Shoppe~In

SaHaBaT @ FrienDs

14 June 2009

Kasi jahit itu mulut kasi diam

Hari ni dari siang sampai maghrib rumah rasa sangat aman. Bila pas maghrib, time aku ngah best2 telan air liur tengok fries dalam kuali nganminyak menggelegak kedengaran kunci gril di buka dari luar. Dalam hati aku terus cakap, dia balik dah. Bersedia2..

Then, elok jer masuk ngan pintu tak tutup lagi( agaknyer nak tayang kot kawan2 serumahyer y sememang seksi meksi dalam umah ni), terus jerit

"Harghhh, jangan nek gunung!!!Penat siottt!!!"

Ha, kan aku dah kata.. Mesti akan hilang keamanan dunia. Tapi pastu yang bestnyer, sume wat2 tak dengar. Huahuahuahua..padan muka ko. Aku terus fokus gaya nak makan fries dalam kuali yang minyak ngah menggelegak and Cik Keyra and Cik Nurul terus focus ala2 Doraemon nak kua dari tv. Heheh.. Aku tak paham, bukan ada org paksa ko pegi nek gunung tuh, so jgn r bising. Aku nih dah segala macam nek gunung siap camping berhari2 ag, tdo dalam hujan suma. Tak bising pun.

Pastu aku pun selamber jer g tutup pintu and kata tau lah penat, tapi takkan sampai pintu pun tak nak tutup. Then, menjawab ag,

"A..aa...takk..nak kua japgi." aku pun bagi jer senyum perli and senyap.

Dah dekat sepuluh minit baru kua. Dah tu selama2 tuh, tayang kengkawan awak yang tengah tengok tv tuh??? Lau tibe2 geng penyamun masuk pun lebih dari sempat nak wat paper. Aduyaiiiii...

Minah nih memang ader jer jawabnyer kalau kena tegur. Macam kelmarin aku tegur, jangan lar campak kain basah dari washine machine tu ker dalam bilik air. Mercik air sabun masuk dalam baldi yang tadah air bersih tu. Aku bukan per kang kome2 gak yang duk nyeduk air dari situ wat air semayang lar(ko lar tuh), basuh sayur and buah lar..

Dia siap tanya aku balik,
"Masuk eh? "

"Masuklah.."

...takkan sebab aku mata 4 aku nampak, masalahnyer ko pun mata 4 gak. Lagipun akai ada apa.. Pikiaq lar sikit. Tulah masuk U tapi kalah orang masuk sekolah atap guna logik. Nenek aku yang tak p sekolah pun lagi pandai dari hang.

Then menjawab ag,

"taper japgi air tu saya nak guna gak u basuh kain"

.....kan aku dah kata. Dia memang takkan ngaku salah, ader ajer alasan nak membetulkan diri. Lantak ko lah.


Okes, now sambung balik pas die balik p beli makanan tadi. Aku dah masuk bilik. dah pasang headphone dengar lagu kuat2 jugak. Tapiiiii... aku still dengar suara die bercakap ala menjerit2, dan ketawa ala pontianak tersangkut rambut kat pokok durian. Cimpanzi sungguhhh. Apa die ingat die sorang jer ader suara? Lau suara macam bapak aku ker best gak, sedap telinga aku dengar, terubat gak rindu kat kampung. Oiittttt...pompuan!!! Awak tuh ponpuan cuba ckp slow2, kiter nih duk umah berkongsi bumbung ngan orang len tahu tak??? Tak payah r nak bagi sampai suara tuh dengar dek satu blok nih oiiii...Aduiiiii....Time2 gini aku teringat ceriter X-men Origins. Aku terasa nak wat macam Pegawai tentera y jahat tuh wat dekat mamat yang banyak cakap tuh. Kasi jahit dia punya mulut kasi diam. Pastu aku terbayang pulak, muka dia pas kena jahit. Aku nak jahit crosstitch(betul ker aku eja?) dengan benang warna warni. eeee....comelnyer ko.. Huahuahua..

Da macam gaya killer kelas satu kan aku??? hahaha.. jangan riso aku cakap jer. Aku taw lagi apa betul apa salah. Tak kuasa aku belajaq bertingkat2, last2 terperosok kat bawah tingkat( penjara bawah tanah?). Huahuahua...Habis2 pun blog ni jelah jadi tempat otak aku meluahkan kata. Pastu lagi aku rasa macam nak mencarut macam yang org2 tua kat kg yang tak berapa bermoral tuh mencarut. Haa.. baru ko taw. Mesti lau anak beruk dengar, dia pun rasa nak masuk balik dalam perut ma dia, tak nak dengar punya pasal. Tapiii... aku setakat rasa jer lah, nak cakap kang rosak akhlak aku. Huahuahua...


5 comments:

  1. hua hua hua...sabo dekk.... adat berkongsi rumah gitu ler...
    seronok akak baca citer awak ni....hihihi..err bukan seronok dgn apa yg awak alami tp cara bercerita tu..so sempooiii.....

    biasa ler kalau dah duk ramai2 mcm2 perangai ada..tp nasib baik akak zmn muda remaja dulu ok2 semua housemate...hhuhuhuhuhuhuhu..

    tp kalau akak tmpat awak pun hangin puting beliung...

    ReplyDelete
  2. huahuahahuaa....macam ku kenal watak cerita ini..ala kasssssiiimmmm

    ReplyDelete
  3. @kak ielaz
    ~eh, sempoi eh kak? terima kasih :)

    @misako
    ~anda memg sgt kenal sama itu olang. ahakz

    ReplyDelete
  4. Cara ko crite mmg cool... hahaha... Aku pun ada member cenggitu... Tapi aku 'sound' tepek tepat kat muke dia.... padan muke

    ReplyDelete
  5. huhu... susah gurls ni. sensitivity tgi. nk tgur kang dbuatnyer seteru lak.

    ReplyDelete

Apa kata mereka?