Shoppe~In

SaHaBaT @ FrienDs

10 April 2011

Menu Petang Ahad

Okes ni minum petang ahad kitaorang, tapi bukan hari ni yer. Ahad lepas! hehehe.. Bahan2 nak buat nih lama dah beli ada la 2 weeks before puding nih jadi. Mula jatuh cinta ngan trifle ni ada la dlm 1 month back, terbeli dek kerana warna nya y lawa. pastu layan lak tengah2 hari panas giler, alahai sejuk jer telan tuh. Excited sangat nak wat nyer, kite pun google lah. dan ini lah hasilnya sedap sangat.

Ni pulak menu nak ngabiskan roti lebihan cicah ngan kari tuh. heheh.. tengok ada lagi 3 keping dalam plastik, baeklah diselamatkan dengan cara nih. kalau biarkan mesti lupa, sedar2 dah expired plak kan. layankan dengan sos pun sodap! Saya belajar dari sini strawberry trifle


Strawberry Tifle
Bahan-bahan:
1 kotak agar-agar jele crystal nona
1 tin susu cair
1 sudu gula
4 sudu tepung kastard
1 mangkuk air panas
Buah-buahan dalam tin (aku gantikan ngan nata de coco jer )
Kek gulung

Cara :
Susun kan kek gulung dan buah-buahan ikut di dlm bekas ikut citarasa masing2. Campurkan gula dengan susu cair dan custard, kacau sebati. Kacau di atas api sehingga pekat. Tuangkan di ats bekas y telah disusun buah-buahan.. dalam bekas y lain, kacaukan serbuk agar2 dengan air panas. Setelah agar2 hancur tuangkan perlahan2 ke ats lapisan custard di dalam bekas. Sejukkan :)

No comments:

Post a Comment

Apa kata mereka?