Esok aku dah nak balik SA semula. Rasa malas setiap kali nak tinggalkan rumah. Berat hati nak tinggalkan rumah. Aku kesian tengok abah. Dah tua2 pun masih kena pergi panjat bukit noreh getah. Abah nampak keletihan benar setiap kali balik kebun. Kalau dulu abah masih akan sambung pelbagai aktiviti seperti menebas keliling rumah, mencangkul dan macam2 lagi. Sekarang dia berkejaran dengan ayam itik pun abah rasa penat. Yelah, kalau orang tua2 yang dari muda hidup senang mesti masih sangat kuat lagi, tapi abah dari muda menyara hidup dengan meggunakan tulang empat keratnya. Segala kerja abah buat, mencari rotan, kerja kontak buat bangunan, longkang, jalan. Semua abah buat. Dulu muda2 abah dah menggunakan sepenuh tenaganya, akibatnya sekarang abah selalu rasa sakit. Mudah demam. Pening2. Sakit lutut.
Bagiku abah adalah segala-galanya. Tika ku resah menghadapi peperiksaan, tika aku hilang keyakinan diri, pasti abah orang yang pertama akan ku hubungi. Mendengar suara abah, hatiku tenang. Kata2nya mampu buat aku melangkah dengan lebih yakin. Walaupun abah hanya memberi tips agar aku membaca ayat2 lazim, ianya cukup bermakna bagiku. Abah juga macam tahu2 tiap kali aku kesakitan atau dalam keadaan emosi yang mengganggu, cepat sahaja panggilan telefon darinya kuterima. Dan selalunya, kalau aku teringin makanan tertentu, cepat juga makanan itu ada di depan mata. Bukan aku yang memberitahu atau meminta, tapi seolah2 abah tahu apa yang aku rasakan.
Kalau dulu pemergian emak, aku tak terasa apa kerana baru kecil. Tapi aku tak dapat bayangkan hidup tanpa abah. Kalau lah umurku boleh diberikan separuh kepada dia, sanggup aku berikan.
Aku sangat berharap abah sempat melihat aku mendirikan rumahtangga, menimang cucu zuriat ku, sempat menaiki kereta ku sendiri. Aku harap sangat dan selalu berdoa agar tuhan memberikan aku peluang melakukan semua itu. Memberikan abah kesihatan yang baik sepanjang masa, kebahagiaan, murah rezeki dan senang hati selalu. Hambamu ini juga berdoa agar Kau berikanlah aku kejayaan agar aku dapat membahagiakan keluarga selalu. Makbulkan doa2 ku Ya Allah. Hanya kepadaMu Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang, hambamu yang kerdil ini memohon.

No comments:
Post a Comment
Apa kata mereka?