Semalam kita dikejutkan dengan berita pengasuh taska tampal mulut tu. Mungkin ade y belum taw. Ni ha beritanye kuar kat metro, Tampalmulutbayi. ni pulak video yang disharekan di facebook, video-dera-bayi-dibalut-kain-dan-diikat. Astagfirullah...sanggup diorangkan. Semua seriau nak hantar taska dah sekarang.
Aku pun sangat risau, ramai2 kawan2 suggest supaya aku hantar anak ke babysitter since anak aku kecik lagi. sangat dilema, aku sekarang ni teringat pesan kak wan..aku letakkan anakku dalam jagaan Allah S.W.T. walau dimana pun anakku berada.
Memang sangat menakutkan bila tengok kes taska ni, tapi macam mana kalo hantar kat baby sitter, then baby sitter pun wat macam ni jugak? bila difikirkan, kalo kat taska ade 4,5 orang penjaga. kalau la kan...ade kes y tak elok macam ni. mungkin ade antara penjaga tersebut akan breech kegiatan y lg sorang. kalo kat baby sitter, ade die sorang jer. so chances kalo benda ni jadi siapa nak breech kan maklumat tu? semalam ade colleague bgtaw, ade kes.. parents ni die risau sangat hantar taska yang jaga ramai2 ni, or babysitter ni sebab baby sitter pun bukan berdaftar atas JKM kan. so die hantar taska y establish giler, y siap bayar RM700 sebulan in order nak mendapatkan seorang pengasuh satu penjaga. But there is also something happen. tibe2 baby nye pengsan, lepas di xtray. ade darah beku dalam kepala sbbnye kena goncangan y kuat. tu taska mahal tu. lepas tu dulu kan ade kes kat babysitter, y suaminye mel*w*t baby girl yang dijaga isterinya. Mcm mana plak ngan kes nih? Even dulu ade kes, atok y r*g*l cucunya. Nauzubillah min zalik.
kesimpulannya, kat mana-mana pun benda ni boleh jadik kalau ditakdirkan ia terjadi. Ape yang kite leh buat pantau kat mana kita hantar anak kita. Siapa tak sayang anak kan. 9 bulan mengusung kesana sini dalam perut. Menahan sakit contraction, bertarung nyawa nak keluarkan anak, berjaga malam lepas dah keluar. tiap2 hari mengusung beg pump nak pump susu u stok anak kat taska. Risau perut even anak kurang minum atau berak terlebih dari biasa. Sakit jiwa tengok kesan nyamuk gigit anak. Berkira nak beli barang sendiri demi anak. Mestilah tersangat sayangkan. Memang MAMA TERSANGAT SAYANGKAN AULIA, LEBIH DARI NYAWA MAMA SENDIRI, MAMA MAHU YANG TERBAIK BUAT AULIA...mama buntu nak buat keputusan bila kawan2 mama suggestkan mama hantar Aulia kat babysitter,ape yang mama boleh lakukan mama berdoa dan letakkan Aulia dalam jagaan Allah S.W.T. sentiasa. Insyaallah mama akan sentiasa pantau Aulia kat taska.
p/s: maaflah ni entry emo, emo nak bagi y terbaik buat anak. too many path too choose. kena istiharah gayanye.
No comments:
Post a Comment
Apa kata mereka?