Shoppe~In

SaHaBaT @ FrienDs

30 March 2012

Penuh Sudah :)


Stok bulan 3, alhamdulillah. suke tengok hasil menyusun y tak berapa kemas itu. tapi 29 march da kena gune stok awal bulan mac. sbb stok february dh selamat digunakan. berharap hasil akan bertambah. This week Aulia dah start habiskan semua bekalan y diberi. Bg 16oz sampai 20oz. Semua habis. Mama juz tawakal n berharap dpt kumpul stok Aulia. This last 3 days, takde 1oz pun dpt wt frozen sbb sume kena hantar nursery + frozen stok y sedia ada. no in only out. Risau okeh! Kena lebih gigih bangun malam pump. Itupun kalau die tido lena. kalau die asyik bangun ngempeng jer, mana gaya nk pump. huhu...

Ini gambar budak kesayangan mama, T. Aulia dengan babah kesayangan die a.k.a hubby kesayangan mama jugak. ini la budak nomei2 tuan punya stok susu di atas. Budak tecit itu yer, exclude the bapak budak. bapak budak kalo suruh rasa pun die muke pelik2 dah. hahaha.... scary sgt gayanye.

p/s: suke la tgk budak tecit ni pakai headband. beli online kat fb, Arissa Headband Resources. Boleh gilos kejap mama kalo tengok semua koleksi kraftangan di Arissa Headband Resources ni.

Sayangilah Hati-Hati Kecil Ini.. by mommy iskandar

original post : http://mommyiskandar.com/blog/2012/03/30/sayangilah-hati-hati-kecil-ini/

Tersentuh dengan post mommy iskandar. peringatan untuk diri sendiri. berharap akan jadi mama y baik buat Aulia dan adik2nye (adik2nyer...2 tahun lagi yer. huahuahua)


Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan..

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
“Oh maafkan saya, saya tak perasan”


Katanya “Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara”


Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,


Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,


Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,


Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, “Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh”


Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,


Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,


“Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,


Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci”,

“Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,

Kan kau temui bunga-bungaan berterabur”,

“Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,

Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu”,

“Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,

Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu”,

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,

Airmataku mencurah ibarat air di kali,

Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,

“Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil”

“Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?

Dia tersenyum, “Adik terjumpanya belakang rumah di semak”

“Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,

ibu tentu suka terutama yang unggu,

“Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,

Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,”Oh, ibu, itu tak mengapa,

Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, “Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,


FAMILY
Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?
Tahukah anda makna “FAMILY” ?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

Sekadar renungan untuk diri saya sendiri dan anda semua.. Hargailah permata hati kita..



sy sgt suka dengan post ini. thumbs up to mommy iskandar again.

27 March 2012

Aulia's Rambling

This 10th of April, Aulia will be 4 months old. Alhamdulillah anak mama ni cepat belajar. Currently, Aulia actively belajar meniarap dgn betul. still sangkut2 tangan dan merengek2 bile tak ditolong. bangun pagi lagi dah nak meniarap, kalo mama pegi mandi babah surely happy melayan anak dara die meniarap. Setiap hari pun mama rasa tak sampai hati tiap kali nak tinggalkan Aulia di taska. Selalunya dalam kereta masa otw hantar die, Aulia surely akan ckp2 ngan mama. mcm2 mama pesan and aulia surely will look at mama with her round eyes and jawab dengan bahasa German die. What a sweet moment i have with u my dear daughter.

Everyday mama trying hard to collect enough milk for Aulia stock. Sekarang mama sangat susah hati sebab production merudum. Just hope that this happen temporarily due to hormone changes, and it will back to normal again. Mama sangat2 berharap dapat exclusively breastfeed Aulia till she reach 6 months and continue the breast feeding journey till she reach 2 years.  Sangat2 berharap. Semoga Allah makbulkan doa mama. tapi itulah sangat merisaukan, since this week nak collect 5 oz for first session pun payah. before that kalo tak bangun pump @ 2 or 3 o'clock in the morning, sure first session in the office insyaallah will got 6 to 7 oz for first session pump @ 11.30 am. As of today, pump dari pukul 11.40am  till 12.30 pm baru dapat 4.5 oz. tido dulu setengah jam bgun kul 1 tgahari pump baru dapat nearly 6 oz. Hati sangat risau. This morning dah guna the last frozen ebm stock of february amount 5 oz plus yesterday collection 12 oz.

Tomorrow need to start use early of march frozen ebm. Just hoping the coming two sessions in the office will succeed collect another 6 oz. I noticed lately Aulia start consume all fresh and frozen ebm that i sent to taska. Again, mama hope that this breastfeeding journey to Aulia darling will succeed with flying colours. Insyaallah.

25 March 2012

Hot Air Balloon Carnival 2012

cian ank mama kepanasan
ttdo pas menyusu wlupun pns giler
aiya..mja lg best tgk
heheh..mama giler letak headband kt anak
umi n ayong
nenek 
hahaha... ayong lapo.

19 March 2012

Aulia's Frozen EBM Stock

stock as of 18th march 2012. the orange label are all march collection. Alhamdulillah. baru try style simpan keping2. suke3...hehe. nampak kemas. y berdiri semua stock february. stock february simpan asal dan jer, 3oz, 4oz, 5oz, 10 oz, 12 oz. stock march at most pun 6 oz jer. since minggu lepas asyik cuti jer, so collection merudum. lusa nek kej, hope hasil pump tak merosot ler. huhu.... Ya Allah, permudahkanlah usaha hambamu ini agar aku dapat menyusukan bayiku sehingga 2 tahun. Aminnn..

18 March 2012

New Habit in Da House


10 March 2012

Buckled up 2!



Saya mengantuk tapi mama ajak posing pulak. layan jela, nanti mama merajuk takde pulak susu sedap saya ;)

09 March 2012

Stok Susu Aulia


stok as of 12 feb 2012..just 4 days after start work, sket jer sb kat umah memg pyh nak pump. aulia kejap2 nak ngempeng.




stok as of 7 march 2012, tak banyak jugak. just cukup2 makan
teruja first time pump kat umah time baby ade leh dpt 7oz++, pump dr 2.56am sampai 3.24am. curi2 pam masa aulia tidur lena
hasil pump di opis 8 march. 2 botol dari kiri hasil pump kul 11.30 sampai kul 12 tgahari, leh dpt byk sket sbb tak bgn pump time pagi buta. huhu... botol ke-3 dari kiri hasil pump kul 2.30 petang. last botol hasil pump 15 minit kul 5.15 petang before balik. cukup la buat bekal aulia g nurseri. sealu bekal aulia gi nursery 12oz fresh (30z x 4 botol ). satu botol lagi frosen ebm either 5,4 or 3 oz. biasenyer ade la balance 2 or 1 botol y fresh tu time amek kul 6 petang.

Buckled up!

Koleksi gambar masa few weeks back. Mama said i need to buckled up even though it is not reaching 1 km to reach my day care centre. i dun care either, it suits me well ;)

04 March 2012

Direct feeding in supermarket without nursing room

Tadi gi tesco shah alam tu. mula2 jalan ok jer, aulia tido lena dlm stroller. dah lam tu dia jaga. dalam hati da risau dah pikir jap lagi mesti die nak menyusu since last die nyusu dah lama. die jaga dah agak lama pusing2 die pun start merengek. aduiii... kesian tengok die merengek. punya la besar tesco shah alam tu, haram nak ade nursing room kan. aku sebagai loyal customer die sangat frust ok. last2 aku masuk jer bilik persalinan wanita. bersila la aku kat situ menyusukan aulia. so kawan2 kalo terdesak leh la wat gini unless u all terer susukan baby dlm sling. memang takde masalah. ini jelah tips pendek aku.

aku rasa tesco da cukup kaya ramai org g kat die, takkan nursing room sebijik takleh bagi ha? bukan suh letak sofa pun. lantai kosong pun takde hal as long as ade private room untuk direct feeding. rasa2 leh tak suggest kat tesco management issue nih?

after nyusukan aulia kat bilik persalinan tu, she was looking at me direct to my heart as if she was saying to me "tq mama, coz sanggup bersila atas lantai bilik persalinan ni. walaupun orang lain pijak2 jer lantai tu". happy tengok die dah kekenyangan n buat mata bulat die. being a mama now i knew how hard my late mak and abah raised me up. semoga syurga lah tempat kalian berdua hendaknya. OK SAD MOOD IS BACK. SEBELUM AKU MERABAN TEBEN LAGI BANYAK, BAIK LA STOP KAN...

till then...wassalam.