Kari daging ala Penang
Sayur Campur Bersos Tiram
Ni menu pun last week gak nih. hehe... Almaklumlah. nangkap gambo nye rajin. nak ngedit gambo jer y lembab sket. malas. hehe.. Selalu aku masak memang dua jenis jer lah ari2 keja. sampai umah pun dah dekat kul 7 kan. So untuk hidangan nih, aku layankan jer kari daging ala2 penang gitu ngan sayur campur sambil mengabiskan balance sotong dlm fridge tu. Pastu aku campur jer segala sayur y aku jumpa dlm vege box tambah2 sos tiram sket. Siap! Yang resepi kari daging nih pulak, pakcik aku beru belajar dari kawannya. Aku pun excited la menerai kan.
Kari Daging Ala Penang
Bahan-bahan :
Daging
Tomato yang dah masak (Lenyekkan or blender)
Bawang merah
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Bunga lawang
Herba Campur
Air asam jawa
Daun Kari
Rempah kari daging
Serbuk Cili untuk pedas
Air
Cara:
Tumis bawang dengan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan herba campur sampai naik bau. Then masukkan rempah kari yang dah dicampur dengan air asam jawa dan serbuk cili. Kacau sehingga rempah masak. Tambah daun kari. Masukkan daging. Tunggu sehingga daging empuk (aku tutup jer kasi die mendidih lama2). Then masukkan tomato yang dah siap dikisar. Kacau sehingga tomato sebati. Masukkan air jika kuah terlalu pekat. Siap untuk di ngap!
Perhatian : Aku biasa tumis bawang putih + halia. tapi u style penang nih, pakcik aku kata sila jangan letak due menda tuh. terpulanglah kat korang time nak menerainyer kan.
No comments:
Post a Comment
Apa kata mereka?