Shoppe~In

SaHaBaT @ FrienDs

28 July 2009

Daging Masak Hitam

Hari ni planned nak g berlatih naek titi terchenta u test JPJ minggu depan. Sekali malas plak. Ingat hari isnin and selasa minggu depan jelah pegi. Hari rabu test terus. Jangan lah gagal lagi. Berchenta sungguh nak test nih. Lesen keta yang tak penah bawak sekali test sudah lulus. Lesen motor yang selalu bawak (secara illegal dari sekolah menengah) pulak yang asyik gagal. Abah pun heran. Huhu.. Doakan saya lulus ye kali nih. :)

So sebab tak jadi pegi wat latihan hari ni, maka perut y kalo dah bangun pun mule la nyanyi. Bukan sebarang lagu. Lagu Stacy gtu...(yang mana2 jelah, tp y aku terbayang lagu gagap tuh).

Pikir2 roti ader, dahnak expired. So better sarapan ngan roti lah. So buat lah sandwich telur jer. Nyum2 , tengahari pun makan ni gak.

Dah petang plak, perut nyanyi2 lagi. Tapi kali ni die nyanyi lagu klasik pulak. Lagu P.Ramlee daaa.. pukul 3 pagi. Tapi in case aku tukar jd pukul 6.30 petang. Huahuahuahua...
Die nyanyi lagu klasik sebab lapor nasi. Aku mana boleh tak makan nasi sehari. Rinduuuuu.. :)

So, aku g bukak peti ais. Tengok ader ag daging yang aku beli hari tu. Tengok kat bahagian sayur lak, kobis jer ada. So, aku pun pk. Pk punye pk, aku rasa nak buat daging masak hitam. Hari tu dah buat daging masak lemak petani, takkan nak makan lauk sama lagi kot. Variasi la sket. Tapi masalah nyer aku tak penah try buat masak hitam ni sendiri. Selalu duk kaco abah n mama kat dapur jer. Excited bab potong2 jer, tak la pulak hafal sepenuhnyer. So, ape lagi. Google kan ader. Nak seribu daya beb. Makan punya pasaiii... Adehhh :)

Last sekali jumpa resepi. So aku try la. Tapi banyak la y aku ubah dari segi kuantiti nyer sebab aku makan sorang, buat ape masak banyak2. Membazir, tak baekkk... :)

Dah masak nilah hasil air tangan saya. Rasa alhamdulillah memenuhi kehendak tekak. Saya layan ngan air kosong, nasi putih da ulam kobis aje(baru perasan, post kali ni skema siot. bersaya2 lagi, padahal ckp ngan diri sendirik..hehe. ubah angin sket). Tapi selera sungguh makan. Sape2 yang nak try resepi ni jugak silalah :)




Ni resepi yang aku dapat dari http://serikasih.blogspot.com/2008/10/resepi-daging-masak-hitam.html

Bahan-bahan:

1 kg daging (direbus dan dihiris)
1 cawan air rebusan daging
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
3 sudu besar cili boh atau cili kering kisar
4 sudu besar gula merah
1/2 cawan kicap pekat
1 cawan air asam jawa atau 3 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
Air

Bahan-bahan dikisar:

8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 batang serai
1 cm kunyit hidup
2 cm halia

Cara Penyediaan

1. Daging direbus sehingga empuk dan dihiris. Simpan air rebusannya.
2. Kemudian, panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan yang dikisar bersama cili boh. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan daging dan air rebusannya.
4. Masukkan gula merah, kicap pekat dan air. Tambahkan garam secukup rasa, air asam jawa dan bawang besar. Masak sehingga 5 minit lagi dan angkat.


Petua masakan
1. Banyakkan halia untuk menyedapkan rasa
2. Kerisik boleh ditambah untuk mengeringkan kuah (ala rendang)

No comments:

Post a Comment

Apa kata mereka?