Shoppe~In

SaHaBaT @ FrienDs

07 June 2009

Jangan sampai menangis di kemudian hari


Salam. Apa khabar semua orang? hehe..

Sebelum aku start bebel kali ni, aku nak tanya korang beberapa soalan?

  1. Korang tau dari mana korang datang?
  2. Korang agak dah berapa banyak pengorbanan keluarga especially mak ayah korang semenjak wujudnya korang?
  3. Berapa pentingkah keluarga especially mak ayah buat korang?

Okey la, jum proceed ngan citer kali ni. Kali ni aku nak citer pasal dua orang gadis yang ku kenali dalam kesibukan ku menuntut ilmu di bumi Allah yang maha luas ni. Katakanlah seorang ni nama Nurul and sorang ni nama Keyra. Macam yg korang taw, bile kiter masuk atau pun perlu tinggal dalam satu suasana yang baru dimana masing2 tak mengenali memang cepat je kiter akan dapat kumpulan sendiri (clique). So, masa first masuk dulu si Keyra ni rapat gak lah nganJustify Full aku and Nur(my roomate). Nurul lak rapat ngan lagi satu clique nih. clique nurul nih terdiri dari golongan girls yang saham tinggi lar( boleh dikatakan ada dua tiga orang dlm clique nih memg lawa2 lar, so kitaorg panggil group dak glamor). Relations ngan family lak both Keyra and Nurul sangat rapat ngan keluarga. Nurul setiap minggu nak balik kampung tengok family dia( dia anak perempuan bongsu dan paling rapat ngan ibunya, Dia juga lah yang paling baik dalam menjaga hati ibunya) while Keyra pulak sentiasa bergayut di telefon ngan family die (itu sikit Mama, ini sikit Abah).

Lepas setahun lebih kenal, seperti biasa masing2 pun tend to close with people that they really feel comfortable with. Kebetulan bagi satu sesi baru pembelajaran Nurul dan Keyra ditakdirkan dapat sebilik. Selepas setahun ditakdirkan sebilik Keyra dan Nurul macam dah berevolusi menjadi orang lain. Ramai yang terasa hati hasil evolusi mereka berdua. Aye kawan baik Nurul merasa sungguh kecewa bila Keyra seakan menyekat Nurul dari terus berkawan dengan Aye. Syam dan Nur yang memang selalu sahaja sanggup melakukan apa sahaja, yang menjadi tempat Keyra meluah perasaan bila duka dan gembira juga Keyra turut tinggalkan. Keyra sehingga membuat Syam seolah tidak pernah dikenali nya. Akhirnya hubungan persahabatan terputus setelah kami menamatkan pelajaran dengan hubungan persahabata yag telah terurai antara mereka semua.

Setelah hampir setahun berlalu, tak seorang pun dapat menghubungi Nurul dan Keyra ( mereka melakukan kursus praktikal bersama). Ditakdirkan kemudian aku lah manusia yang terjumpa mereka semasa aku mendaftarkan diri untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Masa aku jumpa tu, Keyra lansung tak nak pandang muka aku hanya Nurul yang sekadar bertukar sapa sekadar sepatah dua(ekkkk, apa lak ngan aku pun cari pasal nih).

Okey, nak senang cerita first sem aku memand dah duduk rumah sewa sebab aku da kawan dari sekolah menengah yang ajak aku duk ngan dia while Keyra dan Nurul duduk di dalam kampus( kitaorang dah selalu gak bertegur sapa kerana masih fakulti yang sama). Then bila sampai hujung sem aku dah kena cari housemate baru and Keyra and Nurul pun dah kena mencaru umah sewa. Disebabkan masing2 nak senang kitaorang pun amik mudah plan nak menyewa sekali. So, 11 Mei 2008 kitraorang pun mula menyewa. Sepanjang aku menyewa bersama dapat lah aku lihat sikap sebenar mereka. Nurul dah macam bini kepada Keyra ajer gayanya. Memasak Nurul, membasuh, menyidai dan melipat pun dia( termasuklah kecik2 tuh), sebelum tidur kena Keyra tidur dulu baru Nurul boleh tidur and lau bangun tidur Nurul tader sebelah mesti Keyra akan mengamuk sepanjang hari. Mengamuk plak boleh siap pukul2, Nurul sentiasa ajer lebam di lengan, lebam di lutut, calar2 kena cakar ngan kuku Keyra. Keyra lak asal mengamuk tahap tertinggi jerk amik pisau kurung diri dalam bilik and start bebel pelat2 macam budak baru jadi. Pastu Keyra pun tak benarkan Nurul balik kampung seboleh mungkin di sekat. Kalau Nurul balik pun Keyra sampai pesan jangan bergaul ngan family, jangan makan sekali, duduk jer dalam bilik. Lau da sampai musim cuti seorang2 nak balik sampai berturut2 dek family baru balik.

Pernah gak la kakak Nurul bercerita yang mak Nurul sampai menangis2 tanya bile Nurul nak balik. Sampai mak ayah Nurul datang rumah sewa aku nak tengok Nurul dan merayu ajak balik. Aku sedih tengok mak Nurul. Itu Nurul baru belajar jauh sudah membelakangkan family, kalau dah bekerja makan gaji besar agaknya keluarga pun tak dapat kesan mereka menyorok dimana. Masa first kakak Nurul datang cari pun sekadar taram jer ketuk2 pintu tanya Nurul tinggal sini ker tak. Keyra memang dah tak heran keluarga die, seboleh mungkin die hanya nak bersama Nurul. Die cuba mempengaruhi Nurul dengan membelikan kasut dan kain baju. Maklumlah Keyra nih background memang anak businessman. Apa die pikir duit boleh menggantikan keluarga ker?

Kalau pergi kelas pulak, Nurul jerk yang bawakkan sume harta benda Keyra. Keyra lenggang2 kangkong golek2 bontot jerk sambil betul2 tudung. Kalau kerja group memang nampak lah Nurul yang berjaga menyudahkan, Keyra dah selamat dah tidur. Mudah jer keja die kan. Tapi Keyra nih memang dari dulu masa kami satu kos pun time keja group die tidur jer. Lau ikutkan aku memang tanak group ngan die tapi Nurul selalu jerk nak bagi die masa group kitaorang. Die nih jenis time wat keja jer, duk landing2 pastu kemudian kater nak balik bilik jap. Pastu dah 4, 5 jam kemudian datang balik tersengih2 cakap tertidur sambil buat suara manja2. Keyra nih memang pandai dalam teori hafal menghafal nih, tapi baba buat aplikasi macam nak bina system and wat programming segala die tumpang nama jer.

Sehingga sekarang nampakyer Keyra masih begitu dan Nurul pulak yang juga pandai dalam pelajaran masih juga Pandir dalam menilai hidup. Sanggup membelakangkan keluarga hanya kerana Keyra. Kadang masa aku terfikir pasal bila masalah mereka ini akan berakhir, aku terfikir sesuatu yang mungkin bila mak @ ayah Nurul tiba2 jer tader kat dunia ini lagi agaknyer macam mana yerk? Aku agak la baru time tu taw nak korek kubur mak @ ayah kot.

Nurul pernah lah cakap die rindu kan family nak hidup normal macam dulu tapi bila kita nasihatkan tak bertindak2. So, apa aku boleh buat? Aku teruskan tengok dan aku nak tunggu apakah pengakhiran kisah mereka.

p/s: aku tak hebat nak ngolah cerita, harap2 pembaca paham apa aku tulis. Cerita di atas adalah kisah benar yang dimana nama watak2 telah ditukar. Kepada readers, aku harap dalam apa keadaan pun ingatlah dari mana kamu datang dan hargailah orang tua sebelum sesal kendian hari.

7 comments:

  1. tak tau pulak sampai family dtg merayu camtuh.. aihh..

    ReplyDelete
  2. errrr....depa tu les ker..maaf kata la yer... dasat gak depa ni...

    ReplyDelete
  3. @kak Ielaz
    ~ntah la kak, dari segi fizikal nyer elok jer due2 bertudung, dari segi lain2 nyer mcm y Ira tulis tulah.

    @striker
    ~tuh ira tulis aksi merayu jer, aksi family kecoh2 si Keyra tu lari dari stesen bas sebab tanak balik kg pun ader
    ~aksi kaklong Nurul mengamuk dalam umah nih pun ader
    ~Ira,sha and Abg Wil da cube tlg T, diorg bg alasan ader 'benda' ganggu la sebab diorg jd gtu, kami bawak p jumpa ustaz kt Darul Hikmah. Ustaz kater tader ape pun. sajer ikut perasaan je lebih. pendek kater time cuti mule la family Nurul sibuk duk telefon Ira pas sorg2, family Keyra mcm tak ambil kisah pun.

    @both k.Ielaz and Striker
    ~sori lambat reply and approve

    ReplyDelete
  4. huhuahuahuaha....ni manusia ka ape ni..i pun dh xsgup nk jga depa...i dh tgk sendiri sume kejadian...memg mule2 niat nk tlg dgn ikhlas ht..
    tp kalo kte dh tlg pastu dh ok wat2 xkenal kte cam xwujud aje..lantak p korang la...xnk dh aku tolong...Sampai aku jatuh sakit menolong pun xde pun org peduli aku sakit sensorng..xde pun nk tanye kbr...tol x cik ira....

    ReplyDelete
  5. Ko ada tulis kt atas yg si keyra ni belikan memacam utk si nurul tuh.... aku rasa si nurul tu dah termakan budi laa... tu yg dia serba-salah nk tinggalkan si keyra tu...

    ReplyDelete
  6. mungkin kot. tapi kalo saya, rela sy pulgkn balik or bayar gnti rugi asalkan sy dapat mengutamakan family dulu. kawan ngan family, mestilah family priority ag tggi. kalo husband n family tuh laen lar, sama level tuh. hehe.. tp bagus gak la pndangan awak ni. tq

    ReplyDelete

Apa kata mereka?