysia, kini menetap di Klang, Selangor  itu, rakan Zuraine di kampung sewaktu kecil.

"Mereka mungkin tidak faham dan saya tidak diberikan peluang untuk menjelaskan fakta. Gambar Faris digunakan untuk dimuatkan di blog, agar lebih ramai pembaca budiman dapat membantu meringankan bebanan kos ditanggung oleh keluarga Faris," ujar saya.

Sham mendengar perbualan kami.

"Bukan apa Sham, dengan gambar itu kita mampu berkongsi perkembangan terkini Faris. Berbekalkan fakta, pembaca blog saya dan masyarakat, InsyaAllah, tentunya tanpa keraguan akan terus menghulurkan sumbangan," jelas saya.

Sham memahami tuntutan itu.

"Berikutan ramai orang menyumbang, Maybank pada awalnya telah menyekat akaun pertama saya, kerana banyak transaksi. Barangkali bimbang berlaku kes penipuan tetapi setelah diperjelaskan, kini akaun terbabit diaktifkan semula. Kalau ingin menghulurkan bantuan, mohon gunakan akaun Maybank saya, 1140-1115-2218 atau 1628-5200-2738," katanya.

Setakat ini, dilapor RM16,800 berjaya dikumpulkan. Sham dan isteri memerlukan lebih RM30,000 untuk menampung bil hospital Faris selama 19 hari.

"Sampaikan ucapan terima kasih saya kepada semua mereka membantu, hanya Allah mampu membalas jasa baik mereka. Mohon doakan bersama, agar Faris sembuh seperti biasa," pinta Sham.


Berikut informasi dicatatkan oleh ayah Faris seperti dilaporkan di laman Facebooknya.

'Walaupun doktor kata keadaan Faris masih tak byk berubah & paru2 nya masih lagi kritikal namun saya bersyukur kepada Allah kerana masih boleh berinteraksi bersama anak saya Faris....

Selepas saya bancuh susunya & beri pada nurse utk dimasukkan kedalam tiub utk faris, dia membukakan matanya... Kemudian saya pun cuba berinteraksi ngannya

Ayah : Farisss, faris nampak ayah tak?
Faris : *angguk (walaupun terlalu lemah anggukkan dia)
Ayah : Faris rindu ayah dgn ibu?...
Faris : *angguk
Ayah : Faris sakit tak?
Faris : *diam
Ayah : nanti nurse bagi susu supaya faris kuat & sihat ok?
Faris : *angguk
Ayah : ayah tunggu kat luar dulu ye? Nanti nurse bg susu, lap badan & tukar pampers tau.. ayah datang balik nanti. Kejab je ok?
Faris : *diam

Alhamdulillah, faris tunjuk reaksi positif walaupun doktor kata keadaan dia masih membimbangkan.... Bersyukur sgt2 kepada Allah bila dpt berkomunikasi dgn Faris.....

Mohon rakan2 semoga terus menerus mendoakan semoga Faris cepat sembuh'

18 February 2012

17 February 2012

Aulia Progress at 2 months

Salam. Just nak update sket pasal anak dara kesayangan tu. Mana taw nanti da besar2 Aulia nak baca kan. hehe...

Aulia just being injected last Monday(13 feb 2012). a day before that, first time aulia kena slight fever. Pagi isnin, alhamdulillah demam die da takde. so bawak la g cucuk, sekali petang tu naik balik demamnya. naseb la ubat semua dah ade. so selasa mama have to cuti eventhough babah cakap demam aulia dah ok. mama rasa tak best nak hantar aulia kat nurseri that day. i thought that it is better if she can rest at home to regain her energy back by ngempeng seharian ngan mama kan. huhu... sangat terbukti bila pagi2 tu die dah ajak bersembang bukan main lagi sampai sempat la mama mem"video" untuk hantar kat nenek. nak hantar kat opah hp opah lum canggih lagi. huhu... lupe lak babah die siap buat lawak lg bile Aulia demam. babah cakap aulia demam sebab nak test termometer baru beli hari sabtu lepas. adoi la. nasib la beli cool fever jugak, dapat la tempek kat dahi aulia. y first letak sekejap jer aulia dah cabutkan. y second bertahan sket. Piece ketiga alhamdulillah sampai kering la tepi2 cool fever tu dapat melekat kat dahi aulia and alhamdulillah after that fever gone. Harap2 jangan datang lagi. biar mama jer demam takpe jangan aulia y sakit. Ubat demam dah stop bagi but Aulia still need to complete antibody liquid and ubat selsema since selsemanya ada lagi. adat la baby kecik2 ni duk nurseri kan. senang sangat berjangkit.

Aulia now sangat2 nak bercakap. bangun jer terus menegur. terkejut mama, yelah dlm gelap2 tu die leh ajak mama sembang. padahal jam baru kul 6 pagi. die dah berusaha melengkungkan badan bila mama pegang tangan die, mintak di angkat. harap2 Aulia akan cepat dapat hold kepala sendiri and belajar meniarap. Semalam saje bagi die meniarap then pasang lampu kaler2 dalam gelap. Aulia dah boleh la hold kepala tp sekejap2 jer, Aulia belum lagi boleh push tangan die macam org pumping tu. Orang kata kalo baby dah boleh push tangan macam tu nanti die akan mula meniarap.

Mama sekarang pakai teknik bedung untuk bagi Aulia tido lama. kadang2 bedung bila die dah tido. macam semalam tido before die lena. seboleh mungkin die nak lepaskan diri. lepas berjaya dipujuk ajak2 main and isap pacifier, akhirnya Aulia lena. Dari pukul 10 sampai 3.40am. alhamdulillah....Nasib baik jugak Aulia tak addict untuk nyonyot pacifier. Dia akan buang jer pacifier lepas seketika, but the pacifier does make her calm bila mama dah ala2 nak tersengguk acah Aulia supaya tak merengek. Tq sayang. Mama doakan Aulia membesar menjadi wanita solehah :)


12 February 2012

Aulia Goes to I-City

Mama & Yaya in action. Yaya da nantuk, mama plain giler muka.
busu in action

nenek, mama, yaya n busu
mama n yaya in action

xsempat nk pose
glowing in red

nenek in action

bonda with peacock


Cerita disebalik kejadiaanyer ialah in-laws aku datang. so we asalnye nk g mkn mlm jer, then tesco. tup2 in the end kitaorg p I-City.  Tesco tak pegi pun. Mkn malam kat Syed Ikan Bakar Padang Jawa. If korang g sini bg aku siakap 3 rasa die quite good , tomyam putih pun sedap xp kecik sgt kalo order potion sorang makan. Kerabu perut pun agak nice. since dari zaman study pun ak n hubby selalu gak g sini.


06 February 2012

Aulia's Shower Moment

i am not crying anymore 
eventhough mama use cold  water against me 
:)

 i am a big girl






big girl do not cry :)








02 February 2012

Momma Life


Alhamdulillah, Aulia dah 55 hari dah hari ni. makin pandai, makin comel. haha... mana ada mak y tak puji anak sendiri kan. ;) Dia dah sgt pandai cooing, buat akal dan hisap tangan. bukan jari ok . TANGAN!!! haha...  mengikut pergerakan tu jgn ckp la. jauh pun die dah boleh ikut. terutama figure babah dan mamanyer. die juga akan berusaha mencari bile someone called her name and start smiling bile di agah2. so sweet, rasa nk geget2.huhu... gambar ats ni aksi Aulia tido meniarap. Aulia ni telinga lintah sket. senang jer terjaga bunyi apa2, so bila tiarapkan, dia akn dpt tdo lama. dia dah pandai alih2kan sendiri kepala, tapi mama tetap riso. msk sket2 jengah, pastu tgk die breathing ke tak. huhu...

skang ni kul 9 pg dah siap msk nsi n potong2 bhn u lauk. sungguh tak percaya.huhu...  kalo dulu kul 11 baru pandang dapur. terasa banyak perubahan diri. lebih sabar, apa2 pun skang all 4 Aulia both either me or babah dia. minggu depan dah naik keja. sangat la berat hati rasanya, skang tengah train Aulia minum botol, alhamdulillah dia tak tolak. Sebagai precaution step aku beli puting pigeon Y cut, so as long as baby tak suck susu takkan mengalir sendiri. yelah, mcm2 kan skang ni. aku tawakal jer hantar anak g nurseri. Ku serahkan semuanya dalam jagaan Allah S.W.T. 

Lagi satu my baby ni biasa mandi air suam, nanti di nurseri akan mandi air sejuk. so kena la train dia. first time mandi aku curah2 ngan tapak tangan, gosok slow2 mcm biasa. last jer aku curah pki tupperware kecik. die ek gak sekali. unlike mandi air suam, bahagia jer anak dara mama mandi. lama2 pun die tak kisah. second time pun mcm tu jugak. third time mandi air sejuk which is kul 5 petang semalam, boleh tahan kuat die menjerit kena siram air sejuk tu. baru jirus bahagian depan badan dah lalak. kesian anak mama. but i have to train u sayang. better u cried while i am around rather than nanti terkejut and melolong sekuat hati masa dengan pengasuh. adui...susah hati mama.

Benda y kitaorang still fail nak ajar die ialah duduk baik2 dalam troli masa shopping. huhu.. anak dara mama nan sorang nih sekejap jer maunyer. pastu nak berkepit ngan mama. kena la babahnya tolak troli barang satu kat depan, tarik stroller anak satu kat belakang. kesian...nampak gaya memang mintak mama beli sling yer sayang. okey la nanti mama tengok budget bulan ni ek. hehe... mungkin sejuk kot masuk supermarket tu, tapi bile kite selimutkan dalam stroller mesti die buang selimut. anak2... taper sayang. mama and babah hope u can adapt to it later rite? boleh la kite shopping lama2 and tengok apa barang sale. for now memang kitaorang g shopping direct beli y dalam list n balik. singgah makan dan minum pun tak. huhu...kalau dah takdan masak, tapau jer.

till then. wassalam :)