Shoppe~In

SaHaBaT @ FrienDs

30 July 2009

Tensen ngan layout blog!

Salam...

buat blogger yang sudi bloghopping kat blog aku nih, tuan blog nih tengah tak betul. Haha.. Geram tul. Sebenarnye Ira memang dah lama nak blog layout yang ader 3 column nih. So, 2 hari lepas sampailah hajat ni. Layout Rainbow Garden ni jadi pilihan. Suke sangat. Tapi Ira jadi geram sendiri pulak sebab blogheader tak pat nak letak bile gune layout nih.

Ira memang suke ngan blog header rekaan sendirik. Selalu tu ira pg kat layout>>page element>>title blog tu>> bile click edit die kua blog title, blog description, image. Tang sini ira upload gambar from PC. Now nih mslhyer gambar tu ader. Tp ble view blog tader. Yang duk ader tulisan Nailofar Daniera , All about life jer.Huhu...... Ader tak siape2 y ader idea mcm maner ag ek nak buat bg layout nih dapat menerima blog header yang d set sendiri?

28 July 2009

Daging Masak Hitam

Hari ni planned nak g berlatih naek titi terchenta u test JPJ minggu depan. Sekali malas plak. Ingat hari isnin and selasa minggu depan jelah pegi. Hari rabu test terus. Jangan lah gagal lagi. Berchenta sungguh nak test nih. Lesen keta yang tak penah bawak sekali test sudah lulus. Lesen motor yang selalu bawak (secara illegal dari sekolah menengah) pulak yang asyik gagal. Abah pun heran. Huhu.. Doakan saya lulus ye kali nih. :)

So sebab tak jadi pegi wat latihan hari ni, maka perut y kalo dah bangun pun mule la nyanyi. Bukan sebarang lagu. Lagu Stacy gtu...(yang mana2 jelah, tp y aku terbayang lagu gagap tuh).

Pikir2 roti ader, dahnak expired. So better sarapan ngan roti lah. So buat lah sandwich telur jer. Nyum2 , tengahari pun makan ni gak.

Dah petang plak, perut nyanyi2 lagi. Tapi kali ni die nyanyi lagu klasik pulak. Lagu P.Ramlee daaa.. pukul 3 pagi. Tapi in case aku tukar jd pukul 6.30 petang. Huahuahuahua...
Die nyanyi lagu klasik sebab lapor nasi. Aku mana boleh tak makan nasi sehari. Rinduuuuu.. :)

So, aku g bukak peti ais. Tengok ader ag daging yang aku beli hari tu. Tengok kat bahagian sayur lak, kobis jer ada. So, aku pun pk. Pk punye pk, aku rasa nak buat daging masak hitam. Hari tu dah buat daging masak lemak petani, takkan nak makan lauk sama lagi kot. Variasi la sket. Tapi masalah nyer aku tak penah try buat masak hitam ni sendiri. Selalu duk kaco abah n mama kat dapur jer. Excited bab potong2 jer, tak la pulak hafal sepenuhnyer. So, ape lagi. Google kan ader. Nak seribu daya beb. Makan punya pasaiii... Adehhh :)

Last sekali jumpa resepi. So aku try la. Tapi banyak la y aku ubah dari segi kuantiti nyer sebab aku makan sorang, buat ape masak banyak2. Membazir, tak baekkk... :)

Dah masak nilah hasil air tangan saya. Rasa alhamdulillah memenuhi kehendak tekak. Saya layan ngan air kosong, nasi putih da ulam kobis aje(baru perasan, post kali ni skema siot. bersaya2 lagi, padahal ckp ngan diri sendirik..hehe. ubah angin sket). Tapi selera sungguh makan. Sape2 yang nak try resepi ni jugak silalah :)




Ni resepi yang aku dapat dari http://serikasih.blogspot.com/2008/10/resepi-daging-masak-hitam.html

Bahan-bahan:

1 kg daging (direbus dan dihiris)
1 cawan air rebusan daging
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
3 sudu besar cili boh atau cili kering kisar
4 sudu besar gula merah
1/2 cawan kicap pekat
1 cawan air asam jawa atau 3 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
Air

Bahan-bahan dikisar:

8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 batang serai
1 cm kunyit hidup
2 cm halia

Cara Penyediaan

1. Daging direbus sehingga empuk dan dihiris. Simpan air rebusannya.
2. Kemudian, panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan yang dikisar bersama cili boh. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan daging dan air rebusannya.
4. Masukkan gula merah, kicap pekat dan air. Tambahkan garam secukup rasa, air asam jawa dan bawang besar. Masak sehingga 5 minit lagi dan angkat.


Petua masakan
1. Banyakkan halia untuk menyedapkan rasa
2. Kerisik boleh ditambah untuk mengeringkan kuah (ala rendang)

21 July 2009

Abahku Sayang

Salam. Macam lame jerk aku tak post. Now aku kat kg. Lari balik sabtu lepas. Abah tak sihat. Macam tak best jerk lau tak balik. So aku kemas2 barang cabut balik. Semalam bawak abah p pakar kulit since penyakit die berkaitan ngan kulit. Dari balik hari tuh mule2 gatal2 die merah ag. So aku ader bawak balik satu balm nih. Sapu2 nampak cam okey dah sket. Tapi since semalam sapu ubt y doc bagi la plak. Bukan baru nih abah aku nk cari doc, tapi dah pelbagai ubat dah die beli. Ubat dari klinik kerajaan lak tak jalan. Tu yang aku decide aku balik ajak p pakar. Pakar tuh kat bandar laen, tuh y abah malas sket nak g. Tambah lak abah tader keta, so malas nak nek bas. Macam nilah orang kg, tmbg bas lak mahal. Nak g berubat pun pk due tige kali.

Dulu abah da penah kena gatal2 gini. Amek mase bertahun gak nak ilang. Yang tu kat kaki. Aku rase tu sebab time abah keja kontrak wat longkang tu, men simen , air kotor sume. Baru2 niey lak abah ader keja petang2 pasang pagar u kebun sape tah. Bancuh2 simen, tu yang aku rase kt tangan lak gatal nek. Lengan pun tak ketinggalan kena gak gatal. Belakang die lak jadi gatal2 mungkin sebab aritu die meracun dalam kebun, racun tu tertumpah kena belakang. Tu yang jadi gtu. Gatal2 kali ni agak teruk smpi luka2 bukan nanah or ape, gtal sangat sebab garu. Tapi kali ni gak sampai badan pun rasa seram sejuk. Nak suh abah jgn wat keja teruk2 meracun sume jangan harap la, die memang takleh duk diam. Die tak suke kebun die berumput panjang. Tambah lak now die aktif membela itik. Itik2 tu bagi makan hampas padi + gandum yang dimasak. Die gaul dengan tangan, itu lah y jd makin gatal. Time aku balik nih, memg aku tak bgi die wat. Biar aku jer y gaul sume, tangan aku sihat. Pastu aku bebel2 gak cakap pas aku balik SA t jangan gaul guna tgn dah, gaul guna senduk.

Aku dah duk jauh2 ni aku riso dgr family sakit. Maklum lah anak2 abah sume jauh2. Aku bnyak ag impian y aku nak kongsi ngan abh. Aku jd sakit tgk abah sakit. Cukup lah aku tak dpt kongsi impian aku ngan arwah mak, aku harap sgt aku sempat nak tunaikan segala yang abh idamkan. Cume y melegakan aku sket sebab mama ader u temankan abh tgokkan skt pening abah. Kalo tak sebab belajar tanak aku balik SA semula.

13 July 2009

Pontilanak yang hipokrit

Aku teringat beberapa hari lepas, aku baru balik dari survey harga external hardisk. Aku jengah bilik depan cari Jie, sekali tader plak. Tanye kat Miss Pontilanak(Miss P). Die jawab tak taw. Suddenly teringat tadi Eil ader meseg ajak g karaoke. Tapi aku tolak. Malas, tak rase macam nak nyanyi. Jie ikut Eil, tadi Eil ader bgtaw. Pelupa dah aku. Aku ckp la kat Miss P..

"Owh, baru ingat. Die pegi karaoke ngan Eil"

Jawapan Miss P bunyik lebih kurang camni...

"Owh, loan dah masuk. Patut lah enjoy tak ingat dunia. Nanti gaduh ler tader duit"

Siap ngan gaye jeling jeluat ag die cakap. Ape kes minah ni tak puas hati sangat ngan Jie. Bukan die ker y selalu mintak Jie belanja. Tak ingat la tuh. Aku malas layan. Aku sengih jerk n blah masuk bilik aku. Heavennnn....

Esok tu aku tengah nak jemur kaen. Miss P ngah sembang sambil tengok tv ngan Jie. Tetibe..

"Jie belanja r, loan dah masuk"

Ekkk enaa... Semalam kutuk. Nie mintak belanja ag. Tak malu sungguh. Jie bagi jawapan agak best lar.
Justify Full
"Awak la belanja pulak. Asyik saya jerk"

Hah...amik kau. Dapat sebijik. Then malam tu. Aku g lagi bilik depan kali nih nak cari Kak Min. Kak Min tader. Miss P jer pun ader. So, aku sajer la tegur.

"Sibuk nampak"

"Ha'ah. Senarai nama nih. Tak lengkap. Malas tul saya"

"Ni ader list nama lama yang awak dah print. Amik la pensel, manually check la"

"Ala, malas la. Awak tolong eh. Nah pensel"

"Ohooo...keja awak. Malas saya. Saya penat. Baru balik nih ha."

"Alaa...boleh la"

"Tader2, buat sendiri."

Dalam hati aku nak jerk tambah. Lau dah merungut buat keja. Jangan pegang jawatan. Aku dah nasihat. Degree nih bz bukan macam dip dulu. Dip dulu semua jawatan mesti ader muka kiter. Aku dah nekad degree aku tanak. Tu pun kena gak, nak jaga hati lecturer y ajar aku sem satu sebab die penasihat kelab. Kang die marah kang tersilap tanda paper aku sebab geram. Hancuss.. So aku pegang la jugak dua sem. Tak lepas lari. Yang si Miss P nih, sajer jer wt aku nk bebel balik.
Pastu, klimaks yang aku nak gelak.

Tibe2 jer die sengih2 kat aku.

"Ira, loan awak dah masuk kan. Bile nak blanje makan pizza?"

Dalam hati aku kater. Ko saper aku nak kena blanjer. Aku tak penah mintak ko belanjer pun. Tolong aku pun ko tak penah. Nak kater teman sehati sejiwa aku pun tidak. Kalau la terkeluar, tobat la die tanak tegur aku dah agaknyer. Ahakzz...
So aku jawab gak, cenggini..

"Ekkk...bagi saye reason kenape saya kena belanja awak? Saya rase patutnyer saya nih belanja orang yang asyik tolong saye time susah n senang. Family saye ker. Pakwe saye ker."

Haha...tau ko diam. Memang betul ape. Diorang tulah yang tanya aku makan ke idak. Yang hulur duit kat aku time aku sesak. Yang jugak dengar aku bebel time aku serabut, time aku happy. Die..???? Nak kongsi cerita happy pun karang jadi sakit hati jerk. Sebab, die akan jawab dengan cara yang akan turn out our happiness jadi sadness. Rasakanlah. Aku memg kejam dengan orang yang kejam ngan aku. Aku jugak benci orang yang banyak sangat hipokrit macam die. Hah... ko nak kater ape???

Sebenarnye, aku taklah kedekut pun. Bestfriend aku, orang2 yang baik ngan aku. Aku tak kesah pun belanje2 nih. Nasib lah ko. Aku dah tak suka. Tetap aku tak suka. Aku memang pendendam. So what??

10 July 2009

Awan Gemawan II

Salam. Aku kembali!!! Ahakz...

Walaupun aku dah seminggu lebih balik SA nih. Aku still nak wat entry pasal kg halaman terchenta. Hehe..

Entry kali ni, aku nak sambung pasal gambar2 awan. Gambar awan kali nih di ambil pada hari Sabtu, 4 Julai 2009, tengahari. Still juga menggunakan kamera handphone kesayanganku without any editing on the picture. Natural effect. Here, presented our mother nature...








~Nyiur melambai ditiup sang bayu~


Dua gambar awan di bawah ni, di ambil dari tingkap rumah. Yang laen2 tadi diambil masa aku kat luar rumah.
~Awan gelap ala2 nak hujan. Orang kampung panggil pokok hujan~

~Bumbung rumah jiran aku ni tiada kena mengena ngan awan k.. Hehe~

Itulah gambar2 yang sempat ku snapped sepanjang menjalankan tugas. Haha. Tugas aku time nih ialah tunggu bahan yang direbus dalam kuali di bawah. Nak taw apakah isi kuali ni?
Zoom in...


Haa.. Aku taw benda yang paling korang nampak mesti daun pandan kan??? Haha. Ni sebenarnye abah tugaskan aku untuk menjaga ayam yang direbus untuk melembutkan isinyer sebelum dibuat rendang ayam. Almaklumlah, ayam kampung memang liat lau dah taraf bertelur sampai 5,6 kali nih. Lau korang tengok betul2 korang aka nampak tangkai sudu besi dalam nih. Itu bukan saja2 jatuh tau... Ader tujuannya die dijatuhkan disitu :) Ahakz!
Mengikut kata orang tua2, itu salah satu factor yang dapat melembutkan daging. Secara saintifik nyer, tidaklah ku ketahui. Wallahualam..


Aku kena jaga beria sebab takut tetibe kang rentung, sebabnyer ayam nih direbus gune dapur kayu, api kena jaga sentiasa. Dah la adakalanye angin kuat bukan men, jenuh gak aku duk suraikan kayu2 api dan sabut kelapa tu ke tepi.


Haa...ni time api tibe2 merajuk. Jenuh pulak aku makan asap duk meng 'adjust' kedudukan bahan bakar bagi betul2. Duk berkipas pulak dah macam Pak Ayub sate. Huhu.. Last2 selepas 2,3 kali kering air. Aku pun angkat letak atas rumah. Mesti korang pikir, apeke susah2 g guna dapur kayu. Gune jer lah dapur gas kan senang. Ader sebabnyer kesusahan nih. Mestilah factor jimat.Lau sampai kering air 2,3 kali gune dapur gas, aih!!! Copek abis gas bapak den. Bapak den tak sompek laie bukok kedai gas nih.. Huhu

02 July 2009

Awan Gemawan

Salam..
Aku memang suka sangat tengok pemandangan. Sume pemandangan aku suke tengok. Antara pemandangan yang aku paling suke tgk ialah bentuk2 awan dan warna langit.
Kalau kat kg nih keja aku petg2, amik buaian gantung and berbuai di celah2 pokok pinang. Hahaha..

Jangan salah paham okes.. Macam nih kat tepi umah aku ader tali air. Tepi tali air pulak abah tanam pokok pinang deret2. So antara pokok pinang nih, abah ader ketuk paku besar, buat tempat sangkut buai. Buai gantung nih jenis yang diperbuat dari tali plastik or kain. So die anyam macam jaring2 bentuk diamond. So jadilah buai. Sedap gak berbuai petang2 sambil tgk awan. Lau nasib baik nampak lah kelompok bangau yang nak balik sarang2. Putih2 jer..cantik.

Balik cerita pasal awan, lau kecik2 dulu aku nakal sket. Ader la cousin jauh bau2 bacang wat kawan. Lau petang2 aku ajak die g nek bukit tepi jalan besar. Sebab? Semata2 nak tengok awan plus leh nampak pemandangan sawah padi. View lagi clear dari ats bukit nih, tempat tinggi. Dulu2 aku takder kamera. So, aku lukis jer. Sekarang, malas meraja, so aku gune jer lah kamera tepon amik gambar awan. So, nih gambar awan yang aku baru amik petang semalam. Dalam kul 6.30 petang. Sambil berbuai, amik2 gambar. Mama and abah lak duk sembang2 kat beranda depan sambil relaks2 sementara tunggu maghrib. Gambar nih real punyer, takder edit2.


Hurm, amacam?

Susah taw nak amik gambar2 gni kat kota sana


Indahnya, langitku..