Shoppe~In

SaHaBaT @ FrienDs

05 April 2011

Sambal Rendang Ikan Tongkol, Tumis Kubis Bertempe

Sambal Rendang Pedas Ikan Tongkol

Tumis Kubis Bertempe

Ini special menu. Chestnut Malaysia gitu.PETAI!

Okes. Serius aku kehabisan idea nak tulis ape. So, aku update jelah menu minggu lepas nih. Laki aku ketagih nak makan ikan tongkol. Beria g pasar Ahad pepagi nak mencari ikan tongkol, masuk2 pasar je dah nampak. Then g jenjalan dulu. sekali patah balik. tinggal sekor jer, y gedabak pulak tu. gedabak la u kitaorang makan berdua jer kan. Then amek gak. First menu, laki aku nak makan masak kicap. Punye la rajin dia ritu, aku sedia bahan jer. Die y menumis. So tengahari tu kitaorang makan la tongkol masak kicap. Yummy!

So dah balance, aku pun cari2 la resepi rendang ikan tongkol ni. Biasa la aku kan memang suke buat resepi derhaka ( wahh...mcm PCM gitu...). Resepi nih aku dapat kat sini, By Roney from Mesra.net Resepi. So aku copy paste jelah ek.

Sambal Rendang Ikan Tongkol
Bahan-bahan :
Ikan Tongkol
Gula
Garam
10 cili kering (bilangan ikut suka)
3 biji bawang kecil
2 biji bawang putih
2 inci Lengkuas
Sehiris Halia
Serai (dihiris-hiris)
Kerisik (drp setengah/sebiji kelapa)
Air asam jawa
2 keping daun limau purut
Sehelai daun kunyit - dihiris halus

Cara:
Cara memasaknya amat mudah & ringkas..Goreng dahulu ikan tongkol dengan kunyit dan garam, ketepikan. Kisar/tumbuk cili, bawang merah, bawang putih, lengkuas dan halia dan serai. Tumiskan semua bahan-bahan ini bersama garam(ikut rasa) dan gula serta daun limau purut sehingga naik minyak dan masukkan air asam jawa.

Masak sehingga cili betul2 masak kemudian masukkan kerisik serta daun kunyit ...dan sekiranya kuah terlalu pekat masukkan sedikit air kemudian disusuli dengan ikan tongkol yg telah digoreng.

Angkat dan dihidangkan.


Komen aku, resepi ni sedap. Tapi aku takleh wat banyak2. Sebab laki aku kurang berminat makanan berkerisik bagai nih. Bagi die y spesen rendang2 nih, kalo layan ngan pulut baru best. Tapi memang best pun.hehe.. Aku ngidam nak makan pulut durian nih, tapi bukan pengat durian tuh. Pulut + Santan + Durian fresh. sedapnyer lah...Ada sape2 nak watkan n hantar kat aku? hehehe

2 comments:

  1. kalau bawang putih dan merah asing utk tumis lg sedap. blh jgk kalau x pakai kerisik.ms blend cili campur kn cikit kelapa parut yang belum perah. br best...ermmm membuka selera lah petai tu.. heheee

    ReplyDelete
  2. Itu la benda2 derhaka y iera buat. ira memang suke tumis asing. kasi naik dulu bau bwg putih tu :)

    ReplyDelete

Apa kata mereka?